Pada:
Isnin, 25 Mac 2013
"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita.Rita dikatakan menuntut sejumlah wang nafkah melebihi RM12,000 sebulan itu merangkumi:
-RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
-RM7,400 sebulan untuk Rita termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.
Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.
Namun Aidil menyangkal dakwaan Rita, malah menegaskan dia masih memberikan nafkah kepada mereka.
"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata Aidil
Tag : Aidil Zafuan , Berita Artis , Keluarga Artis , Mahkamah , Nafkah , Perceraian Artis , Rita Rudaini , Rumah Tangga , Suami Isteri



