Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar baby shower Liyana Jasmay (15 gambar)

Isnin, 11 Januari 2016

Kekasih baharu Intan Ladyana? (gambar)

Rabu, 26 November 2014

Baru-baru ini timbul gosip yang Intan Ladyana sudah bertemu penganti Kamal Adli. Ini dibuktikan gambar dia dengan disamping dengan beberapa lelaki yang didakwa salah seorang daripadanya (jejaka berbaju kotak) adalah kekasih baharunya.

Intan yang memetik portal mStar, menafikan perkara itu dan ianya adalah cukup mengarut.
"Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih.

"Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia," -Intan

Kamal masih simpan gambar dalam poket, Intan no komen!

Rabu, 15 Oktober 2014

Hubungan kisah cinta di antara Intan Ladyana dengan Kamal Adli sudah berakhir 2 bulan lalu. Pastinya ramai yang sudah tahu. Namun disebalik kisah itu, ada juga yang masih mahu menanyakan benda yang sama sehinggakan Intan merasa sangat rimas.

Artikel daripada Astro Gempak telah menyebutkan yang Kamal Adli masih belum dapat melupakan Intan dengan masih menyimpan gambar Intan di dalam dompet milik Kamal.

Akui Intan memetik portal Murai, tidak perlu ungkit hal-hal yang lepas. Biarkan ianya berlalu.
“Saya sebenarnya tidak mahu panjangkan lagi isu ini kerana hubungan kami memang dah berakhir dan tiada apa lagi yang boleh saya komen.

“Saya rasa baik saya diamkan diri sahaja, jika tidak isu ini tidak akan berakhir,” -Intan

Kamal Adli sanggup melutut demi kembali kepada Intan Ladyana

Khamis, 9 Oktober 2014

Dengar cerita, Kamal Adli pernah melutut aka merayu kepada bekas kekasihnya, Intan Ladyana untuk meraih simpati cintanya kembali.

Luahan yang sangat menjiwang juga diluahkan oleh Kamal kepada seluruh dunia bahawa dia masih memerlukan cinta Intan dan membuktikan untuk berkahwinnya pada tahun ini, tapi semuanya tinggal harapan je. Nada sepertinya dia menyalahkan Intan yang melulu mahu mengakhiri percintaan tanpa sebarang alasan.

Ini dibuktikan lagi dengan luahannya melalui sisipan BiPop hujung minggu yang lalu.

Gambar sekitar karpet merah Anugerah Lawak Warna (20 gambar)

Ahad, 21 September 2014

Beberapa keping gambar karpet merah Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor.

Antara selebriti yang hadir adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi. -gambar RotiKaya

Kamal Adli berbohong? isu putus cinta Intan Ladyana

Rabu, 3 September 2014

Minggu lepas Intan Ladyana telah akui yang hubungan dia dengan kamal Adli telah putus dan kenyataan itu dikeluarkan Intan kepada beberapa media.

Namun Kamal yang ditemui berasa terkejut dan tidak mengetahui akan kisah putus itu.
"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

"Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru,

"Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir (25 Ogos) dan tiada apa nak dibincangkan lagi,"
Agak pelik apabila Kamal telah memuatnaik gambar mereka bersama bercuti pada hari Khamis minggu lepas. Namun perkara ini tidak diketahui Intan, dan Intan sudah tidak lagi follow bekas kekasihnya itu.

Intan Ladyana, Kamal Adli putus cinta setelah 6 tahun bersama!

Rabu, 27 Ogos 2014

Hubungan cinta yang dibina sejak 6 tahun oleh pasangan kekasih selebriti, Intan Ladyana dan Kamal Adli akhirnya terputus ditengah jalan.

Intan dan Adli telah membuat keputusan berpisah secara baik selepas Hari Raya yang lepas. Namun kenyataan yang dikeluarkan Intan kepada portal mStar dibawah ini telah memberikan kejutan kepada Kamal yang agak tidak menduga Intan memberikan kenyataan kepada media tanpa pengetahuannya.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,"

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," -Intan
"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” -Kamal

Kamal Mahu Kahwini Intan Tahun 2014!

Sabtu, 5 Oktober 2013

Dalam tak disangka dah 5 tahun percintaan pasangan selebriti kita ni bercinta, Kamal Adli dengan Intan Ladyana.

Semalam di sisipan Bharian, Kamal ada membuat pengakuan akan menikahi Intan pada tahun hadapan. Dan ini semua masih lagi dalam perancangan buatnya memandangkan tugas membeli rumah sendiri sudah selesai.

Adnan Sempit 3 Kutip RM 2 Juta Lebih

Jumaat, 16 Ogos 2013


Menurut portal MediaHiburan semalam, filem Adnan Sempit 3 hasil produksi MIG Pictures milik David Teo telah membuahkan hasil yang lumayan..

Dianggarkan hampir mencecah RM2.3 juta kutipan pada 6 hari yang lalu. Mana tidaknya, filem kesimbungan dari jilid pertama dan kedua ini adalah yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Gambar Intan Ladyana Yang Manis!

Rabu, 3 April 2013

Memang tak dinafikan yang pelakon Intan Ladyana merupakan salah seorang pelakon manis yang sentiasa memikat hati penonton apabila melihat kelibatnya dalam drama mahupun filem.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya menunjukkan dia seorang yang periang dan sangat comel. Dan siapalah jejaka bertuah yang berdamping dengannya sekarang ni kan. Masih lagi menjadi satu misteri~..

Gambar Nora Danish di Tahun Baru Cina

Selasa, 12 Februari 2013

Gambar dibawah adalah gambar Nora Danish yang menghadiri satu majlis kalau tak silap perasmian beberapa buah filem keluaran MiG produksi milik David Teoh dan sekaligus untuk meraihkan Tahun Baru Cina.

Ramai juga selebriti yang hadir seperti Intan Ladyana, Farid Kamil, Fezrul Khan dan beberapa lagi selebriti MiG. Namun melihat penampilan Nora, memang sungguh menarik perhatian. Melentik juga bentuk badan dia sekarang ni. Ada apa-apa rahsia ke. Hehe. -gambar Instagram Nora Danish

Gambar Sekitar Majlis EH! 20

Khamis, 29 November 2012

Baru-baru ini ada sebuah majlis anjuran EH! 20 dengan kerjasaama Suria FM bertempat di The Pool, Ampang. Ramai artis yang hadir dengan berpakaian serba simple dan bergaya. Jom Lihat. -gambar  facebook.com/pages/Syoknyegambar/

Gambar Sekitar Cosry Show

Isnin, 1 Oktober 2012

Gambar dibawah adalah beberapa gambar yang diambil oleh photographer professional Ryaniez Moments Photography bersempena dengan satu majlis pertunjukan Cosry yang menampilkan pelbagai fesyen terkini dan moden.

Ramai selebriti yang telah menjayakan acara berkenaan, turut kelihatan Izara Aisyah, Zarina An Julie, Intan Ladyana, Daphne Iking, Sasha Saidin dan juga Sharifah Sofea. Jum kita lihat fesyen dorang ketika berada di majlis itu.