Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Satu flight dengan Fattah, ini reaksi Neelofa jika dia jadi 'Fattah'

Rabu, 19 Julai 2017

Ntah kenapa sampai Neelofa rasa muak dengan gandingannya terdahulu, Fattah Amin buat masa ini. Dengarnya kes mereka bercuti secara tak sengaja bersama-sama di Pulau Koh Samui, Thailand beberapa minggu lalu, masih menimbulkan rasa kurang senang buat Neelofa.

Lain pula ceritanya, apabila menaiki satu penerbangan yang sama dengannya ke destinasi pulau berkenaan.
“kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa.”

“Saya sesekali tidak menyangka menaiki pesawat yang sama ke lokasi yang sama dengan pelakon itu.

“Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu daftar masuk (check-in) pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang dan sekali lagi di boarding area, itu saja.

“Jadi bila ada dakwaan kononnya kata saya melarikan diri, itu yang saya pelik. Bila pula saya lari? Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja," katanya kepada mStar Online.

Bagi Fattah pula, dia sebenarnya terpaksa menukar penerbangan apabila mengetahui Neelofa turut berada dalam jadual pesawat yang sama kerana berasa tak sedap hati selain atas nasihat keluarga.

Percutian Neelofa di Koh Samui, Thailand yang jadi persoalan (10 gambar)

Jumaat, 7 Julai 2017

Fattah, Neelofa, Fazura bercuti bersama di Koh Samui?

Khamis, 6 Julai 2017


Dengar khabar yang tiga selebriti yang dikaitkan bercinta berada di satu lokasi yang sama, iaitu Fattah Amin, Neelofa dan Fazura.

Sejak Isnin, Fattah dan Fazura yang sudah beberapa hari tidak mengemas kini status Instagram telah memuat naik dua keping foto percutian bersama rakan-rakan yang menjadi perhatian netizen.

Fara Mendoza berbikini di Pulau Koh Lipe (5 gambar)

Rabu, 15 Februari 2017

Awie dedah kenapa dia dia bernikah di Songkhla...

Khamis, 13 Oktober 2016

Penyanyi Awie yang selamat bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016 lalu berkata, ada sebab dia melakukan majlis di Songkhla, Thailand itu. Awie berkata, dia merahsiakan lokasi dan tarikh nikahnya kerana bimbang akan khianat ilmu hitam.

Syarikat Aliff Syukri berpindah ke Thailand sebab hal ini....

Isnin, 10 Oktober 2016

Pengantin baru, Yatt Hamzah & suami berbulan madu Krabi, Thailand (7 gambar)

Ahad, 20 Mac 2016

Uqasha Senrose berpakaian seksi bersama Iqram Dinzly

Rabu, 27 Januari 2016

Memetik sisipan Bharian Bpop hujung minggu lalu, gempar apabila mendapati Uqasha Senrose berpakaian seksi ke kelab malam bersama adik beradiknya yang lain.

Namun ada juga kelibat selebriti lain yang turut bersama Uqasha ketika malam itu, iaitu Iqram Dinzly. Gambar tersebut dikirim oleh seseorang yang mendakwa lokasi mereka itu adalah di Koh Lipe, pulau peranginan terkenal di Thailand.

Namun semua itu dinafikan oleh Uqasha yang umum semua tahu penampilannya kini lebih kemas dan menutup aurat. Yang menjadi persoalan sekarang, adakah ini Uqasha dan juga jika dia, adakah ini gambar lama atau gambar baru?

Nelydia Senrose ke Koh Lipe dengan siapa tu.. (PANAS)

Isnin, 4 Januari 2016

Sebelum ini, Nelydia ada memuatnaik gambar dia pergi bercuti ke pulau Koh Lipe, namun tidak kelihatan gambar Qi dan hanya memberi hint pada gambar itu.

Namun setelah di usha ke Instagram Qi, rupa-rupanya dia pun pergi ke tempat peranginan yang sama dengan Nelydia. Jeng-jeng, kebetulan atau dah kantoi ni.

Inilah sebabnya kenapa Adira kahwin dan sanggup menjadi madu...

Rabu, 23 Disember 2015

Adira mengakui yang dia sudah berkahwin dan menjadi isteri ke-2 kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 37 di Songkhla, Thailand awal bulan Disember.

Mereka bernikah disana kerana atas sebab kesukaran urusan dokumentasi di negara ini memetik portal Utusan.

Yana Samsudin ke Bangkok dengan... beli barangan kahwin (5 gambar)

Selasa, 3 Februari 2015


Dengar khabar yang Yana Samsudin telah pergi ke Bangkok, Thailand untuk membeli barangan majlis perkahwinnya yang diadakan tidak lama lagi iaitu pada 13 Februari nanti dekat Yong Peng, Johor.

