Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Fattzura Birthday Bash (18 gambar HD)

Jumaat, 29 September 2017




Nur Fazura dan Fattah Amin kini sedang digosipkan bercinta, baru-baru ini mereka diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash.

Edisi sweet! Fattah bagi 500 kuntum bunga kepada Fazura

Khamis, 28 September 2017

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.

"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.

Persandingan ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (edisi Photographi)

Rabu, 27 September 2017

Apa yang tak kena dengan Mia Sara ini?

Pada malam Festival FIlem Malaysia ke-29 hujung minggu lalu, tak habis dengan kontroversi Zizan sebagai pengacara, ada juga mata yang mahu menyalahkan pemakaian tudung pelakon kanak-kanak, Mia Sara.

Katanya tudung yang dikenakan oleh Mia sangat singkat menampakkan dada. Namun Mia enggan mengulasnya lebih lanjut hal itu. Korang nak kritik, kritiklah, janji tutup aurat, kan Mia..

Sekitar perkahwinan Putri Najuwa (11 gambar HD)

Selasa, 26 September 2017

Pelakon Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof (Putri Najuwa) telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan suaminya seorang ahli perniagaan, Mohd Zaid Samsuri (Mr. Z) hujung minggu lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan setelah mengenali satu sama lain selama 10 tahun dan setelah enam tahun bercinta.

Sekitar red carpet Festival Filem Malaysia ke-29 (HD)

Isnin, 25 September 2017