Azwan Ali bakal slim kerana jadi host

Pada: Jumaat, 3 Disember 2010
Berseluar pendek dipadankan dengan kemeja-T, penampilan terbaru Azwan Ali, 42, tampak lebih ‘slim’ berbanding sebelumnya. Menolak dakwaan berdepan masalah kesihatan, Azwan Ali menegaskan dia sedang dalam proses menurunkan berat badan. Katanya, dia baru balik dari gimnasium dan harap dapat mencapai berat badan ideal sebelum program Satu Satunya disiarkan.

Program realiti terbaru terbitan RTM ini bakal disiarkan setiap Jumaat, jam 10 malam di TV1 bermula 14 Januari 2011. Azwan Ali kembali dengan satu permintaan daripada RTM yang meminta agar Azwan menurunkan berat badan sebagaimana penampilan ketika mengacarakan Muzik Muzik dulu.

Tag : , , ,