Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ahmad Idham terima bantuan RM100,000

Isnin, 20 Mac 2017

Menerusi laman Instagram pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham telah memuat naik gambar screen shot akaun Twitter miliknya.

Difahamkan Idham menerima peruntukan untuk syarikatnya Eden Firdaus Centre, yang menempatkan anak-anak kurang keupayaan (OKU) sebanyak RM100 ribu dalam bentuk cek.

Siti Nurhaliza tak suka Jamal

Khamis, 22 Disember 2016

Datuk Siti Nurhaliza membidas tindakan Datuk Seri Jamal (orang kuat UMNO) yang memprotes bekalan air terputus di hadapan bagunan kerajaan Negeri Selangor di beberapa bahagian Selangor dan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Inilah kerjaya bakal suami Julia Ziegler

Selasa, 21 Jun 2016

Julia Ziegler mengakui akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini dengan jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, seorang jurutera kimia berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut Julia, pertemuan antara keluarga telah diadakan dan kini mereka sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan,”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.

“Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” ujar Julia. - memetik portal InstaONline

Gambar percutian nampak 'pusat' Uqasha Senrose (6 gambar)

Jumaat, 23 Oktober 2015

Baru-baru ini Uqasha Senrose telah pergi bercuti bersama-sama adik beradik dan sepupunya ke Gerimis Senja Villa, Ulu Langat Selangor.

Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram dengan hashtag CFLvacacay tersebut dilihat seakan-akan menonjolkan perut Uqasha.

Ada pengikut di Instagram yang mempersoalkan hal itu tetapi komen tersebut telahpun dipadam dan adik Uqasha, Raysha Rizrose telah menjelaskan bahawa gambar itu tidak menunjukkan perut Uqasha tetapi inner yang dipakainya.

Selain itu, pengikut juga mempertikaikan fesyen bertudung Uqasha yang terang-terang menampakkan lehernya. Mungkin itu bukan leher Uqasha tetapi inner yang dipakainya? Cubalah bersangka baik.

'Hantu Kak Limah' terlibat kemalangan jalan raya, keadaanya..

Khamis, 2 April 2015

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang membintangi watak Hantu Kak Limah untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memetik portal Bharian, pelakon berkenaan, Delimawati terlibat kemalangan jalan raya semalam petang dekat Rembau, Negeri Sembilan.

Delima difahamkan dengan dua adiknya dalam perjalanan untuk pulang dari Mersing (Johor) ke Puchong (Selangor). Kereta yang dipandu oleh adiknya itu terbabas akibat jalan licin berikutan hujan lebat yang melanda sehingga melanggar lori.
"Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan.

"Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,"

"Saya dan adik baru sahaja menghantar anak buah yang melanjutkan pengajian di MRSM, Mersing," -Delima

Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Yasmin Hani

Selasa, 31 Disember 2013

Baru-baru ini berlangsung satu majlis cukur jambul dan akikah anak kepada Yasmin Hani dan suaminya. Noah Ismail Wong. Majlis diadakan di kampung halaman Yasmin dekat Kuala Selangor. Dengan tema biru muda sepertinya majlis pertunangan juga anda boleh lihat pelaminnya. Hehe. -Instagram YasminHani

Gambar Kekasih Asarudin Putra, Cantik!

Khamis, 3 Oktober 2013

Mungkin anda pernah mengenali pemain bola sepak Selangor dan juga Kebangsaan, Asarudin Putra yang selalu juga main di atas padang kan.

Namun tahu tak anda dia mempunyai kekasih yang cukup comel dan cantik. Mengikut laman forum Cari, nama gadis berkenaan adalah Lela Jamaluddin. Yang juga penuntut pelajar di luar negara.

Gambar Pernikahan Fouziah Gous, Zahfran

Ahad, 22 September 2013

Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor semalam pada pukul 9.30 malam.

Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan.

Amy Search Bangkrap?

Rabu, 18 September 2013

Kecoh juga apabila mendapat berita daripada sebuah blogger hiburan yang mendakwa mendapat salinan dimana penyanyi terkenal, Amy Search didapati telah bangkrap.

Ini kerana kegagalan penyanyi itu untuk melunaskan hutang sekitar puluhan ribu Ringgit untuk konsert Jelajah Search pada sekitar 2009.

Tidak dipastikan lagi nama ini adalah Amy Search atau pelanduk dua serupa. Jika betul sekali pun, kita doakan agar Amy boleh menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.




Gambar YAM Hjh Siti Aishah di Majalah Nona

Rabu, 7 Ogos 2013

Setelah lama menyepikan diri dari umum, kini Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-11 dan juga isteri kepada Almarhum Sultan Salahuddin, YAM Permaisuri Hajjah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman muncul kembali di pandangan umum.

Baginda yang kini berusia 42 tahun tetap kelihatan ayu dan anggun dengan kelas usianya dan terkini menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.

