Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Chef Wan dan anak lelakinya tidak bertegur setahun?

Selasa, 25 April 2017

Baru-baru ini Chef Wan ada membuat kenyataan terbarunya menerusi laman Instagram miliknya berkenaan dengan krisis rumah tangga Serina minggu yang lalu.

Apa yang menarik perhatian di sebalik itu adalah mengenai satu komen yang ditinggalkan oleh Chef Wan berkenaan hubungan dengan anak lelakinya, Chef Riz.

Shikin Maembong, Chef Riz sah cerai!

Selasa, 26 Julai 2016

Kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan tukang masak selebriti, Chef Riz, Jun lalu.
"Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri.

"Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh," katanya kepada BH Online.
Shikin dan Riz mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014. Ia perceraian kedua buat Riz dan yang pertama bagi Shikin. Terdahulu, Riz pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga

Kekasih baru Ana Dahlia? (3 gambar)

Isnin, 25 Mei 2015


Dengarnya bekas isteri Chef Riz, Ana Dahlia dah bertemu kekasih barunya. Tak dipastikan siapa jejaka yang selalu dimuatnaik gambar bersama mereka berdua di laman sosial Instagram milik Ana ni.

Diharap berbahagialah yer Ana.

Shikin Maembong selamat melahirkan anak (3 gambar)

Sabtu, 23 Mei 2015

Tahniah buat isteri Chef Riz, Shikin Maembong yang selamat melahirkan anak sulung mereka berjantina perempuan. Chef Riz agak terkejut dan berasa bersyukur kerana doanya termakbul kerana dikurniakan cahaya mata secepat ini walhal mereka berkahwin pada 5 Disember tahun lalu.

Tahniah, isteri Chef Riz, Shikin hamil.. berusia...

Ahad, 28 Disember 2014

Tahniah kepada Chef Riz diatas perkhabaran gembira isterinya, Shikin Maembong kini berbadan dua dengan usia kandungannya mencecah 2 minggu.

Ikut info, mereka berkahwin pada 5 Disember yang lalu.
"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," -Chef Riz petikan portal mStar

Sekitar majlis pertunangan Chef Riz, Shikin (5 gambar)

Jumaat, 7 November 2014

Ini adalah sekitar majlis pertunangan Chef Riz dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, iaitu Shikin Membong baru-baru sekitar Rabu malam lalu di rumah keluarga Shikin dekat Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis diadakan cukup sederhana dengan dihadiri oleh kaum kerabat keluarga terdekat masing-masing.

Pihak Chef Riz hanya membawa 3 dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek dan tiada balasan dari pihak Shikin. -sumber mStar

Chef Riz bakal jadi suami kepada kakak Emma Maembong

Selasa, 4 November 2014

Setelah 2 tahun menduda, Chef Riz akan menikahi kakak kepada pelakon sensasi, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menurut portal mStar, mereka akan bernikah pada bulan Disember depan dan akan meminang Shikin pada hari ini.
"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," -Chef Riz

Bakal suami Ana Dahlia?

Rabu, 26 Februari 2014

Dengar khabar yang bekas isteri kepada Chef Riz, Ana Dahlia telah mendapatkan kekasih baru dan sekaligus bakal suaminya.

Sekeping gambar menjadi tanda tanya dan ada cerita mengenainya, dimana mereka sudah menempah pakaian baju pengantin untuk digunakan nanti.

Kalau betul, tahniah lah kan. :)

Chef Riz Bercinta Dengan Kakak Kepada....

Isnin, 11 November 2013

Dengarnya Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan dan adik kepada Serina kini tengah hangat dikatakan bercinta dengan penganti bekas isterinya, Ana Dahlia.

Gambar yang menunjukan kemesraan mereka berdua dikatakan mempunyai satu hubungan istimewa. Wanita itu pula didakwa adalah kakak kepada pelakon terkenal, Emma Maembong.

Gambar Kekasih Baru Chef RIz?

Jumaat, 19 April 2013


Khabarnya anak kepada Datuk Chef Wan, Chef Riz sudah menemui teman hidupnya. Gambar yang dimuatnaik olehnya beberapa hari lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Stella Stephanie itu telah pun dipadam oleh Riz. Tidak tahu mengapa namun terdapat juga blog hiburan lain yang sempat mengambil gambar berkenaan. -gambar MediaMalaya.com


Ana Dahlia, Chef Riz Sah Cerai!

Khamis, 20 Disember 2012

Akhirnya, dilema dan episod rumahtangga Ana Dahlia dan Chef Riz yang dikatakan bergolak sebelum ini sudah dikhabarkan mendapat berita rasmi yang mereka berdua sudah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor mengikut laporan mStar semalam.

Dan ini komentar daripada kedua-dua pihak berkenaan.
"Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah," kata Riz.
"Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

"Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah,

"Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi," kata Ana.

Chef Riz Akui Bercerai dengan Ana Dahlia

Jumaat, 9 November 2012

Akhirnya anak kepada Chef Wan, Chef Riz telah mengesahkan dirinya sebagai suami selama 11 bulan kepada Ana Dahlia yang mereka berdua sudah pun bercerai mengikut laporan yang diberikan oleh portal Kosmo! baru-baru ini.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata Chef Riz ringkas.

