Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Siti Nurhaliza jadi pembaca berita? TAPI..... (7 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Fahrin tidak minat dating tapi minat..

Selasa, 15 Julai 2014

Mungkin korang akan menilai Fahrin adalah seorang yang pentingkan kerjaya berbanding dunia cintanya. Ye la, nak lihat Fahrin mempunyai teman wanita, rasanya masing asing lagi buat kita.

Ini diakui lagi oleh Fahrin sendiri melalui kenyataannya di sisipan Bharian Ahad lalu. Dimana kerjayanya sebagai pengacara/host TV telah membuatkan kesibukan buat dirinya.

Di dalam dunia bola sepak, Fahrin kini lebih aktif memawancarakan sebuah rancangan berkaitan dengannya, sebagai pengulas. Piala Dunia 2014 Brazil yang lalu adalah ujian pertama temasya terbesar buat Fahrin di dalam dunia host sukan.

Mungkin selepas ini muncul untuk menjadi pengulas edisi Piala Malaysia 2014 di RTM. Mungkin minatnya terhadap bola sepak mendorong beliau terus menjadi pengacara yang disegani ramai.

Bahkan Fahrin mengakui yang dia memilih 'bola' daripada aktiviti sosial seperti dating dengan teman wanita jika dia bercinta.

Maka harus diingatkan, bakal kekasih/isteri nya nanti harus memahaminya kelak. Keke.

Gambar Jasmin Hamid Bertudung

Isnin, 25 November 2013

Jasmin Hamid memang pelakon yang cantik walaupun usianya meningkat. Namun pastinya ingin melihat dia memakai tudung kan. Memang saat inilah korang akan melihatnya.

Jasmin bertudung untuk telemovie dekat RTM iaitu Diari Mama sebagai watak Sarah Hajar. Beberapa keping babak dia bertudung diambil dan dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya.

Norman Hakim Kini Pelakon Gerak Khas!

Khamis, 7 November 2013

Menurut portal Utusan semalam, Norman Hakim akan kembali ke arena drama terhangat PDRM, Gerak Khas naungan Skop Production tidak lama lagi setelah 5 tahun keluar dari drama berkenaan.

Wah baguslah, dengarnya lagi setelah 10 tahun Gerak Khas ke udara, ada sedikit perubahan kali ini iaitu drama ini telah dikembangkan shootingnya ke 3 buah negara Asean iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia.

Didie Alias Bertudung..

Isnin, 7 Oktober 2013

Dengar cerita, Didie Alias @Lady Gaga Malaysia akan bersedia memakai tudung. Ini disebabka sempena Hari Raya Haji Aidil Adha nanti, Didie telah terpilih untuk sebuah rancangan TV di RTM untuk satu slot telemovie bernama 'Designer DD Naik Haji' jam 10 malam, 15 haribulan nanti.

Didie juga sebenarnya bukan sahaja berhasrat untuk berlakon di dalam telemovie itu semata-mata bertudung ketika itu namun akan memakai tudung di luar set tidak lama lagi.

Siapa Disebalik Maskot Along?

Isnin, 7 Januari 2013

Masih ingat lagi rancangan Along yang terkenal masa korang kecil-kecil dahulu? bukan sahaja Along ada Angah dan Achik. Tapi mesti ramai yang nak tahu siapa di sebalik topeng Along tu kan.

Orangnya adalah pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy. Memang tak disangkakan. -gambar Cari

Wan Zaleha Radzi Bertudung

Selasa, 2 Oktober 2012

Rancangan terbaru terbitan RTM menerusi, TVi (Saluran 180 Astro) iaitu Jangan Buat Lagi dan Islam Today. Jangan Buat Lagi adalah program tv yang membentuk nilai dan budi pekerti dikalangan remaja yang dikhuatiri boleh terjerumus di dalam lembah sosial yang kurang sihat. Rancangan yang berbentuk ilmiyah ini juga akan dikupas oleh Imam Muda Hassan bermula 1 Oktober 2012, setiap Isnin, jam 9.00 malam.