Gambar Pernikahan Izzue Islam

Isnin, 3 Jun 2013


Tahniah kepada Izzue Islam yang sudah selamat menjadi suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun semalam di Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam. Dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan. -gambar Rotikaya









Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat oleh JAIS

Sabtu, 18 Mei 2013

Orang malam jumaat pergi buat ibadah di masjid atau rumah, ini pergi buat maksiat, nah kan dah kantoi. JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan Shahrizal Jaszle ditangkap basah pada awal pagi Jumaat. Jaszle ditangkap bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

Menurut pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, serbuan dilakukan di apartment tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3000 atau dipenjarakan tidak melebhi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, apartment itu dimiliki oleh rakan pelakon ini dan ketika serbuan dilakukan terdapat satu lagi pasangan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit telah berkahwin. Shahrizal bersama pasangannya yang berusia 21 tahun ditahan di sebuah bilik berasingan. Jaszle dan tunangnya, Redzwani Puteri yang cuba dihubungi, gagal memberikan maklumbalas. -sumber GUA

Twitt 'Sayang' Tasha, Mahali Nafi Bercinta!

Selasa, 9 April 2013

Selebriti tempatan ni tak sah kalau mereka sering kali dikaitkan dengan pemain bola sepak tempatan. Yang terbaru adalah gosip diantara pemain Selangor, Mahali Jasuli dengan pelakon jelita, Tasha Shila.

Mereka terbaru ini dikatakan bersayang-sayang di dalam laman sosial Twitter masing-masing. Mereka sudah berani memberikan respon dan sepertinya memberi isyarat mereka tengah bercinta.

Namun biasalah jawapan pasangan seperti ini, pastinya ada yang berdolak dalih atau menafikan. Mahali menganggap mereka kawan biasa dan belum sampai di tahap bercinta lagi memetik portal Murai semalam.
"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.

"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.

"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," -Mahali

Cara Pierre Anrea Sambut Tahun Baru

Rabu, 2 Januari 2013

Sambutan hari tahun baru Masihi memang banyak cara dan ragamnya, ada yang cara Islamik ada juga bukan cara Islamik. Tidak ketinggalan pelakon, Pierre Andre menyambut sambutan tahun baru masihi dengan cara ceramah atau soal agama dengan para ustaz-ustaz, majlis berkenaan berlangsung di Selangor yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan beberapa orang ulama lainnya.

Shahrizal Jaszle, Puteri dah Bertunang!

Rabu, 12 Disember 2012

Pada tarikh 8 Disember yang lalu, pelakon Shahrizal Jazsle telah selamat ditunangkan dengan kekasihnya, Redzwani Puteri.

Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Banting, Selangor. Butiran mengenai majlis berkenaan tidak dapat diketahui, namun sekeping gambar dibawah cukup menceritakan mereka berdua memang sepadan dan sama  -gambar facebook.com/thephotolicious


Shahz Jazle, Redzwani Tunang 8 Disember 2012

Isnin, 19 November 2012

Dikhabarkan melalui portal Bharian baru-baru ini yang pelakon kacak, Shahz Jazle sudah pun merisik kekasihnya yang bernama Redzwani Puteri di kediaman gadis berkenaan di Jelutong, Selangor.

Dan telah merancang untuk bertunang kalau tiada halangan pada 8 Disember ini kata Shahz ketika dihubungi oleh wartawan berkenaan dengan tarikh pernikahan masih belum dalam perancangan.

Redzwani Puteri adalah pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam. Usia mereka sebaya, 24 tahun.

Magnetic Aura Beri Anda Kekuatan Luar Biasa

Sabtu, 17 November 2012


Nak cari sesuatu yang bertenaga dan memang berkesan memang banyak produk berkenaan di pasaran. Namun kadang kala tanpa bukti, kita sering tertipu dan merasakan duit di bazirkan sebegitu sahaja. Kini admin mahu mengenalkan kepada korang semua pembaca-pembaca tegar, mengenai satu produk khas untuk memberikan anda tenaga luar biasa yang tidak mampu tercapai akal fikiran.

Ini bukanlah produk dari alam ghaib atau melalui khidmat bomoh/dukun, namun ianya adalah kajian produk sains yang terkini yang di formulasi oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan alternatif. Ya inilah dia produk keluaran Magentic Aura yang ditunggu-tunggu.

Terdapat dua jenis produk yang ditawarkan, iaitu.

- Minyak Magnetic Aura mempunyai formula yang sangat istimewa. Formulanya yang sungguh istimewa menyebabkan sebotol minyak Magnetic Aura  akan mempunyai medan tenaga yang besar dan luas kawasannya.  Apabila satu medan tenaga bertembung dengan satu lagi medan tenaga yang positif, gabungannya akan menghasilkan satu medan tenaga yang lebih besar sambil memancarkan maklumat yang bergabung tadi. Manfaatnya akan dikongsi bersama sesiapa yang berada dalam medan tenaga tersebut.

