Pada:
Ahad, 22 September 2013

Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong. -mStar |gambar Rotikaya
Tag : Baju Pengantin , Fouziah Gous , Gambar Artis , Pelakon , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Putrajaya , Selangor