Manakala bagi rancangan Islam Today dalam berbentuk bual bicara berbahasa Inggeris, dan dihoskan oleh Wan Zaleha Radzi yang bertudung ketika rancangan itu disiarkan mulai 5 Oktober 2012, setiap Jumaat, jam 1.00 petang, selama 13 episod. -Via

Komentar Farid Ismeth pernah kahwin dengan Isteri PM

Selasa, 24 Julai 2012

Ini adalah yang paling sensasi sekali apabila ada parti tertentu memfitnah Farid Ismeth Emir yang juga penyampai berita vateran RTM pernah menjadi suami kepada isteri PM sekarang. Farid Ismeth Emir memang akui isu ini sudah melanda dirinya sejak bertahun-tahun lamanya, dan segala bentuk penafian sudah dilakukan termasuk bersumpah atas nama Allah kepada ramai pihak dan media yang bertalu talu bertanyakan hal yang sama.

Namun masih juga ada pihak tertentu yang memfitnah dirinya dan juga isteri PM sekarang. Video dibawah adalah wawancara khas selama beberapa minit oleh pengacara TV, Zamzarina Zambri mengenai isu berkenaan. Layan..

Gambar Diana Danielle Bertudung

Rabu, 25 April 2012

Comel dan anggunnya melihat Diana Danielle bertudung kat gambar dibawah ni kan. Tapi bukanlah Diana Danielle pakai tudung sepenuhnya, ini cuma lakonan dia untuk telemovie Sentuhan Isabella, akan datang di RTM1. Nak tahu pasal apa korang tunggu dan lihat sahaja la, mungkin jadi cikgu kot. Hehe

Dato' Siti Nurhaliza dalam rancangan akhir Adik-Adik Ku 2011

Rabu, 23 Mac 2011

Kali ini penampilan Dato' Siti Nurhaliza dalam rancangan akhir Adik-Adik Ku baru-baru ini tajaan JAKIM di RTM 1, menampakan Dato' Siti memakai tudung sambil menyanyi lagu 'ketika cinta'. Memang manis Dato' Siti bertudung, tudung litup lagi tue. Mesti ramai yang setuju kalau Dato' Siti pakai tudung macam ni. Lagi sweet daripada sebelum ini. Kan.. Kan..

Peraduan iPad 4 Bloggerz : iPad 16GB Untuk Di Menangi!

Khamis, 17 Mac 2011

Hai para pembaca setia izyan.com sekalian. Ini ada berita baik punya dari laman web lot.my. Lot.my bagi hadiah berupa barangan Apple IPAD 16GB tue~! Jangan risaulah ini, laman web Malaysian punya. Bukan luar negeri. Lagi pula hadiah tersebut merupakan satu hadiah daripada satu pertandingan yang diadakan oleh Lot.my. Sebelum itu, penulis nak kenalkan kepada korang semua, mengenai laman web Lot.my. Laman ini merupakan sistem e-commerce Malaysia yang paling top dan popular digunakan oleh peniaga offline untuk berniaga secara online.

Sejak ia di lancarkan, hampir 10,000 peniaga sudah membuka kedai online mereka sendiri, maknanya sesiapa peniaga yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di alam maya, dan setiap kedai mendapat nama domain unik sendiri dengan PERCUMA. Contoh laman yang sering mendapat perhatian ramai seperti wau.lot.my, wedding.lot.my, waheeda.lot.my dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih contoh dan demo?? masuk jer ke sini, contoh.

Pada awal Februari 2011 lepas, Lot.my telah melancarkan akaun premium (kelebihan daripada yang percuma). Sehingga kini, sambutan terhadap akaun premium amatlah memberangsangkan oleh masyarakat peniaga di Malaysia dan sudah pun melepas target sebenar. Selain itu, Lot.my telah memenangi pelbagai Anugerah dan mendapat sambutan media tempatan. Seperti Utusan, Astro, RTM, TV9 dan banyak lagi di SINI.

