Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar perkahwinan Putri Najuwa (11 gambar HD)

Selasa, 26 September 2017

Pelakon Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof (Putri Najuwa) telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan suaminya seorang ahli perniagaan, Mohd Zaid Samsuri (Mr. Z) hujung minggu lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan setelah mengenali satu sama lain selama 10 tahun dan setelah enam tahun bercinta.

Lagi perkahwinan resepsi Siti Saleha (25 gambar HD)

Isnin, 7 Ogos 2017

Sekitar pernikahan, resepsi Siti Saleha (25 gambar HD)

Isnin, 31 Julai 2017

Tahniah Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 Jumaat lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di TPC Bukit Kiara. .

Siti Saleha yang berusia 27 tahun menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31 tahun. Namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.

Sekitar pernikahan, resepsi Anis Al-Idrus, Mohd Rafzan (55 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Sekitar resepsi Nadya Syahera, Fizul Nawi (35 gambar HD)

Selasa, 2 Mei 2017



Selepas dilanda pelbagai kontroversi ekoran kelahiran anak yang tak cukup bulan dan tarikh akad nikah yang tak diketahui bila. Namun, semalam, 1 Mei 2017, akhirnya Nadya Syahera dan Fizul Nawi telah mengadakan majlis resepsi mereka di Kedah. -Gambar IG NadyaSyahera

Arja Lee dikecam bergambar dengan Sari Yanti...

Selasa, 21 Februari 2017

Dengar khabar yang pelakon Arja Lee dikecam peminat di laman sosial kerana bergambar dengan Sari Yanti dengan busana pengantin. Arja memberitahu yang dia tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

Bahkan, katanya, beliau memuat naik gambar mereka berdua, yang lengkap berbaju songket berwarna biru, sekadar mempromosikan drama Sekali Kulafazkan Cinta.

Mengikut portal BharianOnline, Arja sudah memadamkan foto berkanaan namun penerbit drama berkenaan, David Teo,telah memuatnaik semula gambar berkenaan pada hari Ahad lalu, dengan kaption: 'Eh, kami dah selamat disatukan bersama.. Eh? Gurau je'.
"Jujurnya, saya tidak tahu mengenai perhubungan Sari dan Jep sehinggalah membaca beberapa komen pengikut saya. Malah, ada yang memarahi saya kerana gambar itu.

"Tambahan pula, Sari dan Jep mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka terus meletakkan pelbagai reaksi kerana foto yang dimuat naik itu. Lantas saya memadam foto berkenaan, tetapi ia dimuat naik semula oleh David. Begitupun, mungkin niatnya adalah sekadar gurauan, jadi saya tidak menyalahkan beliau.

"Apapun, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan foto berkenaan," katanya kepada BH Online.

Resepsi ke-2 Datuk Awie (12 gambar HD)

Selasa, 24 Januari 2017

Majlis resepsi kedua vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin telah berlangsung hujung minggu lalu di Tadom Hill Resorts.

Hazama sah bergelar suami Kam Shi Ling (gambar & video)

Isnin, 16 Januari 2017



Penyanyi, Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Orchid Villa, Petaling Jaya.

Hazama menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genevie.

Difahamkan Genervie memeluk agama Islam sejak beberapa bulan lalu dengan memilih untuk mengekalkan nama asalnya. -mStarOnline | gambar HLive

Sekitar majlis resepsi ke-2 Amar Baharin, Amyra Rosli (34 gambar HD)

Isnin, 21 November 2016

Sekitar resepsi perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli (42 gambar HD)

Ahad, 13 November 2016

Sekitar pernikahan Amar Baharin, Amyra Rosli (43 gambar HD)

Sabtu, 12 November 2016


Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Sekitar Resepsi Nazim Othman (11 gambar)

Selasa, 20 September 2016

Resepsi Nazim Othman, Bella (9 gambar)

Khamis, 15 September 2016



Nazim Othman dan Bella Dally telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 10 September yang lalu.

Sekitar majlis bertandang Hafiz Suip (15 gambar)

Khamis, 19 Mei 2016

Majlis Akad Nikah Shahrol Shiro, Anna Danisha (22 gambar)

Ahad, 20 Mac 2016

Lagi gambar sekitar resepsi Nas T, Atita Haris (70 gambar HD)

Rabu, 9 Mac 2016

Lagi Majlis Resepsi Anzalna Nasir (21 Gambar HD)

Ahad, 6 Mac 2016

Sekitar pernikahan Anzalna Nasir, Hanif (10 gambar)

Ahad, 21 Februari 2016

Sekitar pemilihan baju pengantin Anzalna, Hanif (30 gambar HD)

Anzalna Nasir dan Hanif akan melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Untuk hari perkahwinan hari ini, mereka akan mengenakan busana rekaan duo pereka terkenal Rizman dan Ruzaini.

Sekitar Resepsi Stacy, Akim (30 gambar HD + video)

Sabtu, 6 Februari 2016