Chef Riz Akui Bercerai dengan Ana Dahlia

Pada: Jumaat, 9 November 2012
Akhirnya anak kepada Chef Wan, Chef Riz telah mengesahkan dirinya sebagai suami selama 11 bulan kepada Ana Dahlia yang mereka berdua sudah pun bercerai mengikut laporan yang diberikan oleh portal Kosmo! baru-baru ini.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata Chef Riz ringkas.

Namun episod perceraian berkenaan tidak diberikan sebarang komen lanjut dan masih lagi dalam tanda tanya yang menjadi persoalan di minda kita, walaupun kita sedari mereka berdua mempunyai perselisihan faham.

Difahamkan mereka berdua telah bersetuju walaupun berat hati untuk mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Kedua-duanya pasrah dan berlapang dada atas keputusan masing-masing.

Tag : , , , , , , , , ,