Bak kata pepatah, tiada kerja semudah kata. Tapi dalam erti membuka kedai online yang hanya di Lot.my, tidaklah serumit yang di sangka. Lot.my di bina untuk memudahkan segala urusan peniaga kedai online, baik bagi yang baru atau lama. Anda hanya perlu mendaftar akaun anda dengan masukkan nama kedai, password, dan email. Amat mudah, dengan beberapa klik sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan anda. Disamping itu, ianya juga ilengkapi dengan sistem yang terkini dan canggih, dapat memudahkan peniaga megatur, mengurus dan mengemaskini aktiviti jualan yang dilakukan seharian. Kalau buat kedai di blogspot atau Facebook memang payah dan lembab sebab kedua-dua platform berkenaan BUKAN dicipta untuk berniaga.

Dalam kesinbungan yang sediaada, Lot.My yang kini telah mececah usia setahun dengan penuh rasanya pemurahnya telah menyediakan satu pertandingan yang menarik untuk blogger dan juga kaki Facebook iaitu Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my. Jadi anda online, anda juga berpeluang memenangi hadiah. Tak sia-sia online, kalau ada nasib, dapat hadiah tu. Untuk menyertai peraduan ini, anda diberi tempoh daripada 1 Mac 2011 (pelancaran) hingga 31 Mei 2011 (penutupan).

Caranya mudah sahaja, tak susah sangat pun cuma ada 4 Langkah sahaja yang senang dan mudah difahami Untuk menyertai peraduan ini! Semuanya free jerk. Tak dikenakan bayaran pun. Cuma amik masa 1-2 jam korang untuk 4 langkah ni. Itu jerk.
Cara-caranya:
1) Tulis artikel tentang Lot.my
2) Hebahkan di Twitter atau Facebook milik anda
3) Letakkan widget Lot.my di blog anda
4) Isi borang penyertaan
5) Dan menang
Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk anda menggunakan 4 langkah mudah diatas:

Hadiah Utama – Sebuah Apple iPad 16GB!
Hadiah Kedua – Sebuah Apple iPod Touch 8GB!
Hadiah Ketiga – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB!
Hadiah Saguhati – T-Shirt Eksklusif Lot.my!
Dan jangan risau, bukan hadiah diatas sahaja kena bagi, ada lagi, untuk setiap penyertaan pun boleh bawa balik hadiah juga. Sebagai tanda penghargaan dan menghargai peneyertaan daripada pihak anda, Lot.my juga bebesar hati nak bagi hadiah yang dinamakan "Random Bloggerz". Apa benda ni? ini dinamakan hadiah cabutan bertuah. Ala macam korang selalu join tiket bertuah tue. Macam tu lah kiranya. Hadiah cabutan bertuah ni akan berlangsung pada setiap akhir bulan Mac, April sehingga Mei 2011. Peratusan anda untuk memenangi hadiah begitu besar setiap bulan.

Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah untuk akhir bulan.

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mac 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 3 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – April 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 5 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mei 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 9 – T-Shirt Eksklusif Lot.my
Sertai sekarang sebelum terlambat masih ada masa lagi, bukan mudah untuk mendapatkan barangan Apple ni, korang kumpul duit baru dapat beli kan? manada orang nak bagi free-free beb. Meh la Join Sini.

Ps : Untuk maklumat lanjut peraduan, anda boleh rujuk di laman peraduan di sini.
Ps : Setiap aktiviti yang di lakukan Lot.my akan mendapat perhatian media. Jadi, anda bukan sahaja berpeluang mendapat iPad, malah blog anda juga berpeluang mendapat publisiti percuma pada masa-masa akan datang. Siapa tahu, blog anda akan menjadi semakin popular. Jom sertai!

Suriani Abdul Rahman kahwin dengan Datuk

Sabtu, 18 Disember 2010

Bernama General Manager, Datuk Hasnul Hassan dan penyampai Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suriani Abdul Rahman selamat dinikahkan/berkahwin pada kelmarin Jumaat (17 Disember 2010). Pernikahan itu dilangsungkanbdi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh kerabat dan teman-teman dekat pasangan. Mereka kelihatan sungguh cantik dengan pakaian tradisional Melayu berwarna kuning keemasan.

