Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kalah AF Megastar, Tak kisah suami tidak datang sokong - Adira

Selasa, 19 September 2017

Pertandingan AF Megastar hujung minggu lalu membuat tamparan hebat buat Adira AF apabila dia yang ketika itu menyanyikan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor telah tersingkir.

Difahamkan masalah pribadi menganggu persembahannya ketika itu, benarkah? suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) juga tidak kelihatan ketika acara itu berlansung.
"Bukan masalah peribadi, tiada apa-apa pun yang menggangu cuma kesalahan itu pada diri saya sendiri.

"Saya sudah cuba yang terbaik dan orang tidak tahu apa saya lalui disebalik tabir bagi menjayakan persembahan ini tetapi rezeki tidak memihak kepada saya.

"Salah saya juga kerana memang terdapat banyak kekurangan terutamanya masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor,

"Sejak dulu lagi dia (Datuk Red) memang jarang ikut saya jika ada persembahan pentas atau pun menghadiri acara hiburan.

"Saya pula memang tidak kisah kerana sebelum berkahwin lagi saya memang sering seorang diri ke mana-mana dan hanya ditemani pengurus atau pun pembantu," katanya.

Ashraf Sinclair dedah rahsia 'jamu' bahagia dengan BCL

Isnin, 18 September 2017

Siapa sangka walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan, pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari masih mampu membina keluarga yang cukup bahagia setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, yang berusia 7 tahun.

Memetik portal BharianOnline, Ashraf menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan isterinya itu.

Katanya, setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri sembilan tahun lalu.

"Kami sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

"Bagi saya, isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

"Secara peribadi, kami juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya," katanya

Joy Refva akui difitnah, dimusuhi dan Hafiz kahwin minta sesuatu

Ahad, 17 September 2017

Kemelut rumahtangga diantara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih belum lagi ada jawapan yang tepat. Masing-masing berhujah dengan pendapat sendiri menegakan kebenaran.

Bagaimanapun memetik portal mStarOnline, Joy berharap penyanyi tersebut berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan diberi.

"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai,

"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

"Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya

"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

"Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

"Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja," kata Joy.

Perkahwinan kami sah! - Joy Revfa

Jumaat, 15 September 2017

Semalam kes status suami isteri diantara Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa sudah berlangsung. Namun ditangguhkan sehingga 9 November depan.

Joy tampil menjelaskan yang dia tetap dengan pendiriannya bahawa perkahwinan bersama Hafiz adalah sah. Bagaimanapun, Joy memilih untuk mengunci mulutnya mengenai kemelut rumah tangganya kerana menghormati mahkamah.

"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya.

"Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah," ujarnya memetik mStarOnline

Hafiz Hamidun bagi amaran kepada Joy Revfa!

Hafiz Hamidun memberi amaran agar isterinya, Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa) mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah.

Hafiz berkata, sikap sambil lewa Joy Revfa terhadap kes itu menyebabkan banyak masalah timbul sehingga mengelirukan keadaan.

"Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.

"Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.

"Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah,

"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain," katanya memetik mStarOnline.

Nedim dilarang jumpa anak kandungnya, ini luahannya..

Selasa, 12 September 2017

Suami Nora Danish, Nedim Nazri Aziz kecewa apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre. Nedim menerusi laman sosial Instagramnya menulis yang dia meluahkan perasaannya terhadap anaknya itu dan sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.
"Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.

"Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa

"Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuatkan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,

"Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji," tulisnya.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun. -mStarOnline

Joy Revfa disamakan dengan pelacur! ini komen Joy..

Sabtu, 26 Ogos 2017

Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu.

Joy yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu.

"Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.

"Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya memetik mStarOnline.

Apa yang terjadi kepada isteri pertama Datuk Red?

Khamis, 24 Ogos 2017

Dengar khabar suami Adira, Datuk Red yang juga mempunyai isteri pertama telah mengandung anak mereka. Namun isterinya itu dikatakan agak sedih di atas sikap suaminya yang sedang dalam usaha mencari isteri yang ke-3 dimana gosip dia dengan seorang pelakon kini semakin tersebar.

Dulu isteri pertama Datuk Red tak berapa sedih sangat bila dia nak kahwin dengan Adira namun, ada seorang individu menyatakan bahawa isteri pertama Datuk Red ternyata terkilan dengan apa yang berlaku kini melalui laman sosial Facebook miliknya.

