Pada:
Isnin, 7 Oktober 2013
Hairi berkata dia bertemu Fara ketika dia membuat persembahan teater Nyonya Cantik dan bersolat zohor dan terdetik dihatinya untuk berdoa menemukan jodoh.
Dalam tidak disangka selepas itu, ada perempuan muslimah yang lalu dihadapan Hairi. Pada ketika itu terdetik di hati Hairi, inilah petunjung Allah untuk jodohnya.
"Ketika itu saya sedang makan selepas solat dan berdoa mengenai jodoh. Teman saya pun ketika itu dengar saya ada memohon kepada Allah SWT supaya dipertemukan dengan wanita yang aku lihat bukan dengan nafsu, aku akan kahwini dengan wanita itu.
"Ada seorang perempuan seksi dengan baju jarang melintas di depan saya tetapi pandangan saya dicuri dengan kesempurnaan seorang gadis yang amat cantik pada pandangan mata saya. Saya tahu dan yakin bahawa doa saya dimakbulkan Allah SWT dan di lah bakal isteri saya.
"Saya pergi kepadanya dan kami bertukar Facebook sebelum perkenalan kami bertambah rapat di laman sosial itu. Malam itu juga saya hubungi dia dan bertanya sama ada dia sudah punya teman lelaki atau tidak.
"Dia jawab belum. Masa tu juga saya cakap pada dia, mulai hari ini saya adalah teman lelaki dia. Dia kata saya gelojoh. Kemudian saya jumpa dia, saya berikan senaskah Al-Quran dan terus luahkan hasrat saya untuk bertunang dengan dia.
"Saya bagi Al-Quran tu suruh dia baca dan habiskan sebelum hari nikah kami nanti," -Hairi.
Tag : Berita Artis , Cikgu , Facebook , Hairi Anak Wayang , Jodoh , Pelakon , Perlis , Pertunangan , Teater Muzikal


