Pada:
Khamis, 6 Februari 2014
Rupanya ianya adalah babak untuk promosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Namun ianya gambar yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di dalam laman sosial Instagramnya yang mengundang seribu persoalan. Rasanya agak tak wajar, Sharnaaz memuatnaik gambar berkenaan, memandangkan Nelydia sudah mempunyai kekasih hati.
Memang naik cemburu Qi baru baru ini dibuatnya. Difahamkan memetik sumber Murai, sebilangan gambar mesra berkenaan diambil diluar babak drama itu, lagi lah bertambah parah jadinya.
Yang tak patut lagi, pihak promosi drama berkenaan sangat keterlaluan dan kurang sensitif, jauh menyimpang dari etika budaya Malaysia, cukuplah gambar yang boleh dan sedap mata memandang seperti drama lain, ini tahap mengalahkan suami isteri pula.
Yang kena tempias si Qi, alahai..
Tag : Artis Bercinta , Drama , Gossip Artis , Kekasih Artis , Nelydia Senrose , Pelakon , Qi Qushairy , Sharnaaz






