Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofa takkan buka tudungnya..

Jumaat, 29 September 2017


Neelofa menegaskan sesekali takkan membuka hijab/tudung walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman berikutan penampilannya ketika berada di Itali, baru-baru ini.

Neelofa tahu menjaga batas penampilan agar tidak tersasar daripada imej wanita bertudung.

"Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.

"Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan 'inner' (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan,

"Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

"Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York," katanya memetik BharianOnline.

Sekitar Fattzura Birthday Bash (18 gambar HD)




Nur Fazura dan Fattah Amin kini sedang digosipkan bercinta, baru-baru ini mereka diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash.

Video seks, serupa dengan saya, TAPI.... - Eyka Farhana

Khamis, 28 September 2017


Pelakon Eyka Farhana berasa cukup geram dan berang apabila dia dikatikan dengan video lucah yang dikongsi menerusi laman sosial sejak Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 views.

Eyka menyedari kehadiran video berkenaan melalui rakannya yang memberitahunya.

Berita mengejutkan dari Faye Kusairi

Faye Kusairi yang berkahwin dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta pada 9 April lalu mengumumkan dia kini telah berbadan dua. Usia kandungannya sudah hampir 3 bulan.
Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

“Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” kata Faye

Edisi sweet! Fattah bagi 500 kuntum bunga kepada Fazura

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.

"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Rabu, 27 September 2017

Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan.

Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," ceritanya kepada Astro Gempak.

Persandingan ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (edisi Photographi)

Everything Is About “Aurat” Nowadays - Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah baru-baru ini ada meluahkan di Twitter miliknya berhubung kontroversi yang telah melanda rakannya, Fathia Latiff mengenai video penampakkan 'apple'.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

Allah ambil suamiku.. Allah gantikan adiku - Erma Fatima

Walaupun dah sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu, kini Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Ardy Damis.

Erma membuat kenyataan gembiranya di laman sosial miliknya itu

Namron ibarat langit, Fattah Amin ibarat bumi...

Selasa, 26 September 2017



Pelakon Namron berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung baru-baru ini dan sekaligus menyingkirkan nama-nama popular pelakon tempatan.

Ramai peminat artis tempatan berasa puas hati dengn keputusan yang diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang berkualiti dan ianya juga memberikan gambaran bahawa anugerah lain cuma memilih pemenang berdasarkan populariti dan undian peminat semata-mata.

Sekitar perkahwinan Putri Najuwa (11 gambar HD)

Pelakon Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof (Putri Najuwa) telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan suaminya seorang ahli perniagaan, Mohd Zaid Samsuri (Mr. Z) hujung minggu lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan setelah mengenali satu sama lain selama 10 tahun dan setelah enam tahun bercinta.

Padah tumbuk lelaki bangladesh, ini Sharnaaz Ahmad dapat..

Akibat menumbuk muka seorang lelaki berketurunan Bangladesh, Gous Ali, Sharnaaz Ahmad disahkan didenda wang sebanyak RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki berkenaan di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai.

Memetik portal mStarOnline, Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh.

Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

Bila Zizan Razak terjumpa bekas kekasih lamanya... (video)

Isnin, 25 September 2017


Sekitar red carpet Festival Filem Malaysia ke-29 (HD)