Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video seks, serupa dengan saya, TAPI.... - Eyka Farhana

Khamis, 28 September 2017


Pelakon Eyka Farhana berasa cukup geram dan berang apabila dia dikatikan dengan video lucah yang dikongsi menerusi laman sosial sejak Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 views.

Eyka menyedari kehadiran video berkenaan melalui rakannya yang memberitahunya.

Allah ambil suamiku.. Allah gantikan adiku - Erma Fatima

Rabu, 27 September 2017

Walaupun dah sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu, kini Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Ardy Damis.

Erma membuat kenyataan gembiranya di laman sosial miliknya itu

Namron ibarat langit, Fattah Amin ibarat bumi...

Selasa, 26 September 2017



Pelakon Namron berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung baru-baru ini dan sekaligus menyingkirkan nama-nama popular pelakon tempatan.

Ramai peminat artis tempatan berasa puas hati dengn keputusan yang diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang berkualiti dan ianya juga memberikan gambaran bahawa anugerah lain cuma memilih pemenang berdasarkan populariti dan undian peminat semata-mata.

Afdlin Shauki kini bergelar Datuk?


Dengar khabar yang pengarah, Afdlin Shauki telah dapat pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Ramai kawan-kawan dia mengucapkan tahniah kepadanya di Instagram.

Kalau betul, tahniah lah juga. Sumber tak rasmi dari forum Cari.

Sekitar perkahwinan pengacara Maznah Zolkifli

Jumaat, 22 September 2017


Isteri dan Shahrol bergaduh?

Isteri pelawak Shahrol (Shiro) iaitu Nor Farhanah Syamimi menjelaskan kenyataan dan luahan marah yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Rabu bukan ditujukan kepada suami.

Sebaliknya, Nor Farhana atau lebih dikenali sebagai Anna Danisha berkata, status itu ditujukan khas kepada rakan-rakan perempuannya.

Neelofa pakai seluar jeans koyak lutut?

Khamis, 21 September 2017

Percutian Neelofa dengan ahli keluarganya ke Itali bukanlah sesuatu yang biasa. Namun ada yang luar biasa yang telah ditangkap oleh follower di Instagram.

Neelofa dikatakan memakai seluar jeans yang koyak, dan ramai menyangka ianya seakan-akan betul sehinggakan menampakkan bahagian dalaman kakinya.

Namun kakaknya Noor Nabila menafikan hal ini sekeras-kerasnya.

Adik Neelofa yang seksi menyeksi (10 gambar)

Rabu, 20 September 2017

Adik kepada Neelofa, Nur Ameera Khan yang kini berusia 16 tahun pernah dikecam gara-gara enggan bertudung lagi. Namun kali ini, dia dikecam sekali lagi apabila berpakaian seksi ketika bercuti ke Itali bersama-sama dengan ahli keluarganya.

Admin tengok pun memang seksi juga. Patut kena kecam di ruangan komen Instagram miliknya.

Sharnaaz Ahmad cabar Datuk Seri Najib Razak!


Pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan tindakannya memuat naik kenyataan yang menuntut pesalah kes bakar pusat tahfiz diseksa di khalayak sehingga mati itu dibuatnya dalam keadaan dia membuak-buak kemarahan.
"Bagaimanapun, walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula," ujarnya kepada mStar Online.
Status berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang setuju dan tidak mengenai hal demikian.

Anak ke-3 terkini Ayu Raudhah, Zaquan Adha (8 gambar)

Selasa, 19 September 2017

Anak ke-3 pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha iaitu Laura Zuleykha kini dah memasuki usia 3 bulan. Comel nampak anak perempuan mereka ni kan.

Dituduh riak sebab Datuk Seri Vida tayang harta


Video klip lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida di Youtube mendapat jutaan tontonan. Namun bagi empunya diri, ianya masih belum lagi memuaskan hatinya.

Kini Vida difahamkan tengah membuat pengubahsuaian mengikut cara dan kemampuannya yang sebenar. Apa lagi, diserapakan lah beberapa harta kepunyaanya kedalam video berkenaan.

Namun ramai yang mengecam dan lebih berpendapat kepada bersifat riak.

Ucapan simpati Alicia Amin kepada tragedi Tahfiz dikecam!

Isnin, 18 September 2017


Pelakon dan model, Alicia Amin dikecam lagi gara-gara kapsyennya di Instagram yang disangka tidak mengetahui sensitiviti kemalangan pelajar tahfiz yang terkorban beberapa hari lalu.

Alicia ada memuat naik gambar pelajar tahfiz yang terkorban dengan luahan yang cukup menyentuh hati tanda simpatinya kepada mangsa.

