Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

melayan perangai kampung kau ni. Biadab! - Aidil Zafuan

Jumaat, 21 April 2017


Aidil Zafuan telah marah dengan bekas isteri, Rita Rudaini dan rakannya menerusi laman sosial Instagram (IG) yang sempat di screenshot Aidil.

Walaupun sudah sekian lama berpisah, nampak gayanya masalah antara mereka bagaikan tidak akan reda dengan segala kontroversi yang melanda.

Menerusi akaun IG Aidil, turut dipaparkan gambar screenshot perbualan Rita bersama rakannya berserta kapsyen 'pedas lagi berapi' daripada Aidil.

RM15,000 tuntutan edah Rita Rudaini

Rabu, 5 Oktober 2016

Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik.

Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.

Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?

Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil.
Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.

Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.
Sumber Berita : Harian Metro

Rita anggap Aidil 'kejam' Hari Raya yang lalu

Selasa, 2 Ogos 2016

Memetik portal Utusan, Rita Rudaini baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang dikatakan langsung tidak memberikan baju raya, duit raya mahupun belanja raya buat anak-anak mereka itu.

Rita tidak berniat ingin meminta-minta, tetapi mahu mengingatkan Aidil tentang tanggungjawab seorang bapa meskipun mereka sudah berpisah.
"Tak ada pun baju raya, duit raya atau belanja raya yang diberikan oleh bapa mereka tahun ini. Bulan Syawal pun akan habis beberapa hari lagi tapi apa pun Aidil tak beri pada mereka.

Dia beruntung kerana anak-anak masih kecil dan tidak pernah bertanyakan hal tersebut tetapi alangkah manisnya jika dia turut sama memikirkan dua permata hatinya untuk sama-sama gembira di hari lebaran.

Susah nak cakap hal macam ini sebab bukan kali pertama anak-anak tak menerima apa-apa sebaliknya sejak dahulu lagi. Tapi tak mengapa, saya masih mampu lagi bekerja dan memberikan mereka kelengkapan.

Dahulu dia pernah memuat naik di laman sosial gambar beg kertas yang kononnya mengandungi baju raya untuk anak-anak. Sampai ke sudah tak dapat pun. Jadi tak ada apa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka." -kata Rita

Akhirnya Rita Rudaini menang kes perbicaraan dengan Aidil

Rabu, 27 April 2016

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Mohamad Aidil yang juga pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Mohamad Aidil Zakuan, 29, yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit. -HarianMetro

Aidil tidak pernah berhubung/jumpa anak selepas kahwin?

Selasa, 8 Disember 2015

"Dia tidak lagi berhubung dengan dua anak lelakinya sejak berkahwin baru."
Inilah luahan Rita Rudaini mengenai sikap bekas suaminya Aidil Zafuan yang enggan menghubungi anak kandungnya sendiri setelah berkahwin.

Paling menyedihkan lagi anak bongsu perkongsian hidup mereka dulu, Airit Qaqa Arjuna, 4, langsung tidak mengenali bapanya dan mendakwa hanya mampu menunjukkan kepada mereka melalui kaca televisyen ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak.

Memetik laporan akhbar Kosmo, tegas Rita, memang ada usaha untuk rapatkan hubungan Aidil dengan anak-anak, namun dia hanya boleh lakukan apa yang termampu sajalah, jika bekas suaminya yang tidak ada inisiatif langsung.

Rita Rudaini temui cinta baru? (5 gambar caption Instagram)

Isnin, 7 Disember 2015

Dengar cerita yang Rita Rudaini ada memuatnaik gambar berserta caption yang sepertinya dilamun cinta. Tidak dapat dipastikan kesahihan apakah penyebab hati Rita sedang berbunga-bunga, adakah dia telah menemui cinta hati baru ataupun ada berita gembira lain.

Tetapi kakak kepada pelakon tersebut, Cik Ala seperti mengiyakan caption Rita dengan memberikan komen seperti berikut,
"makan tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena la adik kami ni @ritrud727 nampaknya hati sedang berbunga-bunga."
Komen daripada pengikutnya juga ada yang menyatakan ketidak sabaran dan berharap Rita menemui pengganti bekas suaminya, Aidil Zafuan, namun ada juga yang perihatin untuk menasihati Rita agar menumpukan perhatian dan kasih sayang terhadap dua anaknya berbanding soal cinta.

Memang agak pelik kali ini memandangkan sebelum ini Rita ada menyatakan yang dia tidak akan kahwin dan hanya fokus kepada anak-anaknya.

Saya akan bayar hutang Rita sekali gus.. -Aidil

Ahad, 8 November 2015

Aidil Zafuan menjelaskan akan memberikan dan melangsaikan tuntutan bekas isterinya, Rita Rudaini sekali gus berjumlah RM30,000.

Rita dedah Aidil belum bayar RM30,000

Jumaat, 23 Oktober 2015

Rita Rudaini yang sebelum ini menang kes mahkamah berhubung dengan tuntutan mutah (wang saguhati) telah mendedahkan yang Aidil Zafuan belum lagi melangsaikan sedikit wang berkenaan sebanyak RM30,000.

