Didie Alias Bertudung..

Pada: Isnin, 7 Oktober 2013
Dengar cerita, Didie Alias @Lady Gaga Malaysia akan bersedia memakai tudung. Ini disebabka sempena Hari Raya Haji Aidil Adha nanti, Didie telah terpilih untuk sebuah rancangan TV di RTM untuk satu slot telemovie bernama 'Designer DD Naik Haji' jam 10 malam, 15 haribulan nanti.

Didie juga sebenarnya bukan sahaja berhasrat untuk berlakon di dalam telemovie itu semata-mata bertudung ketika itu namun akan memakai tudung di luar set tidak lama lagi.

“Saya dah agak akan diajukan soalan sebegini kerana melakonkan watak ke arah kebaikan. Sememangnya niat itu ada dalam hati. malah keempat-empat anak perempuan saya memang berhijab,

"Sambil bekerja saya turut berfikir mengenai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Malah, tidak lama lagi seorang lagi anak saya pula bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia," ujar Didie. -GUA

Tag : , , , , , , ,