Adnan Sempit 3 Kutip RM 2 Juta Lebih

Pada: Jumaat, 16 Ogos 2013

Menurut portal MediaHiburan semalam, filem Adnan Sempit 3 hasil produksi MIG Pictures milik David Teo telah membuahkan hasil yang lumayan..

Dianggarkan hampir mencecah RM2.3 juta kutipan pada 6 hari yang lalu. Mana tidaknya, filem kesimbungan dari jilid pertama dan kedua ini adalah yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Lakonan mantap aksi dan lucu dari Shaheizy Sam boleh membuatkan penonton terhibur, apatah lagi geng rempit sudah pastinya menantikan filem ini.

Yang jelas jilid ke-4 akan dilaksanakan minggu hadapan dan lokasinya adalah di Thailand, namun diberi tajuk khas iaitu Adnan Sempit Sawadeekap.

Tag : , , , , , , , , ,