Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Persandingan ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (edisi Photographi)

Rabu, 27 September 2017

Sekitar persandingan kali ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (17 gambar)

Isnin, 25 September 2017

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby yang berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman memberitahu yang tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

Anak Norman Hakim buat kejutan dan mengharukan..

Selasa, 15 Ogos 2017

Anak sulung Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim mengejutkan ahli keluarga dan juga para nitizennya apabila dia bertindak menulis nota nama ahli keluarganya dan diletakkan di dalam Al-Quran.

Norman menerusi Instagram miliknya memberitahu beliau menjumpai nota itu di muka surat kosong naskhah kitab suci milik anak lelakinya itu.

Norman, Memey buat kejutan harijadi Abby Abadi (video)

Rabu, 26 Julai 2017

Memang tak sangka, walaupun dah berpisah namum keakraban Noman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suami makin menyerlah.

Buktinya baru-baru ini, Norman dan Memey siap buat kejutan lagi semasa majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Abby dan suami.

Anak hafal al Quran, ini buat Norman Hakim

Jumaat, 21 Julai 2017


Norman Hakim mengakui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan kitab suci al Quran!

Norman mengakui berasa meremang bila mendengarkan bacaan anaknya itu yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali," katanya.


Katanya lagi, Danish bakal berangkat ke Turki pada Oktober depan untuk menyambung pengajian.



"Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

"Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

"Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia," ujar Norman lagi memetik AstroGempak.

Sekitar Suasana Hari Raya Norman Hakim, Memey Suhaiza (24 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Memey Suhaiza berniqab, ini reaksi follower nya

Rabu, 21 Jun 2017

Memey Suhaiza akui malu dengan suami sendiri.. (video)

Rabu, 3 Mei 2017

Memey Suhaiza mengakui malu apabila suaminya yang juga aktor, Norman Hakim menonton lakonannya di televisyen. Nak tahu kenapa? bolehlah tengok video penuh dibawah ini. -video mStarOnline

Kejutan Norman Hakim buat harijadi ke-29 Memey (24 gambar)

Selasa, 28 Mac 2017


Anak sulung Norman Hakim terkena pickup line.. Cia cia cia

Rabu, 15 Mac 2017

Kemesraan Norman Hakim dengan anak sulungnya, Marissa Dania Hakim memang tak dapat diperkatakan. Mereka sering meng-hot-kan laman sosial Instagram dengan isu yang sedih dan romantik taktala anak sulungnya itu hidup dengan ibu tirinya, Memey Suhaiza.

Terbaru, Norman cuba menyakat anaknya itu dengan ayat pickup line.

Ucapan khas Norman Hakim yang so Sweet

Isnin, 26 Disember 2016

Baru-baru ini, Norman Hakim ada memberikan ucapan khas melalui instagram miliknya kepada bekas isterinya, Abby Abadi dan isterinya, Memey Suhaiza.

Ucapan ini sebagai tanda penghargaan kepada kedua-duanya dalam pengorbanan terhadap anak-anak mereka sendiri.

“Saya nak ucap terima kasih kepada bidadari-bidadari kepada anak anak saya ni. Bila saya ada kesempatan (tengah relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya, saya sedar tanpa korang saya takkan mampu untuk urus hidup terutama nak membesar, bagi perhatian, kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni”

“Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam untuk bantu saya. Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang. Ini susun atur Allah. Korang memang hebat & sangat dahsyat dalam urusan anak anak,” kongsinya

Anak Abby Abadi sakit, ini hastag Abby yang mengejutkan!

Jumaat, 14 Oktober 2016

Jika dilihatkan dengan caption yang dimuatnaik oleh Abby Abadi ke dalam laman sosialnya baru-baru ini memang dapat kita menyangka anak hasil perkahwinnya dengan Norman Hakim iaitu Danish (lelaki) kini dalam keadaan tidak berapa sihat.

Tidak pula diketahui apa penyakit anak mereka ini, namun yang paling mengejutkan adalah hastag Abby kat caption tu. Adakah Abby nak mengambil alih hak penjagaan anak dari Norman Hakim?

Celoteh anak-anak Memey, Norman Hakim (12 gambar)

Rabu, 17 Ogos 2016

Sekitar Hari Raya Norman, Memey, Abby (20 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Gambar terkini keluarga bahagia Memey, Norman Hakim

Rabu, 8 Jun 2016

Sekitar akikah dan harijadi anak Memey, Norman Hakim (15 gambar)

Isnin, 11 April 2016

Sekitar harijadi Memey Suhaiza ke 28 (15 gambar)

Isnin, 28 Mac 2016


Anak sulung Norman Hakim boleh tengok makhluk halus..

Rabu, 23 Mac 2016

Norman Hakim telah berkongsi di laman Instagram tentang pengalaman beliau apabila anak sulungnya bersama isteri Memey Suhaiza dan Muhammad Darwisz Hakim berumur tiga tahun yang dikatakan dapat melihat makhluk halus.

Norman Hakim berkongsi beberapa cerita tentang 'anugerah' anaknya itu yang memanggil 'mereka' dengan nama 'abang' dan 'kakak'. Ada juga berlaku 'babak' di rumah beliau sendiri yang disifatkan sebagai insiden OK dan tak OK. Norman Hakim menyatakan bahawa anak sulungnya dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Muhammad Danish Hakim semasa umur sebaya Darwisz juga pernah mengalami kejadian serupa.

Abby Abadi dah hamil ke?

Selasa, 15 Mac 2016

Dengar khabar hint daripada bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim menerusi laman sosial Instagram miliknya mendakwa yang Abby kini hamil hasil perkahwinnnya dengan Jai Ezzany.

Buat masa ini kemungkinan hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu, kalau betul, tahniah diucapkan.

Dugaan buat Norman Hakim diatas musibah menimpa isterinya (2 gambar)

Isnin, 22 Februari 2016


Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pasangan Norman Hakim isterinya Memey Suhaiza. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang mungkin tidak tahu. Minggu lalu Memey Suhaiza dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat tidak sihat.

Berita tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Norman Hakim.

Menurut Norman Hakim, Memey Suhaiza mengalami demam urat dan terpaksa dimasukkan ke hospital.