Pada:
Khamis, 8 November 2012
Namun begitu, filem tempatan masih lagi belum ada tempat di hati kebanyakkan kaki-kaki wayang. Filem 'Zaiton Ceritaku' arahan Esma Daniel yang ditayangkan pada 1 November lalu yang memetik daripada portal MStar, telah mengakui arahan filemnya sendiri gagal, filem itu hanya mampu mengutip kurang daripada RM100,000.
Dan paling sedih sekali, filem berkenaan telah ditarik daripada di tayangkan di pawagam kerana kurang mendapat sambutan.
Filem yang mengadaptsi perjalanan penyanyi Zaiton Sameon lakonan pelakon, Nadia Aqila yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990 itu menelan belanja kos sehingga RM1.1 juta.
Gagal daripada sudut mana? promosi? jalan cerita? atau persaingan?
Tag : Berita Artis , Esma Daniel , Filem , Movie , Nadia Aqila , Pelakon , Pengarah Filem , Penyanyi , Zaiton Sameon


