Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fatin Afeefa dedah sebab kenapa berlaku perceraian

Jumaat, 29 September 2017

Rumahtangga yang dibina Pelakon, Fatin Affefa dan bekas suaminya, Adam Shahz menjadi satu misteri buat mereka. Namun kini ianya sudah terungkap sebab kenapa perceraian berlaku.

Kata Fatin, sebab perceraian itu berlaku adalah menjadi mangsa sihir rakan sendiri.

Fatin yang kerap mempunyai masalah kesihatan tidak menolak kemungkinan besar punca penceraiannya bersama bekas suami ada kena mengena dengan hasad dengki seseorang.
“Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun”

“Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara”

“Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali,” jelasnya.

Joy Refva akui difitnah, dimusuhi dan Hafiz kahwin minta sesuatu

Ahad, 17 September 2017

Kemelut rumahtangga diantara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih belum lagi ada jawapan yang tepat. Masing-masing berhujah dengan pendapat sendiri menegakan kebenaran.

Bagaimanapun memetik portal mStarOnline, Joy berharap penyanyi tersebut berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan diberi.

"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai,

"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

"Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya

"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

"Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

"Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja," kata Joy.

Perkahwinan kami sah! - Joy Revfa

Jumaat, 15 September 2017

Semalam kes status suami isteri diantara Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa sudah berlangsung. Namun ditangguhkan sehingga 9 November depan.

Joy tampil menjelaskan yang dia tetap dengan pendiriannya bahawa perkahwinan bersama Hafiz adalah sah. Bagaimanapun, Joy memilih untuk mengunci mulutnya mengenai kemelut rumah tangganya kerana menghormati mahkamah.

"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya.

"Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah," ujarnya memetik mStarOnline

Hafiz Hamidun bagi amaran kepada Joy Revfa!

Hafiz Hamidun memberi amaran agar isterinya, Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa) mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah.

Hafiz berkata, sikap sambil lewa Joy Revfa terhadap kes itu menyebabkan banyak masalah timbul sehingga mengelirukan keadaan.

"Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.

"Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.

"Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah,

"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain," katanya memetik mStarOnline.

Nedim dilarang jumpa anak kandungnya, ini luahannya..

Selasa, 12 September 2017

Suami Nora Danish, Nedim Nazri Aziz kecewa apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohamed Nedrin atau Dre. Nedim menerusi laman sosial Instagramnya menulis yang dia meluahkan perasaannya terhadap anaknya itu dan sudah membawa perkara itu ke mahkamah bagi menuntut hak penjagaan sebagai seorang bapa.
"Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama kamu ke dalam masalah ini, ayah lakukan ini selepas tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.

"Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa

"Saya sentiasa mendengar lagu-lagu kegemaran kami bersama iaitu You Are My Sunshine bagi mengubat kerinduan. Itu sahaja yang membuatkan ayah berada dekat dengan kamu. Ayah juga berjanji akan terus memperjuangkan hak untuk menjaga kamu,

"Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji," tulisnya.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun. -mStarOnline

Joy Revfa disamakan dengan pelacur! ini komen Joy..

Sabtu, 26 Ogos 2017

Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu.

Joy yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu.

"Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.

"Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya memetik mStarOnline.

Bekas suami Joy Revfa, kesal tindakan Hafiz Hamidun

Rabu, 23 Ogos 2017

Bekas suami Joy Revfa iaitu Datuk Ray Imran tampil mempersoalkan sikap Hafiz Hamidun terhadap rumahtangganya dengan Joy. Dalam pada masa yang sama, Ray juga kesal kerana dikaitkan padahal dia sudah memberikan kerjasama sebelum mereka berkahwin pada bulan Mei lalu.
"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,

"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

"Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,

"Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi," katanya kepada BharianOnline.

Hafiz Hamidun buat pengakuan berdasarkan fakta! tiada hubungan kelamin

Hafiz Hamidun memberitahu dia tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa selepas mereka bernikah pada 1 Mei lalu.

Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian berikutan meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.
"Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

"Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari," ujarnya
Joy dalam kenyataannya menerusi rakaman video pada Selasa berkata mereka sudah 'bersama' dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.

Sementara itu, bercerita tentang kronologi perkahwinan tersebut, Hafiz berkata, keraguannya timbul selepas Joy gagal memberi surat cerai yang dijanjikan selepas mereka berkahwin.

Katanya, dia berkali-kali meminta wanita tersebut menguruskan perkara berkenaan dengan bekas suaminya sebelum hari pernikahan berlangsung.
"Dia mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas suaminya iaitu Mohd. Rayos bin Abdul Rahim.

"Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian.

"Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak dia bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku.

