Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Fouziah Gous kini hamil anak ke-2

Jumaat, 19 Mei 2017


Fouziah Gous berkongsi berita gembira kehamilan keduanya yang kini sudah memasuki minggu ke 14.

Fouziah berkata, dia setakat ini mengalami alahan yang berbeza dengan kehamilan pertama dan anak sulungnya, Muhammad Zeeshan yang berusia dua tahun tidak mahu berenggang dengannya.

“Kali ini memang mencabar. Zeeshan macam tahu dia bakal jadi abang, jadi asyik “lekat” dengan saya. Dia tak mahu berpisah.

“Saya tidak tahu pun hamil. Tapi suami ada mimpi tentang kehamilan ini, cuma kami ingat hanya mainan tidur.

“Jumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan dan Alhamdulillah, saya disahkan mengandung tujuh minggu ketika itu,” katanya.

Ditanya soal jantina kandungan, Fouziah berkata, dia sidah membuat imbasan namun masih belum kelihatan jantina bayi tersebut.
“Saya dan suami sebenarnya tidak kisah. Asalkan bayi dilahirkan sihat, kami cukup bersyukur,”katanya.

Fouziah juga berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial, Instagramnya

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

Sekitar Hari Raya Fouziah Gous (8 gambar)

Khamis, 14 Julai 2016

Perkembangan terkini anak Fouziah Gous (8 gambar comel)

Sabtu, 14 Mei 2016


Mengenai si kecil yang kini sudah berusia lima bulan, memetik Bharian Fouziah Gous memberitahu, anaknya itu sudah mula menunjukkan peningkatan diri.

Anak terkini Fouziah Gous (4 gambar)

Selasa, 10 Mei 2016


Anak Fouziah Gous ini Muhammad Zeeshan kini dah berusia 5 sehingga 6 bulan. Dan kelihatan sihat sentiasa.

Sekitar majlis akikah Zeeshan, anak Fouziah Gous (20 gambar)

Rabu, 13 Januari 2016

Fouziah Gous akhirnya dedahkan wajah anaknya.. (5 gambar)

Rabu, 16 Disember 2015



Fouziah Gous akhirnya mendedahkan wajah bayi sulungnya yang dilahirkan pada 26 November lalu.

Menerusi akuan Instagram miliknya semalam Fouziah Gous memuat naik fotonya yang sedang mendukung anak lelakinya.

Menersui foto tersebut Fouziah Gous turut memperkenalkan nama bayinya setelah selesai majlis bertahnik. Bayinya itu diberi nama Muhammad Zeeshan.

Inilah nama anak sulung Fouziah Gous (gambar)

Sabtu, 5 Disember 2015

Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Dalam Instagram milik Fouziah semalam, dia da mengumumkan nama anaknya itu ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud. kekuatan dan yang terhebat.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,”

Fouziah Gous selamat melahrikan anak berjantina... (gambar)

Jumaat, 27 November 2015


Fouziah Gous, 32, selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada jam 11.40 pagi semalam, 26 November.

Suami Fouziah, Md Zhafran Md Yusof ketika dihubungi berkata ibu dan anak dalam keadaan baik memetik HarianMetro.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin secara normal.

“Insya Allah jika semuanya okay, dalam beberapa hari lagi mereka dibenarkan pulang ke rumah,

“Saya dapat lihat isteri sebak sebaik saja selamat melahirkan. Dia sempat melemparkan senyuman tanda dia kini bergelar ibu,” katanya.

Instagram kontroversi ciptaan Fouziah Gous terima kritikan.. (3 gambar)

Jumaat, 20 November 2015


Sebuah akaun laman sosial, Instagram dengan nama zhafoujr telah menarik perhatian pengguna laman berkenaan. Ikut cerita, sebenarnya akaun tersebut di buat oleh Fouziah untuk anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan menggunakan gabungan nama antara Fouziah dan suami beliau Zhaf.

Namuntindakan Fouziah untuk membuka satu akaun Instagraml buat anak yang belum lahir mengundang kritikan daripada pengguna di sana.

Ada yang menyifatkan Fouziah teruja berlebihan dan terlalu awal untuk mewujudkan akaun tersebut kerana tidak tahu lagi akan ketentuan takdir.

