Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pelakon Dottie selamat bergelar isteri (gambar)

Selasa, 27 Disember 2016

Pelakon Nor Syuhaida Abd Razak (Dottie) sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan.

Pasangan itu dinikahkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 10 pagi, semalam.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana majlis semalam berjalan lancar, berkat doa serta restu kedua-dua belah pihak kami sah bergelar suami isteri ,” katanya.
Dottie yang popular menerusi filem Hantu Bonceng bagaimanapun merahsiakan jumlah hantaran dan mas kahwin, namun masing-masing berbalas tiga dulang hantaran.

Dottie sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka berasal dari Banting, Selangor itu pada April lalu. -HarianMetro

Pra Perkahwinan Shukri Yahaya, Tya Adnan (9 gambar)

Selasa, 27 Oktober 2015

Mereka berdua akan disatukan menjadi suami isteri yang sah pada 20 November bulan hadapan yang difahamkan akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka keesokan harinya di Cyberjaya. -gambar Pinography Official.

Gambar pernikahan Hanez Suraya, Romie (17 gambar)

Sabtu, 14 Mac 2015




Dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, kini sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais, 35, sekitar pukul 11.25 pagi tadi di Masjid Putra, Putrajaya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al Quran dan sejadah, kek, buah-buahan, wangian, tali pinggang, baju dan seluar, beg dan sepasang kasut.

Manakala mas kahwin pula, Hanez telah menerima wang berjumlah RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Farhan AF selamat bergelar isteri (gambar)

Jumaat, 10 Oktober 2014

Dengan sekali lafaz, Farhan Azizan, 29, sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Alhasanah, Bangi jam 10.15 pagi tadi. Mereka dinikahkan berwali bapa Farhan sendiri iaitu Azizan Mohd Khir.

Wang hantaran dirahsiakan manakala pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin lelaki.

Sepatutnya pasangan ini bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tetapi lokasi bertukar pada saat akhir.

Farhan AF4 mula edar kad kahwin (3 gambar)

Rabu, 8 Oktober 2014

Agak sibuk dibuatnya untuk mengedar kad jemputan perkahwinan yang diimpikan setelah bertunang sejak 12 Februari 2012. Itulah yang dibuat sekarang oleh Farhan Azizan (finalis Akademi Fantasia musim ke-4) dengan tunangnya, Ahmad Rashadan.

Kad berkenaan berjumlah hampir 300 dan diserahkan kepada keluarga, media dan rakan-rakan dengan menyasarkan 700 tetamu akan hadir.

Majlis perkahwinan aka resepsi mereka memetik portal mStar akan diadakan pada jumaat ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya. -Gambar Bharian | mStar

Alif Satar umum tarikh perkahwinan pada...

Rabu, 13 Ogos 2014

Alif Satar yang sudah bertunang dengan pasangan pilihannya, Shadila Halid sejak 14 Januari lalu mengumumkan akan mengakhiri waktu pertunangnya itu pada bulan hadapan 15 September.

Perbezaan umur 5 tahun dimana Shadila berusia 29 tahun, manakala Alif pula 24 tahun. Majlis nikah itu nanti akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.

Manakalah resepsi pula diadakan pada 29 September di Marina, Putrajaya. -sumber Utusan

20 Lagi Gambar Pernikahan Diana Amir

Ahad, 27 Oktober 2013

Ini adalah gambar photographer rasmi untuk perkahwinan Diana Amir dengan suaminya, Mohd Habibbullah yang berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Memang indah dan anggun sekali kedua-dua pengantin. Enjoy. -gambar Shah Mohammed Photography

14 Gambar Pernikahan Diana Amir

Sabtu, 26 Oktober 2013

Tahniah kepada pelakon, Diana Amir yang selamat bergelar isteri kepada suami yang juga seorang pensyarah Uitm Merbok Kedah, Mohd Habibbullah A Rahman pada 9.30 malam selepas waktu Isya dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Gambar Pra Perkahwinan Riz Amin, Fazlina

Khamis, 17 Oktober 2013

Inilah dia gambar pra perkahwinan pelakon, Riz Amin dengan wanita pilihanya, Sharifah Fazlina. Cukup cantik juga wanita pilihan Riz ni.

Gambar pra perkahwinan ini diambil di sekitar Putrajaya, jadual pernikahan mereka ada sebulan lagi iaitu pada 15 November nanti. -MediaHiburan

Gambar Resepsi Fouziah Gous, Zhafran

Selasa, 1 Oktober 2013

Gambar dibawah adalah gambar resepsi perkahwinan Fouziah Gous dengan suaminya, Zhafran Yusof di Hotel Marriott Putrajaya baru-baru ini. Majlis sangat meriah, dengan aktiviti makan bersuap dengan memotong kek 5 tingkat.