"Akhirnya pernikahan di antara saya dan Joy dilangsungkan dengan aku janji untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah," ujarnya.
Hafiz berkata, dalam hal ini dia sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan itu termasuk menemani Joy ke Songkhla bagi mendapatkan sijil perceraian daripada suami pertama.
"Pada 1 Jun 2017, saya dan Joy telah ke Songkhla bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

"Saya bersungguh untuk selamatkan perkahwinan ini. Tapi saya tidak jumpa jalan mudah dan perkara itu kerap diganggu oleh pelbagai janji yang tidak dilaksanakan pihak sana," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang perasaannya terhadap ahli perniagaan tersebut, Hafiz berkata, dia sudah tawar hati dengan apa yang telah berlaku.
"Apa yang terjadi ini tidak membenarkan perasaan sayang saya terhadap dia. Kalau nak cakap tentang perasaan saya rasa sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga ini.

"Kita ikut sahaja keputusan mahkamah pada 14 September nanti," ujarnya.

Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Hafiz Hamidun, Joy Revfa bakal bercerai?

Selasa, 22 Ogos 2017

Semalam dunia hiburan digemparkan dengan berita Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa yang difahamkan bakal bercerai setelah baru 3 bulan mendirikan rumahtangga (1 Mei 2017).

Ini disebabkan Joy hadir ke mahmakah Syariah Shah Alam atas tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah kerana perkahwinan mereka dikatakan tidak sah oleh Hafiz.

Luahan hati Joy Revfa mengenai suaminya, Hafiz Hamidun, semakin parah?

Jumaat, 18 Ogos 2017

Dengarnya semakin parah kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa ni. Apa taknya, kedua-dua pihak saling membuat status yang tak tahu apa yang ingin disampaikan.

Sehinggakan Hafiz Hamidun sendiri mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ini:

Erma Fatimah sah talak satu.. ini puncanya.. (video)


Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis semalam.

Bade melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Amyza Aznan buru lelaki bernama Mohamad Zelmi!

Selasa, 15 Ogos 2017

Amyza Aznan, berang dengan individu bernama Mohamad Zelmi, yang didakwa meruntuhkan perkahwinan adiknya, Siti Jamiyah Aznan.

Amyza berkata, Jamiyah sudah diceraikan bekas suami selepas wanita itu memaksa beliau berbuat demikian hanya kerana mahu mengikuti lelaki yang baru dikenali di Facebook, beberapa bulan lalu.

"Saya terkejut ketika perjumpaan keluarga, adik saya memberitahu dia sudah bercerai dan mahu mengikuti lelaki itu.

"Suaminya hampir gila memujuk Jamiyah untuk rujuk semula, tetapi dia tak mahu. Lelaki itu sudah mengawal kehidupan adik saya,

"Berdasarkan apa yang saya lihat, sikap Jamiyah bukan seperti biasa. Saya meminta nombor telefon lelaki berkenaan, namun dia enggan memberikannya kepada saya. Disuruh minum air yang kami beri pun dia tak mahu.

"Saya difahamkan lelaki itu sekarang berada di Johor dan sebelum ini pun, dia dikatakan pernah menipu wanita lain.

"Adik juga meminta saya untuk memadam semua status yang dimuat naik dan mengugut untuk melarikan diri jika kami cuba mengganggu lelaki terbabit.

"Saya harap orang ramai turut dapat membantu saya mencari Zelmi. Saya benar-benar bengang dengan apa yang berlaku. Kasihan anak-anaknya yang masih lagi kecil," katanya kepada BH Online.

Bekas suami komen pergolakkan rumahntagga Hafiz, Joy Revfa

Sabtu, 12 Ogos 2017

Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran, meluahkan rasa sedih apabila rumah tangga yang baru dibina wanita itu bersama penyanyi, Hafiz Hamidun, dilanda badai.

Ray berkata, beliau seperti dapat mengagak punca perkahwinan bekas isterinya itu retak, malah teringin menasihati wanita itu sebelum membuat keputusan berkahwin, namun menganggap dirinya tidak layak berbuat demikian.

"Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.

"Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi,

"Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam," katanya kepada BH Online

Adam Shahz sah cerai isterinya, punca keretakkan didedahkan...

Jumaat, 4 Ogos 2017


Memetik BharianOnline, pelakon Adam Shahz mengesahkan dirinya sudah menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Adam berkata Fatin memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu selepas berasakan mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman sebagai suami isteri.

Serina, Gavin sah bercerai. Selepas bercerai ini perancangan mereka..

Rabu, 2 Ogos 2017

Semalam semuanya sudah menemui jalan akhir rumahtangga Serina Redzuawan dengan Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O'Luanaigh.

Mereka akhirnya berpisah secara baik dengan Gavin menceraikan Serina dengan talak satu.
"Saya rasa lebih tenang kini. Sudah lama sangat saya memendam rasa dan kami juga sudah dua tahun tinggal berasingan.