Tulisnya, "My heart goes out to the families who lost their loved ones. We need to do better to protect the children. Schools should not be a fire hazard. RIP"

Nitizen cukup berang kerana perkataan RIP adalah tidak sesuai digunakan di sini memandangkan yang meninggal dunia adalah beragama Islam.

Boy Iman nak kahwin dengan Tasha Shila! Hot

Sabtu, 16 September 2017

Datuk Dr. Boy Iman kata dia nak kahwin lagi satu, dengan Tasha Shila. Biar betul. Namun ianya sudah dinyatakan oleh Boy sendiri melalui laman Instagram miliknya.

Dengan kapsyen "Bersama TS (Tasha Shila), Geng lama. Insha-Allah jika ada jodoh kita kahwin" !

Ramai yang terkejut, tapi nasib baik ayat bawahnya ada penjelasan yang diberi. "Eh2.. Kita berkerja sama2. Dalam filem “Blok 404” & teater “Kontena 404”.

Kikiki

Anak Datuk Seri Vida, Cik B pandai hisap Vape!

Jumaat, 15 September 2017

Baru-baru ini, anak Datuk Seri Vida, Cik B mengejutkan apabila penayangan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial gara-gara anak perempuannya iaitu Cik B dah pandai hisap vape!


Siap ada asap putih keluar dari mulutnya. Ramai yang terkejut dengan perbuatan seorang budak yang baru berusia 12 tahun ini. Apa yang berlaku seterusnya? lihat video di bawah ini.



Ucapan romantik, hadiah 'wow' dari Fazura buat Fattah Amin...

Pada jam 12 malam hari Rabu, Fattah Amin sudah genap berusia 27 tahun. Dan paling mengembirakan buat beliau, dia diraihkan rakan-rakannya dan juga oleh Nur Fazura.

Paling istimewa, Fazura ada membuat wish paling romantik buat Fattah Amin di Instagram miliknya. Dan dibalas sweet juga oleh Fattah Amin.

"Amin. Terima kasih yang paling manis. Terima kasih untuk hadiah," kata Fattah.

Menurut portal mStarOnline, Fattah juga menerima kejutan paling 'sweet' yang merupakan 50 kuntum ros merah dan kad ucapan berbentuk hati yang diberikan oleh Fazura.

Tayang kunci kereta mewah ketika sarapan, Aliff Syukri dikecam

Khamis, 14 September 2017



Begitulah adat bila banyak harta, tak sah kalau tak menunjuk nunjuk. Ni sifat yang susah orang kaya nak buang. Sukar pula yang lihat orang kaya yang tak menunjuk.

Datuk Aliff Syukri pula lain ceritanya, akibat menayangkan dengan memuatnaik gambar kunci kereta mewahnya ketika waktu sarapan dengan caption 'sarapan pagi saya?', padah pula menimpanya, bukan ramai yang suka, tapi ramai pula yang mengecam.

Orang ramai memang suka dengan Aliff Shukri sebab muda-muda dah rajin dan menjadi jutawan, tapi kadang kala sikap menunjuknya itu jugalah yang memakan diri, ramai juga orang yang tidak suka akan sikap beliau itu.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik bila berharta dan berduit ni memang besar dugaan dia, itu sudah pasti!

Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Chef Wan mengamuk tengok gambar ini!


Baru-baru ini Chef Wan tampil untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang editor sebuah majalah tempatan. Ini disebabkan wajah cucu perempuannya disolek dengan tebal sekali ketika menjalani sesi penggambaran untuk dijadikan penghias muka hadapan majalah itu.

Chef Wan nampaknya memang tidak suka langsung jika kanak-kanak kecil dirias secara berlebihan. Lebih-lebih lagi jika mengenakan gincu yang berwarna merah menyala seperti itu.


Dalam masa yang sama Chef Wan turut menegur anak perempuannya iaitu Serina kerana membiarkan perkara itu terjadi.

Baby bump Oki Setiana Dewi di depan Kaabah

Selasa, 12 September 2017



Pelakon dan penceramah terkenal di negara seberang, Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi kini sedang sarat mengandung/hamil anaknya. Namun ada sesuatu perkara menarik yang telah dikongsikan beliau di laman sosial Instagram miliknya.

Bukan sahaja nampak babybump 'ala Muslimah' tapi gambar berkenaan juga jarang-jarang sekali selebriti kita berbuat demikian, iaitu bergambar di depan Kaabah, Makkah.

Video mencuit hati hari jadi anak sulung Shukri Yahaya

Sabtu, 26 Ogos 2017

Pada tanggal 24 Ogos yang lalu, maka genaplah setahun hari jadi anak Shukri Yahaya, Aaira Ameena. Menerusi video yang dimuatnaik oleh bapanya itu, Aaira telah menerima ucapan hari jadi oleh bapanya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.