Semoga berkekalan lah kan pasangan ini sehingga ke akhir hayat. :) -gambar RotiKaya

Gambar Pernikahan Fouziah Gous, Zahfran

Ahad, 22 September 2013

Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor semalam pada pukul 9.30 malam.

Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan.

Tarikh Perkahwinan Fouziah Gous, Enggan Terima Tajaan

Sabtu, 14 September 2013

Nah inilah dia tarikh yang diumumkan oleh Fouziah Gous semalam kepada media. Dia dan tunangnya, Md Zahfran memilih 21 September minggu depan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Tarikh ini kata Fouziah dan Zahfran adalah bersesuaian dengan bajetnya yang ada.

Ras Adiba Radzi Selamat Menjadi Isteri

Selasa, 30 Julai 2013

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pembaca berita NTV7, Ras Adiba Radzi yang selamat diijab kabulkan oleh suaminya, Ilias Yaakop pada hari Sabtu, 27 Julai yang lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar mengikut sumber.

Gambar Resepsi Farid Kamil, Diana Danielle

Isnin, 3 Disember 2012

Setelah bernikah pada 3 November yang lalu dan juga berita Diana Danielle disahkan mengandung / hamil dua minggu kemudian, baru-baru ini semalam dua pasangan suami isteri ini Farid Kamil dan Diana sudah membuat majlis resepi mereka di Taman Ekuestrian Putrajaya dengan kehadiran lebih daripada 500 tetamu.

Difahamkan mereka diarak oleh Unit Berkuda PDRM dengan 8 ekor kuda. Walaupun hujan persembahan akrobatik atas kuda dan persembahan Tean Paging tetap diadakan selain daripada pelatih PLKN yang juga kawan-kawan Diana ketika berlatih dahulu.

Tahniah dan semoga bahagia berkekalan selamanya. -gambar Instagram Annas Easkey | Rotikaya

Rini AF Selamat Melahirkan Anak Sulung

Jumaat, 10 Ogos 2012

Berita baik ini disahkan sendiri oleh portal MediaHiburan yang mana bekas pelajar Akademi Fantasia, Rini dikhabarkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Hospital Putrajaya pada jam 10.10 pagi semalam.

Bayi perempuan seberat 4.25kg atau bersamaan dengan 8 paund itu diberi nama, Maryam Joanna binti Johanis. Rini berkahwin dengan Johanis pada 16 julai 2011 yang lalu.

Dan ini adalah komentar Rini yang sempat dirakamkan..

"Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, 'baby' kami sudah pandai menyusu badan,"

Lagi Selebriti Sertai Parti Politik!

Isnin, 16 Julai 2012

Ni la, ramai sudah artis menyertai mana-mana parti politik. Tidak tahu periuk nasi mereka sudah tidak mencukupi lagi dan terjun ke dunia politik. Bukan nak kata apa, itu rezeki masing-masing, tapi kalau semua sudah jadi begini satu saat nanti, kemana perginya artis yang betul-betul memperjuangkan seni dan lagu yang asli tanpa diaduk dengan acuan politik. Sebab kita nak betul-betul hiburan yang asli macam era 60-an sehingga 90-an.

Ni pun admin rasa, ramai pembaca juga yang masih belum mendaftar untuk mengundi nanti kan. :P

HarakahDaily: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.
komen penceramah bebas mengenai isu berbangkit

Gambar Pernikahan Awal Ashaari, Scha al Yahya

Jumaat, 4 Mei 2012

Dengan sekali lafaz, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada 9.15 PM , Jumaat ini di Hotel Pullman Lakeside PutraJaya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
-Via | gambar OhBulan & GUA

Awal, Scha pilih 4 Mei 2012 untuk kahwin

Rabu, 28 Mac 2012

Akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha al Yahya memilih 4 Mei 2012di di Hotel Pullman, Putrajaya sebagai tarikh keramat untuk bergelar suami isteri seperti yang diumumkan baru-baru ini. Tapi terdapat syarat yang Awal kemukan kepada Scha setelah bergelar isteri. Mengikut sumber mStar, Awal mengenakan syarat selepas kahwin kepada Scha seperti

-menjaga nama baik suami/keluarga mertua,
-dilarang memeluk lelaki ketika adegan berlakon,
-selaku suami isteri, kenala tidur bersama walau apa jua keadaan.
-scha kena pulang rumah sebelum jam 12 malam
Syarat ini seperti syarat standart seorang suami kepada isteri kan. tiada apa yang luar biasa dengan syarat ini. hehe. Scha dengan komennya pula.
"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,"

Video, Gambar Pernikahan Lisa Surihani, Yusry

Jumaat, 24 Februari 2012

Dengan sekali lafaz, Yusry Abdul Halim sah bergelar suami kepada Lisa Surihani Mohamed. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.







credit to mStar | GUA

gambar pernikahan Farah AF2, Johan

Sabtu, 16 Julai 2011

Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya, selepas solat Jumaat kelmarin. Manakala itu, mas kahwin mereka sebanyak RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.

[via]