"Begitupun, tipulah kalau saya katakan tidak sedih dengan apa yang terjadi. Namun, saya perlu bangkit dan kuatkan semangat demi anak tersayang. Saya tak mahu dua anak kami (Tristan Tareef, 7, dan Isabella Saffiya, 5) nampak ibu mereka menangis.

"Perceraian ini juga bukanlah titik noktah dalam hidup. Cuma jodoh antara saya dan dirinya tidak panjang. Apa pun, saya reda dengan ketentuan Tuhan. Pasti ada hikmah di sebaliknya dan Allah mempunyai rahsia atau sesuatu yang lebih baik untuk saya. Insya-Allah,

"Kami tidak mahu bergaduh, malah kami mahu memberikan kasih sayang dan ajaran agama Islam secukupnya buat anak. Saya juga mahu mengukuhkan ekonomi dalam perniagaan syiling emas pertama di dunia, dengan cop mohor Baginda Rasulullah.

"Hubungan saya dengan bekas suami juga masih baik dan kami selalu berhubung kerana berbincang soal anak,

"Semua itu rezeki untuk saya meneruskan kehidupan dan membesarkan anak. Malah, saya juga mahu menawarkan peluang kepada peminat yang ingin membuka kios menjual char kuetiau jenama saya sendiri. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada Instagram saya @serinaredzuawan," katanya katanya kepada BH Online

Serina Chef Wan dedah antara sebab dia bercerai dengan Gavin..

Selasa, 1 Ogos 2017

Anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan akhirnya menjawab spekulisi berhubung kes penceraiannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh.

Memetik Bharian, Serina merasa terkilan dengan beberapa pihak yang menuduh beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu ekoran pemberian hak jagaan sementara anak-anak kepada suami, Gavin.

Menurut Serina, ada sebab beliau membuat keputusan sedemikian dan masing-masing bersepakat menjaga dua cahaya mata mereka dengan cara tersendiri.
"Terlebih dulu saya nak maklumkan, saya dan Gavin tidak bergaduh, apatah lagi mahu berebut anak. Kami bersepakat untuk menjaga anak-anak bersama.

"Memandangkan siang hari dia bekerja mengikut waktu pejabat, maka saya akan menguruskan anak-anak, termasuklah hal sekolah, mengaji dan sebagainya.

"Pada waktu malam pula, Gavin yang akan uruskan mereka. Dia minta anak-anak bermalam di rumah asal kami kerana bilik mereka baru saja diubah suai. Salah ke?

"Bukannya saya lepas tangan tinggalkan anak-anak. Masya-Allah, fitnah cukup besar disebarkan. Jawablah di akhirat nanti. Saya masih rasional dan tahu tanggungjawab menjaga mereka," tegasnya.
Pasangan terbabit kini menjalani prosiding perceraian yang difailkan oleh Serina, sejak April lalu.

Ini komen Adam terhadap bekas isterinya, Fiza

Jumaat, 28 Julai 2017

Fiza dah berkahwin dengan seorang pilot pada hujung tahun lalu, dan mereka nampaknya sangat bahagia. Bagi bekas suami Fida, Adam AF, dia sentiasa ingat dengan bekas isterinya itu.

Berikut adalah komen Adam mengenai Fiza.

Serina dan suaminya dah berbaik ke tu?

Rabu, 19 Julai 2017

Selepas memuat naik foto Serina bersama anak-anak serta suaminya, Gavin Edward O’luanaigh di akaun Instagramnya semalam, ramai yang beranggapan pelakon Serina Redzuawan sudah berbaik semula dengan Gavin. Ini kerana, mereka kelihatan penuh dengan senyuman diwajah mereka seakan tiada sebarang kemelut rumah tangga yang berlaku.

Namun sebaliknya buat Serina..
"Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu. Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah." -kata Serina

Kesudahan rumahtangga Ezlynn....

Jumaat, 14 Julai 2017


Spekulasi keretakan rumah tangga penyanyi, Ezlynn sudah mula kedengaran dan akan menemui titik nokhtah apabila suaminya, Adam Fahmy Shamsudin bersetuju untuk bercerai secara baik.

Terdahulu, peguam plaintif Izyan Hazwan Ahmad yang mewakili Ezlynn memaklumkan defenden sedang mencadangkan penyelesaian.

Peguam, Ahmad Nazib Johari mengesahkan perkara itu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, pihaknya diarah oleh Adam untuk mencadangkan beberapa penyelesaian bagi diselesaikan secara baik.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua pihak masukkan perjanjian itu kepada mahkamah semingu sebelum tarikh 21 Ogos sebutan semula. -Sinar Harian

Bekas suami Elly Mazlein minta 'diskaun' nafkah anak

Khamis, 13 Julai 2017

Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.

Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.
Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, semalam.

"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya kepad HarianMetro.