Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Fattzura Birthday Bash (18 gambar HD)

Jumaat, 29 September 2017




Nur Fazura dan Fattah Amin kini sedang digosipkan bercinta, baru-baru ini mereka diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash.

Edisi sweet! Fattah bagi 500 kuntum bunga kepada Fazura

Khamis, 28 September 2017

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.

"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.

Ucapan romantik, hadiah 'wow' dari Fazura buat Fattah Amin...

Jumaat, 15 September 2017

Pada jam 12 malam hari Rabu, Fattah Amin sudah genap berusia 27 tahun. Dan paling mengembirakan buat beliau, dia diraihkan rakan-rakannya dan juga oleh Nur Fazura.

Paling istimewa, Fazura ada membuat wish paling romantik buat Fattah Amin di Instagram miliknya. Dan dibalas sweet juga oleh Fattah Amin.

"Amin. Terima kasih yang paling manis. Terima kasih untuk hadiah," kata Fattah.

Menurut portal mStarOnline, Fattah juga menerima kejutan paling 'sweet' yang merupakan 50 kuntum ros merah dan kad ucapan berbentuk hati yang diberikan oleh Fazura.

Ulang tahun pertama Aliff Aziz, Bella Astillah yang romantik (8 gambar HD)

Video mencuit hati hari jadi anak sulung Shukri Yahaya

Sabtu, 26 Ogos 2017

Pada tanggal 24 Ogos yang lalu, maka genaplah setahun hari jadi anak Shukri Yahaya, Aaira Ameena. Menerusi video yang dimuatnaik oleh bapanya itu, Aaira telah menerima ucapan hari jadi oleh bapanya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.

Luahan manis Datuk K, Siti Nurhaliza sempena 11 tahun perkahwinan

Rabu, 23 Ogos 2017

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah meluahkan perasaannya terhadap isterinya, Datuk Siti Nurhaliza yang kini sudah genap 11 tahun mendirikan rumahtangga bersama.

Abby Abadi bagi kejutan kat suami dia.. ( 8 gambar)

Ahad, 13 Ogos 2017

Abby Abadi berjaya membuat kejutan ulang tahun kelahiran buat suami Muhammad Faizal Zakaria atau lebih mesra disapa Jai.

Jai yang genap 43 tahun semalam, kelihatan sangat terharu kerana isterinya menyediakan hadiah hari jadi berupa sebuah scooter.

Fizo Omar nyaris hampir ditumbuk oleh pelajar UNISEL (video)

Jumaat, 11 Ogos 2017

Selepas solat jumaat, sebaik Fizo Omar tiba di UNISEL shah alam untuk memberi penerangan tentang VEST- VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENST di kalangan pelajar , sambil memberi penerangan tentang VEST- VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENST, Fizo Omar menceritakan kisah Fizo Omar " bankrup " dan beberapa kisah ketika Fizo Omar menjadi student, selepas beberapa topik, tiba sesi untuk Q&A , ketika itu seorang pelajar datang untuk bertanya Kepada Fizo Omar. 


Soalan yang agak "pedas" dilontarkan oleh pelajar kepada Fizo omar. Menunjukan tangan ke arah Fizo Omar, Ketika itu situasi menjadi tegang, Pelajar itu bersuara kepada Fizo Omar untuk menyanyikan sesuatu tetapi di tahan oleh lecture, dan akhirnya, korang tengok sendiri video di atas tu apa kesudahannya..

Sekitar hari jadi ke-36 Awal Ashaari (13 gambar)

Sabtu, 5 Ogos 2017

Norman, Memey buat kejutan harijadi Abby Abadi (video)

Rabu, 26 Julai 2017

Memang tak sangka, walaupun dah berpisah namum keakraban Noman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suami makin menyerlah.

Buktinya baru-baru ini, Norman dan Memey siap buat kejutan lagi semasa majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Abby dan suami.

Adik kandung Nabila Huda yang korang tak tahu (5 gambar)

Rabu, 19 Julai 2017

Amy Search baru sahaja melangsungkan majlis harijadinya. Beliau berkongsi foto sambutan majlis tersebut di laman Instagramnya. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gambar mesra Amy Search bersama seorang gadis cantik yang dikatakan anak kandungnya.

Anak gadis Amy Search, Irisha yang kini berusia 20 tahun yang kini menetap dengan ibunya di Houstan, Texas dan jarang bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Irisha masih kecil.

Irisha dan Nabila Huda adik-beradik berlainan ibu. Ibu Irisha adalah isteri ketiga Amy Search. -sumber

Sekitar hari jadi Uqasha Senrose ke-25 (7 gambar)

Ahad, 16 Julai 2017

Sekitar ulang tahun pertama Yusuf Iskandar (6 gambar video)

Selasa, 11 Julai 2017

Harijadi Amar Baharin dan rumah terbuka Aidilfitri (11 gambar)

Rabu, 5 Julai 2017

Hadiah paling MENGEJUTKAN dari Fizz Fairuz buat Almy Nadia (KO MAMPU?)

Isnin, 19 Jun 2017

Fizz Fairuz pada hujung minggu lalu telah memberikan kejutan buat isterinya bersempena hari jadinya tak lama lagi. Almy Nadia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan hadiah sebuah kereta mewah jenama yang sama Toyota Vellfire yang berharga lebih RM200,000.00!

"Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat..., katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang," tulis Almy.

Sekitar sambutan hari jadi ke-34 Scha al Yahya (15 gambar)

Jumaat, 2 Jun 2017


Semalam selepas berbuka puasa, pelakon Scha Al Yahya telah meyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Black beri hadiah mahal ini untuk isterinya.. (video)

Khamis, 20 April 2017

Amat mengejutkan, penyanyi Black telah menghadiahkan sesuatu yang mahal terhadap isterinya. Hadiah berkenaan bukanlah untuk ulang tahun isterinya tapi untuk ulang tahun sempena perkahwinan mereka. Hadiah itu adalah kereta mewah Mini Cooper berwarna putih.



Black berkahwin dengan Cira (Naquira Yasira) pada 13 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia 2 tahun

Sekitar harijadi Jep yang romantik dari Sari Yanti (11 gambar)

Sabtu, 8 April 2017

Mira Filzah terima kejutan di majlis ulang tahun (8 gambar)

Selasa, 4 April 2017


Pelakon, Mira Filzah telah menyambut ulang tahunya baru-baru ini. Dan paling menarik dia telah menerima lebih daripada 500 kuntum bunga mawar daripada peminatnya.

Dalam majlis hari jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya, Miracle FC, antara tetamu yang hadir adalah kedua ibu bapanya serta kenalan rapat dan juga para peminat.

Majlis diadakan di Sangkot Garden, Hulu Langat dan tema untuk hari jadi Mira Filzah kali ini adalah bertemakan garden. -Kredit foto - Image.Store

Permintaan Aleesya buat Erra Fazira terkedu...


Minggu lalu, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran ada mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak mereka, Aleeysa yang ke 8 tahun. Di majlis tersebut Erra memberitahu bahawa anak perempuannya, Engku Aleesya sering meluahkan keinginan untuk mendapat adik baru.