Ini Komen Hafiz perkahwinan tidak sah dengan Joy Revfa

Selasa, 22 Ogos 2017

Selepas Joy Revfa tampil ke mahkamah semalam atas membuat permohonan faraq iaitu meragui status perkahwinan dengan Hafiz Hamidun, kini tampi Hafiz menjelaskan mengenai hal sebenarnya.

Hafiz memberitahu isu perkahwinannya yang tidak sah dengan Joy Revfa, memetik portal mStarOnline, buat masa ini Hafiz sedang mengumpulkan beberapa fakta berkaitan perkahwinan tersebut yang akan dijelaskan kepada umum.

"Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.

"Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi," ujarnya.

Akhirnya Hafiz Hamidun, Joy Revfa buat keputusan...

Isnin, 21 Ogos 2017

Kemelut rumahtangga suami isteri, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa akhirnya terjawab semalam. Mereka berdua mengambil pendekatan untuk berbaik-baik untuk kebahagian masa depan yang cerah.

Memetik portal mStar Online, Hafiz memberitahu yang dia dengan isterinya itu sudah berbaik dan berdiam diri sahaja.

Hafiz juga menulis caption di Instagram miliknya dengan Jumaat lalu.

Luahan hati Joy Revfa mengenai suaminya, Hafiz Hamidun, semakin parah?

Jumaat, 18 Ogos 2017

Dengarnya semakin parah kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa ni. Apa taknya, kedua-dua pihak saling membuat status yang tak tahu apa yang ingin disampaikan.

Sehinggakan Hafiz Hamidun sendiri mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ini:

Rumahtangga Farawahida bergolak? tak pernah muatnaik gambar suami?

Rabu, 16 Ogos 2017

Dengarnya rumahtangga Farawahida dengan suaminya, Shukur Mohd Zain berantakkan, mana taknya spikulasi Farawahida yang jarang memuatnaik gambar suaminya di laman sosial menjadi persoalan.

Sehinggakan Hari Raya tahun ini gambar suaminya tiada dalam laman sosial Farawahida sendiri.

"Rumah tangga kami macam biasa. Tiada apa yang berubah pun. Ikutkan dari dulu lagi, jarang gambar suami dimuat naik di laman sosial.

"Suami pun tak suka nak dedahkan dirinya. Begitupun memang ada gambar kami berdua di laman sosial. Bukan tiada langsung. Cuma memang tak semua gambar kami dikongsi untuk tatapan umum.

"Macam Aidilfitri tahun ini, kami sempat beraya bersama. Cuma keadaan tidak berapa sesuai untuk kami ambil gambar, maka tak ada gambar kami beraya pun,"

Bakal genap empat tahun berkahwin, hujung tahun ini, persoalan menimang anak tidak lupa diajukan kepada Farawahida

"Baik saya dan suami, memang kami teringin untuk memiliki anak. Tapi belum ada rezeki ke arah itu.

"Seperti pasangan lain, kami pun nak lengkapkan rumah tangga dibina ini dengan kehadiran cahaya mata. Tapi kuasa Tuhan, semua itu belum menyebelahi kami," katanya memetik BharianOnline

Ini komen Joy Revfa mengenai pergolakkan rumahtangganya

Selepas kakak Joy Revfa meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui laman sosial kepada Hafiz Hamidun, kini tampil pula Joy membuka mulut mengenai kontroversi rumahtangganya yang dikatakan bergolak.

Bagi Joy memetik status di instagram miliknya, dia hanya memohon agar tidak mendengar dari mana-mana pihak mengenai hal rumahtangganya, biarlah dari Hafiz mahupun dirinya sahaja yang membuat kenyataan rasmi.

Ramai lelaki malas, makan hasil usaha isteri! -kakak Joy Revfa

Selasa, 15 Ogos 2017

Kisah pergolakan rumah tangga pasangan Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa  yang panas pada minggu lalu kini nampaknya semakin parah.

Pendedahan dalam Facebook oleh seorang nitizen bernama Dyana Sofia yang juga kakak kepada Joy juga membuatkan sedikit sebanyak hal rumahtangga Hafiz-Joy didedahkan.

Tapi jika ini benar, kita doakan agar rumahtangga Hafiz-Joy berkekalan hingga akhir hayat.

Bekas suami komen pergolakkan rumahntagga Hafiz, Joy Revfa

Sabtu, 12 Ogos 2017

Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran, meluahkan rasa sedih apabila rumah tangga yang baru dibina wanita itu bersama penyanyi, Hafiz Hamidun, dilanda badai.

