Ibu Ezlynn pilih 11.11.11 untuk kahwin

Pada: Selasa, 20 April 2010
Dalam laporan sebuah akhbar tempatan pada hari kelmarin bersamaan dengan 19 April, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn telah mendedahkan bahawasanya ibunya telah memilih tarikh 11.11.2011 untuk dia mendirikan rumah tangga atau lebih dikenali sebagai perkahwinan. Malah, Ezlynn juga telah mengakui dirinya sudah memiliki insan istimewa iaitu seorang lelaki bujang berusia 30 tahun. Menurut Ezlyn lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan itu cukup rapat dengan dirinya dan dia mengharapkan perhubungannya kali ini menjadi. Baguslah, tapi tidak kenapa pilih tarikh berkenaan ya? ikut 'skill' orang Cina kot. Hehe. -Gua

Tag : , , ,