Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zed Zaidi dia orang tengah damaikan David Teo-Mat Over

Ahad, 21 Mei 2017


Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab dengan pantas apabila membuka jalan pendamaian insiden pertelingkahan David Teo dan Mat Over sebelum majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) tamat.

Zed berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti berkenaan termasuk Datuk Rosyam Nor selaku moderator sudah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya kepada mStar Online.

Mat Over tak kesal tampar David Teo, ini tindakan David Teo paling dipuji

Khamis, 18 Mei 2017


“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.
Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika.

Arja Lee dikecam bergambar dengan Sari Yanti...

Selasa, 21 Februari 2017

Dengar khabar yang pelakon Arja Lee dikecam peminat di laman sosial kerana bergambar dengan Sari Yanti dengan busana pengantin. Arja memberitahu yang dia tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

Bahkan, katanya, beliau memuat naik gambar mereka berdua, yang lengkap berbaju songket berwarna biru, sekadar mempromosikan drama Sekali Kulafazkan Cinta.

Mengikut portal BharianOnline, Arja sudah memadamkan foto berkanaan namun penerbit drama berkenaan, David Teo,telah memuatnaik semula gambar berkenaan pada hari Ahad lalu, dengan kaption: 'Eh, kami dah selamat disatukan bersama.. Eh? Gurau je'.
"Jujurnya, saya tidak tahu mengenai perhubungan Sari dan Jep sehinggalah membaca beberapa komen pengikut saya. Malah, ada yang memarahi saya kerana gambar itu.

"Tambahan pula, Sari dan Jep mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka terus meletakkan pelbagai reaksi kerana foto yang dimuat naik itu. Lantas saya memadam foto berkenaan, tetapi ia dimuat naik semula oleh David. Begitupun, mungkin niatnya adalah sekadar gurauan, jadi saya tidak menyalahkan beliau.

"Apapun, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan foto berkenaan," katanya kepada BH Online.

Selepas buka tudung, ini tindakan Uqasha Senrose..

Rabu, 28 September 2016

Selepas menerima pelbagai kritikan dan kecaman akibat tindakan membuka tudung, Uqasha Senrose mahu berehat dari berlakon apa-apa filem dibawah syarikat naungan David Teo.

Namun tindakan Uqasha untuk berehat itu diterima dengan hati terbuka David walaupun menyedari ada beberapa filem yang harus dilakokan olehnya.

David Teo dedah dalang gambar bogel Atikah Suhaimie

Khamis, 22 September 2016

David Teo memberi amaran kepada dalang yang menyebar gambar-gambar bogel mirip pelakon Atikah Suhaime agar tidak lagi melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

David berkata, pihaknya mengetahui siapa individu berkenaan dan sudah pun mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwanya ke muka pengadilan.

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas,

"Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

"Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap," ujarnya memetik mStarOnline.

Sekitar majlis akikah anak Diana Amir (16 gambar)

Selasa, 24 Mac 2015

Diana Amir mengandung anak sulung berusia...

Jumaat, 15 Ogos 2014

Berita kehamilan/mengandung Diana Amir disahkan oleh portal syarikat naugannya, MiG Metrowealth Pictures milik David Teo.

Setelah bergelar suami isteri selama setahun dengan suaminya, Mohd Habib, Diana kini sudah berbadan dua dimana usia kandungannya kini mencecah 3 bulan.

Gambar sekitar sambutan hari jadi Nora Danish ke-32

Rabu, 12 Mac 2014



Baru-baru ni pihak produksi dan kakitangan MiG dibawah naugan David Teo telah mengadakan sambutan hari ulang tahun ke-32 untuk pelakonya, Nora Danish.

Dengan dihadiri ramai juga selebriti, Nora amat teruja akan sambutan berkenaan. Acara pemotongan kek serta penyampaian hadiah adalah salah satu acara yang wajib untuk dilaksanakan.

Gambar Perpisahan Yana Samsudin dengan David Teo

Khamis, 13 Februari 2014

Yana Samsudin kini sudah tidak lagi bersama dengan MiG Production syarikat perfileman dibawah naugan David Teo.

Sudah hampir 11 tahun bersama akhirnya Yana nekad untuk tinggalkan MiG. Sebab apa tidak diketahui pula. -Gambar MiGonline

Nina Iskandar dengan Anak Datuk K?