Datuk Hasnul dilantik sebagai Bernama General Manager pada 2 Jan 2009 dan mempunyai 22 tahun pengalaman kerja di sektor komersial dan korporat serta telah bertugas di syarikat multinasional, termasuk Bestfoods International, British American Tobacco, Johnson & Johnson dan Unilever. Datuk Hasnul merupakan anak jati kelahiran Johor dan mendapat ijazah MBA dari Gabenor State University, University Park, Illinois, USA.

Manakala personaliti dan pembaca berita Suriani merupakan anak kelahiran Teluk Kumbar, Penang dan telah bekerja dengan RTM selama 10 tahun. -Bernama

Gambar perkahwinan Nurul Fatiha

Rabu, 15 Disember 2010

Siapa suka RTM1 mesti dia akan terlihat kelibat bekas gimnastik Negara, Nurul Fatiha Abd Hamid dalam rancangan Sukan mahupun pembaca berita sukat di RTM. Dalam beralih angin daripada menjadi seorang atlit kepada personaliti sukan, kini dalam tidak disangka Nurul Fatiha sudah bertemu jodohnya dengan Mohd Shakir Shaari. Pasangan Nurul Fatiha ini tidak diketahui atau tiada sebarang maklumat mengenai dirinya. Tak kisah lah, janji Nurul Fatiha dah selamat diijab kabulkan. Tahniah diatas perkahwinan ini. ;)

Apa kena dengan perut Alyah ni

Sabtu, 19 Jun 2010

Gambar dibawah merupakan gambar Alyah telah memenangi pertandingan GAH1 anjuran RTM yang dilangsungkan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada akhir bulan Mei yang lalu. Ketika itu lyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik). Tapi dalam tidak disangka-sangka, ada juga gambar pelik yang berlaku pada Alyah, perutnya lain macam jak seperti yang dibayangkan tubuh badannya yang kecil molek begitu. Apa dah jadi agaknya. Ramai beranggapan ianya hasil PhotoShop. Tak tahulah pula penulis kalau soal itu, kita fikir positif jerk ler. :)

RTM2 perlu perbaiki sistem rancangan tv

Isnin, 8 Mac 2010

Luahan Peminat: Sakit jiwa tengok "Movie on 2" untuk filem "Alien Resurrection" (6/3) tiba-tiba siarannya dimatikan macam lakhanat time orang tengok tak sampai separuh pun...tak sempat habis tup-tup dalam kul 11mlm mcm tu mati....siaran rosak tak dapat ditayangkan...tak tau sebab apa takda ribut takda gempa bumi ganti cita "lanskap" n "istimewa bersama CT"...takkanla videotape rosak atau VCD rosak kot...

dah sewel ke ha?Tak kisah pun sebenarnya filem tu tak abis tengok sebenarnya sebab dah tengok pun lebih 10 tahun lepas tapi time orang tengah syok tengok filem tu dah mampos so "hanging" lahhhh...potonggg mood...

Pastu nak jugak try playkan lagi VCD filem rosak tu lg dalam kul 12 lebih still teruk and tersekat2 mcm tgok VCD pirate dah...tak payah mainkan lagi VCD rosak utk org lg la klu player uoll rosak.....nanti pandaila cari DVD dia kt luar tuh..sekian terima kasih...tolonglah upgrade sistem anda next time!

Ps: belilah ASTROY, sana banyak channel.. hehe..

Ayah tegur Becca jangan seksi

Rabu, 14 Oktober 2009

Pelakon seksi dan terkenal di RTM, Rebecca Nur Al-Islam mendapat satu teguran berguna daripada seorang insan bernama ayah kepada dirinya. Mengikut akhbar online baru-baru ini, Rebecca Nur Al-Islam menerima banyak kritikan dan juga rasa tidak puas hati peminat yang betul-betul Islamic atas dasar penampilan Rebecca Nur Al-Islam. Namun menjadi persoalan kini, kenapa baru bulan ini ayah kepada Rebecca Nur Al-Islam mula menegur penampilan Rebecca Nur Al-Islam. Kenapa tidak dari dahulu lagi?