Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Filem Mat Moto arahan Syafiq Yusof tidak relevan?

Selasa, 24 November 2015



Siapa tak kenalkan adik kepada Syamsul Yussof iaitu Syafiq Yussof juga telah mengarah beberapa filem seperti SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan baru-baru ini mula tersebar sebuah filem arahan Pekin yang turut menjadi pengarah bersama, iaitu Syafiq Yussof dalam filem 'Mat Moto' dibawah naungan Skop Production.

Adnan Sempit 3 Kutip RM 2 Juta Lebih

Jumaat, 16 Ogos 2013


Menurut portal MediaHiburan semalam, filem Adnan Sempit 3 hasil produksi MIG Pictures milik David Teo telah membuahkan hasil yang lumayan..

Dianggarkan hampir mencecah RM2.3 juta kutipan pada 6 hari yang lalu. Mana tidaknya, filem kesimbungan dari jilid pertama dan kedua ini adalah yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Hantu Kapcai Kutip RM2 Juta Untuk 5 Hari

Isnin, 1 Oktober 2012

Wah dalam tidak disangka filem seram berbentuk komedi, Hantu Kapcai mendapat kutipan yang tidak disangka-sangka hanya belum ada seminggu penayangannya di pawagam di negara ini.

Filem Hantu Kapcai dikatakan mengutip RM2 juta bermula dari Khamis minggu lalu (5 hari) yang dipetik melalui portal mStar semalam. Ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi semua pihak produksi filem berkenaan terutama KRU Studios.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dab Izzue Islam. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi kaki-kaki motor yang sudah lama-lama menantikan filem berbentuk perlumbaan.

Nak tahu apa yang menarik di filem ini? nanti malam kita usha pergi pawagam berdekatan ok.

Lakonan Shaheizy Sam memang menghiburkan, setuju?

Isnin, 28 Mei 2012

Lakonan Shaheizy Sam memang menyeronokkan dan mengasyikkan betul, tak dinafikan lakonannya membuatkan panggung gelak besar terutama filem Nongkrong yang ditayangkan baru-baru ini, yang jelas admin pon sangat meminati Sam. Pon begitu aksi Sam dalam komedi diteruskan dengan filem romantik. Aku Ada Kau Ada gandingan dengan Yana Samsuddin. Tidak berhenti disitu sahaja, Sam juga melakonkan filem aksi Adnan Sempit 3 yang rata-rata mengalami satu evolusi dengan penukaran motor biasa kepada superbike. Jom tengok triller pembuatan Adnan Sempit 3 dibawah ini. :)

Shaheizy Sam hero untuk Adnan Sempit 2

Khamis, 5 Mei 2011

Shaheizy Sam memang seorang artis yang popular secara mendadak. Sebab lakonan dia dalam filem Adnan Sempit. Filem yang dikatakan untung berjuta-juta ringgit, sehinggakan belum ada yang dapat menandinginya. Maaf lah yer, admin nak katakan sedikit, kalau lihat daripada filem tu, 30 percent jerk suka, selebihnya kureng sikit, kenapa? admin tak suka kat golongan mat rempit ni, haha. Tapi ntah macamana filem tu boleh kaut berjuta-juta, agaknya persatuan mat-mat rempit tengok ramai-ramai kot. haha. lupakan sahaja mengenai itu..

Ni ha yang terbaru, Shaheizy Sam bakal menjadi hero lagi dalam filem terbaru dari Adnan Sempit juga, tapi kali ni yang ke-2. Dengar cerita Shaheizy Sam kena bayar dengan gaji yang tinggi untuk yang ke-2 tu. Gaji tinggi tu ok juga, tapi kalau ramai orang dah tengok Adnan Sempit pertama tue bersependapat dengan admin, rasanya yang ke-2 ni takkan gempaq seperti yang pertama kecuali ianya berkonsepkan 3D, semua penonton pakai spek 3D.. haha.. Apa-apa pun Shaheizy Sam punya rezeki kita tak usah nak sibuk sangat, dah tuah manusia siapa yang tahu.. All the best Shaheizy Sam.