Jumaat, 24 Januari 2014

Pelakon yang masih lagi baru dalam dunia seni naugan MiG, Nina Iskandar yang juga pelakon filem Muka Surat Cinta kini semakin naik namanya. Nina yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan anak Datuk Seri Khalid yang juga suami kepada Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid seakan-akan mahu menjawab dakwaan ini kepada umum.

Nina ditemui memetik portal MalaysianDigest.com mengakui yang Adib adalah peminatnya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Gambar Anak Diana, Farid ke Rumah David Teo

Selasa, 7 Januari 2014

Baru-baru ini suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle telah pergi mengunjungi rumah David Teo dan isterinya yang sama-sama menyambut ketibaan mereka.

Mungkin nak memperkenalkan anak mereka berdua iaitu Muhammad kepada orang paling rapat dengan mereka dalam dunia seni selama ini.

Ok mari kita lihat gambar Muhammad yang comel dan putih itu pulak. Hehe.

Villa Nabila Akan Difilemkan

Jumaat, 22 November 2013

Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Filem Highland Tower Kutip RM........

Rabu, 13 November 2013

Kalau dilihatkan filem Highland Tower yang berada di pawagam sekarang bersaing sengit dengan filem antarabangsa lainnya, seperti Thor. Namun sambutan filem ini juga amat mengalakkan dikalangan mereka yang kaki seram punya orang. Di Facebook dan Wechat ramai menyatakan filem ini tidak menghampakan.

Filem terbitan MiG ini dikatakan memetik portal Utusan telah mengaut keuntungan nak mencecah RM3.3 Juta dari 31 Oktober lalu, satu angka tidak disangka dengan kos yang rendah.

20 Lagi Gambar Pernikahan Diana Amir

Ahad, 27 Oktober 2013

Ini adalah gambar photographer rasmi untuk perkahwinan Diana Amir dengan suaminya, Mohd Habibbullah yang berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Memang indah dan anggun sekali kedua-dua pengantin. Enjoy. -gambar Shah Mohammed Photography

14 Gambar Pernikahan Diana Amir

Sabtu, 26 Oktober 2013

Tahniah kepada pelakon, Diana Amir yang selamat bergelar isteri kepada suami yang juga seorang pensyarah Uitm Merbok Kedah, Mohd Habibbullah A Rahman pada 9.30 malam selepas waktu Isya dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Aeril Zafrel Memang Suami Wawa Zainal

Jumaat, 11 Oktober 2013

Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.

Gambar Shaheizy Sam untuk Adnan Sempit Sawadeekap

Jumaat, 27 September 2013

Apa jua filem yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam pastinya mendapat sambutan, dia juga salah satu pelakon yang paling laris kalau berlakon untuk sesebuah filem.

Yang terbaru adalah filemnya yang bakal meletop edisi Thailand gitue, Adnan Sempit Sawadeekap arahan produksi MiG. Jom lihat aksi dia ketika shooting untuk filem berkenaan dengan rakan-rakan artisnya yang lain.

David Teo Pijak Saya! - Hans Isaac

Sabtu, 17 Ogos 2013

Ni lah nasib pengarah muda, Hans Isaac yang difahamkan mahu berhenti daripada menghasilkan filem dan akan memfokuskan kepada bidang teater.

Akibat daripada filem terbarunya Lemak Kampung Santan yang kurang mendapat sambutan.

Adnan Sempit 3 Kutip RM 2 Juta Lebih

Jumaat, 16 Ogos 2013


Menurut portal MediaHiburan semalam, filem Adnan Sempit 3 hasil produksi MIG Pictures milik David Teo telah membuahkan hasil yang lumayan..

Dianggarkan hampir mencecah RM2.3 juta kutipan pada 6 hari yang lalu. Mana tidaknya, filem kesimbungan dari jilid pertama dan kedua ini adalah yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Tahniah! Diana Danielle Dah Bersalin, Dapat Baby Boy

Rabu, 3 Julai 2013

Tahniah kepada pengarah, Farid Kamil yang diberitakan mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle bersalin di Australia pada Selasa 2 Julai semalam, berita ini juga disahkan lagi oleh David Teo yang mendapat mesej dari Farid.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram) yang dinyatakan melalui laman Instagram Farid Kamil.