Yana ditemani pereka fesyen, Zery Zamry yang juga memuatnaik gambar-gambar beliau bersama Yana. Bakal suami Yana, Fadzil Zahari tidak dapat mengikuti pembelian barangan Yana itu.

Apa yang tak kena dengan gambar pelakon ni?

Jumaat, 16 Januari 2015


Hakhak. Viral betul la sapa-sapa buat benda macam ni. Nak popular laju sangat kat laman sosial.

Baby Bump isteri Black Hanifah (3 gambar)

Jumaat, 10 Oktober 2014

Wah bukan main besar dah kandungan anak yang dikandungi Chria, isteri kepada penyanyi Black Hanifah. Usia kandungannya kalau tak silap 5-6 bulan. Gambar ini diambil ketika mereka pergi bercuti ke Bangkok, Thailand.

Abby Abadi pasrah jika tidak dirujuk semula hari ini!

Rabu, 11 Jun 2014

Abby Abadi mengakui harapannya untuk dirujuk semula oleh Muhammad Farhan tidak akan menjadi kenyataan dan ianya adalah tinggal harapan. Dan tidak mengharapkan ianya terjadi, namun menyerahkan semua itu kepada Allah SWT.

Ini dikuatkan lagi dengan status di Instagram miliknya baru-baru ini dimana digambarkan oleh anaknya sendiri, Marissa Dania Hakim
“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,”
Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun (hari ini) bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. -petikan mStar

Hanez Suraya saman MAS

Jumaat, 23 Mei 2014

Wah, punya berani Hanez Suraya bagi membersihkan nama baik dan hak pribadinya, dia telah memfailkan saman kepada syarikat penerbangan koglemerat tempatan, MAS. Ianya adalah disebabkan pendedahan tiket penerbangannya dengan kekasihnya, Romie Razin yang dfihamkan ke Bangkok Thailand bulan April lalu.

Menurut laporan mStar, Hanez dan Romie beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, mereka diberitahu oleh rakan mereka dimana salinan tiket penerbangan mereka telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Kami Sokong Liyana Manan.
“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,”

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” -Hanez Suraya

gambar Aidil, Zarema honeymoon Di pulau Krabi

Khamis, 24 April 2014

Setelah sebulan bergelar suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema telah pergi ke pulau peranginan terkenal, Krabi di Thailand.

Memang sangat-sangat best la kenangan mereka ni. Jom lihat gambar seterusnya.

Tak salah sambut pesta Songkran - Remy Ishak

Sabtu, 19 April 2014

Tahun baru Thailand atau pesta Songkran di Bangkok Thailand bukan sahaja dihadiri oleh penduduk tempatan tapi juga orang luar yang sama-sama meraihkannya, tidak ketinggalan artis dari Malaysia.

Remy Ishak juga turut bersama-sama ketika itu, namun beberapa keping foto yang dimuatnaiknya dikecam ramai peminatnya.

12 Gambar Tasha Shila, Kekasih ke Thailand bercuti

Khamis, 17 April 2014

Tasha Shila dan kekasihnya yang juga seorang peninju telah pergi bercuti ke Thailand. Mungkin ke pulau Phuket atau Krabi. Melihat darpada kemesraan mereka ini, seperti berbulan madu pula. Hoho. Mungkin mereka pergi dengan rakan-rakan yang lain. Jom layan.

15 Gambar Ana Dahlia ke Bangkok dengan kekasih

Rabu, 16 April 2014

Baru-baru ini, Ana Dahlia dengan kekasih hatinya, Ubai Zulkiflee telah pergi bercuti ke Bangkok Thailand ianya bersempena dengan festival Tahun Baru Thai (atau Songkran) disambut sekitar 13–15 April setiap tahun.

Tidak dipastikan mereka pergi berdua atau menigukti satu rombongan kenalan atau keluarga. hoho.

Gambar Zain, Rozita di Krabi, Thailand

Selasa, 11 Mac 2014

Dalam kegembiraan mendapat tahu isteri Zain Saidin, Rozita Che Wan berbadan dua aka hamil semalam, sebelum itu mereka telah pergi bercuti kali ke-3 sebagai suami isteri ke pulau peranginan terkenal, Krabi, Thailand.

Sebelum ni mereka telah ke Eropah dan ke pulau Bali, Indonesia. Namun percutian kali ini adalah untuk meraihkan ulang tahun Rozita pada 9 Mac yang lalu.