Namun episod perceraian berkenaan tidak diberikan sebarang komen lanjut dan masih lagi dalam tanda tanya yang menjadi persoalan di minda kita, walaupun kita sedari mereka berdua mempunyai perselisihan faham.

Difahamkan mereka berdua telah bersetuju walaupun berat hati untuk mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Kedua-duanya pasrah dan berlapang dada atas keputusan masing-masing.

Rumahtangga Chef Riz, Ana Dahlia Bergolak

Khamis, 1 November 2012

Dikhabarkan semalam mengikut laporan Kosmo!, anak kepada selebriti chef terkenal, Datuk Chef Wan, Chef Riz (Mohd Nadzri ) mengakui yang rumahtangganya yang didirikan dengan pasanngannya pada Disember 2011, Ana Dahlia kinis sedang bergolak.

Namun pergolakkan itu masih lagi belum ada kata putus untuk samada dibawa ke mahkamah atau penyelesaian secara meja bulat.

gambar mStar.
Kisah ini berlaku sudah lama lagi, mengikut info, Ana dikatakan curang terhadap Chef Riz, Wallahualam lah kalau ini punca mereka sedang bergolak. Namun punca ini disangkal oleh Ana sendiri dalam pertengahan bulan Oktober yang lalu.

Datuk Chef Wan sendiri enggan mengulas kisah mereka berdua ini, malah mengharap agar mereka berdua dapat menangani masalah rumahtangga mereka sendiri.

Gambar Perkahwinan Ana, Chef Riz

Isnin, 12 Disember 2011

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia yang berumur 28 tahun telah sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Riz anak kepada Dato' Chef Wan di rumah Ana di Taiping, Perak.

Riz dan Ana diijab kabulkan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Tahniah diucapkan kepada Ana dan juga Riz, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

-gambar Via | text Via

Chef Riz Kantoi Palsukan Identiti

Jumaat, 11 November 2011

Kan dah terhantuk baru mengada-ngada. Hehe. Itulah yang berlaku kepada Chef Riz apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan identitinya yang dipalsukannya sendiri untuk semata-mata menjadi juri program MasterChef Malaysia. Tidak tahu mengapa Chef Riz berbuat demikian. Sedangkan pihak Astro tidak sesekali meminta/mempersoalkan kelayakkan yang ada pada diri Chef Riz, sebab Astro tahu Chef Riz dah berbakat dan ilmunya mungkin di pelajari oleh ayahnya sendiri, Chef Wan.

Dan selepas insiden ini, Chef Riz kesal dan meminta maaf kepada penonton Masterchef dan juga mereka yang terlibat. Dan berjanji akan melakukan apa jua selepas ini dengan jujur dan amanah. :)

The Malaysian Insider : KUALA LUMPUR, Nov 9 — Mohd Nadzri Redzuawan, popularly known as Chef Riz and a judge on MasterChef Malaysia, is in hot soup. In his MasterChef profile on the Astro Ria website, he claimed to have worked at two famous restaurants in the US, but checks with both of them have revealed otherwise.

The son of local celebrity chef Redzuawan Ismail, better known as Chef Wan, claimed he worked as “chef de cuisine” — also called a head chef — at the world famous Mario Batali’s flagship Italian restaurant Babbo in New York when he was only 22.

Batali is an American chef who is as famous for his signature shorts and orange Crocs as his string of restaurants in New York, Los Angeles, Las Vegas and Singapore and has starred in the “Iron Chef America” TV series.

“These claims are untrue. Mr Nadzri has never worked at Babbo,” Mario Batali’s communications director, Pamela Lewy, said in an email reply yesterday.When contacted, Chef Riz insisted he did work at Babbo. “I was there for a year, from January 2005 to December 2005,” he said.

Now 29, he also told The Malaysian Insider he worked as “sous-chef” at Le Bernardin under chef Eric Ripert — of the Asian Food Channel’s “Avec Eric” fame — before returning home to star in several TV programmes.

A sous-chef is the second in command of the kitchen and directly assists the head chef. “I took a break, a short holiday before joining Le Bernardin for two years. I was there from March 2006 to July 2008,” he said to The Malaysian Insider in a phone interview yesterday.

A publicist for Le Bernardin, Helen Medvedovsky, told The Malaysian Insider this morning after checking with the Michelin three star-rated restaurant that: “We looked into this and found out this man never worked at Le Bernardin.”

When it was pointed out that Batali’s spokesman had refuted the claim, Chef Riz said: “Aiyoh! That’s weird. I’ll be checking with them.”

Gambar Pertunangan Ana Dahlia, Chef Riz

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak pada Rabu.

Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala sebelah perempuan menunggu lebih daripada 100 orang.

Selain Chef Wan dan bekas isterinya Norhayati Ayob, rombongan pihak lelaki turut disertai oleh kedua-dua anak pasangan tersebut iaitu Serina dan juga Chef Riz.

[via | FB Serina Redzuwan
| Aleeya Studio]