Aeril Zafrel Nafi Kahwin Wawa Zainal, Mahu Menyaman

Pada: Isnin, 7 Oktober 2013
Gosip perkahwinan Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal tersebar meluas minggu lalu. Ada portal yang mengesahkan mereka telah berkahwin dan gambar mereka berkahwin juga tersebar. Namun Aeril menafikan hal itu dan difahamkan akan menyaman orang yang menyebarkan gosip itu memetik sumber mStar.

Sebuah akhbar tempatan itu didakwa telah mengeluarkan artikel berhubung dengan kisah dimana Aeril dan Wawa sudah bernikah dan berumahtangga sejak 4 Februari yang lalu. Agak lama juga setelah 6 bulan berlalu, berita seperti ini baru timbul, mana tak pelik kan.

Lagi pelik hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu. Wow, super pelik kan gosip ni.

Tag : , , , , , ,