Bagi yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah di Mekkah, satu botol Minyak Magnetic Aura yang dibawa di salam beg sandang semasa tawaf, akan memancarkan tenaga zikir dan doa yang dibaca semasa tawaf. Kaabah sendiri ada medan tenaganya yang amat besar, luas dan pekat dengan tenaga keberkatan. Semasa tawaf, kedua-dua medan tenaga ini akan bergabung dan memberi kesan yang hebat kepada jemaah. Di tempat lain dalam Masjidil Haram dan di semua tempat-tempat Ibadat haji dan umrah akan memberi kesan yang sama. (baca lagi..)

- Sabun Magnetic Aura pula berfungsi seperti kandunganya yang berasal dari air sirih; iaitu menyahkan atau mengeluarkan toksik-toksik, racun, tenaga negatif dsbnya. Jika dibawa dalam beg sandang semasa wukuf dan melontar di Mina, medan tenaga sabun tersebut membantu mengelurkan tenaga negatif dengan lebih mudah lagi.

Dengan kata lain, produk ini dikatakan mampu memberikan kesan positif secara automatik di badan kita dengan membantu melancarkan sistem peredaran darah. Ianya bukan hasil bahan kimia 100% namun bahan yang digunakan adalah daripada bahan semulajadi yang kaya dengan sumber-sumber asli. (baca lagi..)
Kalau nak diikutkan ramai yang sudah berjaya dengan mencuba produk terbaik dan terhangat di pasaran ini. Bukti-bukti seperti pengguna yang menggunakannya telah dimuatnaikkan dalam video di laman Youtube. Memang tak habis nak cerita mengenai bukti-bukti yang telah berjaya dihasilkan, kalau belum cuba belum lagi tahu kan.
Dibawah ini adalah diantara testimoni yang dipetik daripada mereka yang berpuas hati dengan keberkesanan produk.


lagi video kehebatan Magnetic Aura di Sini 

Magnetic Aura Malaysia telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan sahaja dalam mempromosi dan menjual produk, malahan telah dibuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah satu pengedar produk berkomersial tinggi ini.

Jika anda berminat atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk kesihatan yang menakjubkan ini, boleh mengunjungi salah satu alamat dibawah yang tertera..
Magnetic Aura Sdn Bhd (company no.980348)
No 28 Tingkat 1 Jalan Reko Sentral
Jalan Reko Kajang, 43000, Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel : +6 03-87332164
Hotline : +6 012-7212184 +60194515152,
Email : auramagnetic2u@gmail.com
laman web : www.magneticaura.com, www.auramagnetic2u.com
laman FB  : facebook.com/magneticaura 18,000 fan!!

Chef Riz Akui Bercerai dengan Ana Dahlia

Jumaat, 9 November 2012

Akhirnya anak kepada Chef Wan, Chef Riz telah mengesahkan dirinya sebagai suami selama 11 bulan kepada Ana Dahlia yang mereka berdua sudah pun bercerai mengikut laporan yang diberikan oleh portal Kosmo! baru-baru ini.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata Chef Riz ringkas.

Namun episod perceraian berkenaan tidak diberikan sebarang komen lanjut dan masih lagi dalam tanda tanya yang menjadi persoalan di minda kita, walaupun kita sedari mereka berdua mempunyai perselisihan faham.

Difahamkan mereka berdua telah bersetuju walaupun berat hati untuk mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Kedua-duanya pasrah dan berlapang dada atas keputusan masing-masing.

Gambar Resepsi ke-2 Ustaz Don

Rabu, 5 September 2012

Pada 1 September yang lalu, Ustaz Don dan juga isterinya, Husna telah mengadakan majlis resepsi serba sederhana bertempat di Dewan Utama Kolej Universiti Islam Selangor Malaysia. Majlis ini cukup biasa sahaja, tiada aluan kompang dan juga majlis sanding. Pakaian Ustaz Don juga seperti kebiasannya kita lihat di kaca TV. Apa-apa pun semoga berbahagia untuk selamanya. -gambar azhararis


























Alahai Abby Abadi, Terasa Ke..

Khamis, 16 Ogos 2012

Pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, setelah selesai solat sunat terawih, kira-kira jam 11 malam, ada satu majlis ilmu yang turut dihadiri oleh panel-panel selebriti seperti Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan juga penceramah, Ustaz Azhar Idrus. Tajuk majlis ini adalah Santai Anak Muda Bersama Selebriti.

Dalam majlis ni, bukan atas dasar politik yang paling utama, tapi adalah untuk membincangkan dan kesedaran umat Islam kita semua saat ini. Namun ada yang paling menarik yang hangat diperkatakan disini, jeng-jeng, soal Abby Abadi.

Ceritanya begini, memetik portal Murai,

Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus yang lebih menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu. (minit / durasi : tengok dari awal ek, sampai tahu dimana babak itu.. Hehe)

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai).

Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.