Ray berkata, beliau seperti dapat mengagak punca perkahwinan bekas isterinya itu retak, malah teringin menasihati wanita itu sebelum membuat keputusan berkahwin, namun menganggap dirinya tidak layak berbuat demikian.

"Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.

"Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi,

"Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam," katanya kepada BH Online

Rumahtangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa bergolak?

Khamis, 10 Ogos 2017


Dengar khabar yang rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bergolak. Joy juga mengaku ramai bertanya mengenai status perkahwinannya buat masa ini

Enggan mengulas lanjut, Joy memberitahu bagaimanapun kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.

"Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).

"Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

"Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya ketika dihubungi BH Online.

Tiga hari lalu, usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi bayangan mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..'

Serina, Gavin sah bercerai. Selepas bercerai ini perancangan mereka..

Rabu, 2 Ogos 2017

Semalam semuanya sudah menemui jalan akhir rumahtangga Serina Redzuawan dengan Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O'Luanaigh.

Mereka akhirnya berpisah secara baik dengan Gavin menceraikan Serina dengan talak satu.
"Saya rasa lebih tenang kini. Sudah lama sangat saya memendam rasa dan kami juga sudah dua tahun tinggal berasingan.

"Begitupun, tipulah kalau saya katakan tidak sedih dengan apa yang terjadi. Namun, saya perlu bangkit dan kuatkan semangat demi anak tersayang. Saya tak mahu dua anak kami (Tristan Tareef, 7, dan Isabella Saffiya, 5) nampak ibu mereka menangis.

"Perceraian ini juga bukanlah titik noktah dalam hidup. Cuma jodoh antara saya dan dirinya tidak panjang. Apa pun, saya reda dengan ketentuan Tuhan. Pasti ada hikmah di sebaliknya dan Allah mempunyai rahsia atau sesuatu yang lebih baik untuk saya. Insya-Allah,

"Kami tidak mahu bergaduh, malah kami mahu memberikan kasih sayang dan ajaran agama Islam secukupnya buat anak. Saya juga mahu mengukuhkan ekonomi dalam perniagaan syiling emas pertama di dunia, dengan cop mohor Baginda Rasulullah.

"Hubungan saya dengan bekas suami juga masih baik dan kami selalu berhubung kerana berbincang soal anak,

"Semua itu rezeki untuk saya meneruskan kehidupan dan membesarkan anak. Malah, saya juga mahu menawarkan peluang kepada peminat yang ingin membuka kios menjual char kuetiau jenama saya sendiri. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada Instagram saya @serinaredzuawan," katanya katanya kepada BH Online

SAYA masih sayangkan Aliff! - Bella Astillah

Isnin, 31 Julai 2017

Empat perkataan itu cukup menggambarkan perasaan cinta Bella Astillah terhadap suaminya, Aliff Aziz tidak berbelah bahagi ketika penyanyi itu dihimpit kontroversi bersikap curang dan kaki pukul.

Wanita tabah ini juga tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini selain persepsi buruk orang ramai terhadap Aliff atas kejadian itu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata, tuduhan kononnya Aliff, 26, kaki pukul juga tidak benar malah suaminya itu tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak disatukan pada 9 September 2016.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya,

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” tambah Bella lagi kepada mStar Online.

Serina dan suaminya dah berbaik ke tu?

Rabu, 19 Julai 2017

Selepas memuat naik foto Serina bersama anak-anak serta suaminya, Gavin Edward O’luanaigh di akaun Instagramnya semalam, ramai yang beranggapan pelakon Serina Redzuawan sudah berbaik semula dengan Gavin. Ini kerana, mereka kelihatan penuh dengan senyuman diwajah mereka seakan tiada sebarang kemelut rumah tangga yang berlaku.

Namun sebaliknya buat Serina..
"Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu. Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah." -kata Serina

Diana Danielle buka mulut isu tak beraya di kampung Farid

Ramai orang menyangka yang rumahtangga Farid Kamil dan Diana Danielle berantakan disebabkan Diana enggan beraya ke kampung Farid di Alor Setar, Hari Raya tahun ini bersama-sama dua orang anak mereka.

Namun lain pula ceritanya, gambar terbaru menunjukkan Farid bersama anak-anaknya pergi menjenguk Diana di Litar Sepang, ini membuktikan gambaran yang mereka seperti tiada masalah.

Berbalik kepada cerita tak berbalik kampung Farid tadi, sebenarnya Diana terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk menjaga ibunya yang dijangkiti denggi.