Majlis kesyukuran sambut bayi Fouziah Gous (12 gambar)

Selasa, 17 November 2015

-gambar MUHAMMAD ZAMEER

Baby bump Fouziah Gous 6 bulan (11 gambar)

Rabu, 4 November 2015

Nampak bra ketika menjadi host Nona, ini komen Fouziah Gous.. (2 gambar)

Rabu, 30 September 2015

Rancangan Nona pada hari Ahad lalu telah menimbulkan reaksi yang berbeza buat pengamat mata tajam di sebuah Forum online akan penampilan Fouziah Gous.

Katanya baju yang dikenakan Fouziah menampakkan pakaian dalamnya aka bra. Dan ini komen Fouziah mengenai hal itu.

Fouziah bicara saat romantik ketika mengandung...

Selasa, 26 Mei 2015

Fouziah Gous berkongsi cerita paling romantik dalam hidupnya bergelar isteri mengandung. Saat indah ini dikatakan juga dilakukan bersama suaminya.
"Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi,"

"Anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak 'gaduh' mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat," -Fouziah Gous petikan portal Bharian

Fouziah Gous, Suami ke Tokyo, Jepun (37 gambar)

Khamis, 2 April 2015


Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran yang kini sudah bergelar suami isteri 2 tahun telah pergi ke Tokyo, Jepun untuk bercuti sekaligus menyambut hari jadi suaminya itu yang ke-32.

Mari lihat gelagat kemesraan mereka ketika berada di sana sejak 21 Mac lalu sehingga 1 April.

Fouziah turun padang bantuk mangsa banjir Kelantan (6 gambar)

Khamis, 8 Januari 2015

Dah lah cantik, buat kerja amal lagi tu. Memang terbaiklah yang dilakukan oleh Fouziah Gous ni bersama-sama suaminya untuk menolong membersihkan dan membantu mangsa bencana banjir besar di Kelantan.

Artis lain sepatutnya mencontohi Fouziah ni, walaupun sibuk, Fouziah masih boleh turun padang membantu penduduk di sana.

Fouziah Gous kini pengacara Nona (6 gambar)

Sabtu, 3 Januari 2015

Tahniah buat Fouziah Gous yang kini dipilih untuk mengantikan Neelofa dan Fara Fauzana untuk menjadi pengacara Nona yang berakhir 28 Disember lalu untuk mereka berdua.

Difahamkan, Fouziah berseorangan tanpa sebarang pembantu bersama.

Sekitar kejutan harijadi Fouziah Gous oleh suami (8 gambar)

Jumaat, 19 Disember 2014


Fouziah Gous telah diberikan beberapa kejutan sempena ulangtahunnya yang ke 32 tahun baru-baru ini.

Suami Fouziah, telah membuat satu aksi yang sangat romantik, dia membawa isterinya pusing-pusing dengan mata bertutup supaya tidak dapat mengecam lokasi yang ingin dibawanya.

Dan ini adalah sekitar majlis bermakna itu..

Gambar seksi Fouziah Gous

Isnin, 26 Mei 2014

Bebrapa hari lalu, gempar apabila Fouziah Gous memuat naik gambar seksi dirinya dengan menampakkan buah dada dan juga skirt singkat di Instagram.

Namun Fouziah mengakui wajah berkenaan adalah dia, dan bentuk badan itu bukan dirinya.

Ini bermaksud ada seseorang yang membuat super impose terhadap Fouziah Gous. Fouziah sebenarnya sudah mengetahui gambar itu lama di dalam internet, namun dia saje nak muat naik gambar berkenaan untuk melihat reaksi orang lain di laman sosial miliknya.
“Perkara itu sudah lama tetapi saya baru sahaja menjumpai gambar berkenaan di internet. Jadi, tidak elok kalau saya sengaja tarik perhatian ramai dengan sekeping gambar itu.

“Apa yang saya boleh katakan, saya maafkan orang yang menggunakan muka saya dalam gambar tersebut. Saya tidak mahu ungkit apa-apa lagi.

“Tidak guna untuk saya marah sekarang. Saya muat naik gambar tersebut supaya orang tahu ada lagi insan yang sengaja menggunakan gambar kita sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri. Jadi kita perlu berhati-hati. Gambar itu juga bukan saya," -Fouziah, petikan Utusan