Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Persandingan ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (edisi Photographi)

Rabu, 27 September 2017

Sekitar persandingan kali ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (17 gambar)

Isnin, 25 September 2017

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby yang berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman memberitahu yang tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

Norman, Memey buat kejutan harijadi Abby Abadi (video)

Rabu, 26 Julai 2017

Memang tak sangka, walaupun dah berpisah namum keakraban Noman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suami makin menyerlah.

Buktinya baru-baru ini, Norman dan Memey siap buat kejutan lagi semasa majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Abby dan suami.

Anak hafal al Quran, ini buat Norman Hakim

Jumaat, 21 Julai 2017


Norman Hakim mengakui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan kitab suci al Quran!

Norman mengakui berasa meremang bila mendengarkan bacaan anaknya itu yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali," katanya.


Katanya lagi, Danish bakal berangkat ke Turki pada Oktober depan untuk menyambung pengajian.



"Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

"Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

"Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia," ujar Norman lagi memetik AstroGempak.

Sekitar Suasana Hari Raya Norman Hakim, Memey Suhaiza (24 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Memey Suhaiza berniqab, ini reaksi follower nya

Rabu, 21 Jun 2017

Memey Suhaiza akui malu dengan suami sendiri.. (video)

Rabu, 3 Mei 2017

Memey Suhaiza mengakui malu apabila suaminya yang juga aktor, Norman Hakim menonton lakonannya di televisyen. Nak tahu kenapa? bolehlah tengok video penuh dibawah ini. -video mStarOnline

Kejutan Norman Hakim buat harijadi ke-29 Memey (24 gambar)

Selasa, 28 Mac 2017


Ucapan khas Norman Hakim yang so Sweet

Isnin, 26 Disember 2016

Baru-baru ini, Norman Hakim ada memberikan ucapan khas melalui instagram miliknya kepada bekas isterinya, Abby Abadi dan isterinya, Memey Suhaiza.

Ucapan ini sebagai tanda penghargaan kepada kedua-duanya dalam pengorbanan terhadap anak-anak mereka sendiri.

“Saya nak ucap terima kasih kepada bidadari-bidadari kepada anak anak saya ni. Bila saya ada kesempatan (tengah relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya, saya sedar tanpa korang saya takkan mampu untuk urus hidup terutama nak membesar, bagi perhatian, kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni”

“Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam untuk bantu saya. Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang. Ini susun atur Allah. Korang memang hebat & sangat dahsyat dalam urusan anak anak,” kongsinya

Celoteh anak-anak Memey, Norman Hakim (12 gambar)

Rabu, 17 Ogos 2016

Sekitar Hari Raya Norman, Memey, Abby (20 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Gambar terkini keluarga bahagia Memey, Norman Hakim

Rabu, 8 Jun 2016

Sekitar akikah dan harijadi anak Memey, Norman Hakim (15 gambar)

Isnin, 11 April 2016

Sekitar harijadi Memey Suhaiza ke 28 (15 gambar)

Isnin, 28 Mac 2016


Dugaan buat Norman Hakim diatas musibah menimpa isterinya (2 gambar)

Isnin, 22 Februari 2016


Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pasangan Norman Hakim isterinya Memey Suhaiza. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang mungkin tidak tahu. Minggu lalu Memey Suhaiza dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat tidak sihat.

Berita tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Norman Hakim.

Menurut Norman Hakim, Memey Suhaiza mengalami demam urat dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Norman, Memey bercuti ke Korea Selatan (32 gambar)

Jumaat, 11 Disember 2015

Keluarga bahagia Memey Suhaiza, Norman Hakim (11 gambar)

Jumaat, 30 Oktober 2015

Anak Norman Hakim bagi tazkirah agama (video)

Selasa, 27 Oktober 2015

Norman Hakim menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, berbicara tentang jerebu.

Dalam beberapa video pendek yang dimuat naik Norman ke akaun Instagram itu, dia dilihat berbual dengan Danish dan nyata, anak lelakinya itu punya pemikiran yang matang walaupun baru berusia 12 tahun.

Kata Danish, jerebu yang sudah berlarutan hampir dua bulan ini adalah petanda bahawa ia bukan sekadar bencana alam, tetapi lebih kepada satu bentuk peringatan Allah kepada manusia.

Tambah Danish, inilah masa terbaik untuk umat Islam khususnya, bermuhasabah dan bertaubat kerana bencana alam yang teruk juga salah satu petanda dekatnya hari kiamat.

Sekitar resepsi Abby Abadi, M. Faizal (41 gambar)

Khamis, 20 Ogos 2015


Gambar Perkahwinan Abby Abadi dan Jai Ezzany
Sekitar perkahwinan dan persandingan Abby Abadi  dan Muhammad Faizal Zakaria pada 16 Ogos iaitu Ahad lepas di kediaman keluarga Abby.

Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.

Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Reaksi Memey Suhaiza mengenai perkahwinan Abby Abadi..

Khamis, 6 Ogos 2015

Abby Abadi telah mengumumkan akan berkahwin buat kali-3 dengan pasanga hidupnya yang juga seorang wartawan akhbar politik.

Namun bagi Memey Suhaiza yang juga isteri kepada Norman Hakim mengakui tidak terkejut memandangkan Abby sebelum itu ada memberitahu mereka hasrat untuk mendirikan rumahtangga semula.
“Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya,” katanya kepada Murai.