Usia Kandungan Nana Mahazan 3 Bulan

Pada: Sabtu, 21 September 2013
Nana (Nor Hana Che Mahazan) baru-baru ini mengumumkan dia sedang hamil/mengandung lagi untuk anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Brian. Berita ini sudah pun ramai mengetahui namun ketika itu perut Nana tidak sebesar khabar berita.

Kali ini memetik daripada portal Utusan, usia kandungannya kini sudah mencecah 3 bulan. Nana kini mempunyai anak perempuan bernama Althea Raqeem Brian.

Nana dengan ibunya
"Selama empat tahun saya menanti perkhabaran ini. Saya sentiasa berdoa supaya Althea akan mendapat adik.

"Akhirnya, baru kini saya mendapat khabar ini. Orang pertama yang saya beritahu ketika itu adalah suami saya.

"Kandungan ketika itu baru sahaja memasuki beberapa minggu. Saya tidak berani hendak menghebahkan secara awal kerana khuatir jika terjadi apa-apa.

"Bila semuanya tampak baik, pemeriksaan doktor pun sudah dilakukan baru saya beritahu. Tiada niat nak sorok pun,"

"Saya tidak mahu buat imbasan untuk mengetahui jantina bayi saya. Saya mahu ia jadi satu kejutan buat saya dan suami.

"Sebab itu pakaian kebanyakannya kami beli warna putih, sebab ia sesuai dipakai jika bayi saya lelaki atau perempuan.

"Malah, pakaian pun kebanyakannya saya beli pakaian yang boleh dipakai untuk bayi lelaki atau perempuan," -Nana.

Tag : , , , , , ,