Memey Akui Anak Sampai 6 Orang!

Pada: Jumaat, 7 Februari 2014

Dalam tak disangka rumahtangga Norman Hakim dan Memey Suhaiza kini semakin bahagia. Mereka ditemui ketika majlis kenduri anak sulung mereka, Muhammad Darwisz Hakim, baru-baru ini.

Memey akui dia begitu tenang dengan kehidupannya sekarang dan berhasrat ingin ramai anak sehingga mencecah 6 orang anak! memetik sumber Utusan semalam.


“Alhamdulillah, kehidupan saya selepas berhijrah dan bergelar ibu kini lebih tenang dan bahagia,

“Saya memang mahu ramai anak. Kalau boleh mahu enam orang anak sendiri. Namun, itu semua terpulang kepada rezeki pemberian tuhan," -Memey
“Kalau ikutkan umur, saya tahun ini dah mencecah umur 38 tahun. Jadi, bila usia dan meningkat, saya serahkan perkara ini kepada tuhan.

“Saya tidak kisah sebenarnya apatah lagi keluarga Memey memang keluarga besar. Jadi, saya hanya berusaha dan tuhan yang akan menentukan," -Norman

Tag : , , , , , , , ,