Tambah Rita, dia sepatutnya menerima wang berkenaan selepas mahkamah Syariah membuat keputusan pada 5 Oktober yang lalu.
“Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya.

“Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja,” katanya kepada murai

Aidil jangka Rita bakal minta lebih dari itu..

Khamis, 8 Oktober 2015

Lusa lalu, Rita Rudaini telah menang kes mutah kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan dan menerima wang sebanyak RM30,000 daripada RM300,000 yang di mohonnya dahulu.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Rita mengenai kemelut rumahtangga yang bertahun-tahun itu. Namun Aidil dalam laman sosialnya, a7z dengan menyatakan yang Rita bakal menuntut banyak lagi bukan daripada yang dia menang ini.

Aidil diperintahkan membayar RM30,000 kepada Rita atas sebab...

Rabu, 7 Oktober 2015

Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan untuk memerintahkan pemain bola sepak dan juga bekas suami kepada Rita Rudaini, Aidil Zafuan untuk membayar RM30,000 daripada tuntutan sebenar sebanyak RM300,000 yang diminta Rita sebelum ini.
“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” Hakim Syarie, Mawardi Che Man petikan Sinar Harian.

Aidil Zafuan bayar kepada Rita Rudaini, RM500 untuk..

Khamis, 17 September 2015

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan Abd Radzak membayar RM500 sebagai kos selepas gagal hadir pada prosiding mahkamah pada Jumaat lalu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang memohon agar Aidil dikenakan kos kehadiran.

Rita Rudaini dah bosan di Mahkamah, tiada 'game' dari pihak lawan...

Selasa, 11 Ogos 2015


Haha. Cukup melucukan caption dari Rita Rudaini apabila berada di mahkamah berhubung kait kes rumahtangganya dengan Aidil Zafuan yang tiada kesudahan.

Caption itu menunjukkan yang Rita sebenarnya cukup bosan kerana tiada kesudahan yang cukup menyakinkan buat dirinya dan juga anak-anaknya.

Namun itu lah hakikat ibu tunggal ini apabila terpaksa turun naik mahkamah bagi memperjuangkan kehidupannya bersama-sama anaknya.

Sekitar majlis aqiqah anak Aidil Zafuan, Zarema (10 gambar)

Selasa, 2 Jun 2015

sekitar Majlis Aqiqah Ayden Zeeyad, anak Aidil Zafuan
Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulong mereka, Ayden Zeeyad pada Ahad baru-baru ini.

Aidil suka menipu! - Rita Rudaini

Khamis, 28 Mei 2015

Isu nombor yang dikatakan milik isteri Aidil Zafuan, Zarema masih lagi hangat diperkatakan. Rita Rudaini mengakui dia tidak berniat memalukan mana-mana pihak diatas tindakannya menyebarkan nombor berkenaan di laman Instagram miliknya, bahkan ianya hanya satu perkongsian berita kehidupannya.
“Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul,”

“Kalau hendak menjemput kan (majlis akikah) boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu,” kata Rita lagi.
Sementara itu, menurut Aidil Zafuan pula, dia sudah cuba menghubungi Rita Rudaini beberapa kali sebelum ini menggunakan nombornya namun tidak dijawab. Lebih menghampakan Aidil lagi, kehadiran dirinya daripada Johor untuk keluar bersama anak-anak pada hari jadi mereka tidak kesampaian.
“Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita Rudaini untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah”

“Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri,” jelas Aidil

Aidil mampu bayar RM20 sehari untuk Rita

Rabu, 27 Mei 2015


Aidil Zafuan hanya mampu beri RM20 sehari kepada Rita Rudaini
Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah di Isnin lalu, hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Dia berkata, jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 untuk sebelah malam.

Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.

Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, memohon tuntutan nafkah yang meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang berjumlah RM50 sehari.

Mohd. Aidil Zafuan juga me­negaskan dia hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.

Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu.

Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.

Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pe­ngangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).

Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.

Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.

Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.

Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.

Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.

Terdahulu beliau menetapkan 1 Julai untuk hujahan kedua-dua pihak bagi kes tuntutan mutaah RM300,000 oleh Rita lapor Utusan Malaysia.

Laporan Polis Aidil hanyalah sandiwara! -Rita Rudaini

Isnin, 25 Mei 2015

Agak menarik apabila dakwaan pada Khamis minggu lalu dimana Aidil Zafuan telah membuat laporan polis dek kerana di ganggu adalah bersifat sandiwara dan bermotifkan samar-samar seperti yang diperkatakan oleh Rita Rudaini melalui portal Bharian Sabtu lalu.
“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya. Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya”

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa. Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?”

“Dia sendiri mengaku kepada saya, isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi,” katanya

Aidil buat laporan terhadap Rita Rudaini?

Sabtu, 23 Mei 2015

Pendedahan gangguan yang dikatakan nombor telefon Zarema isteri Aidil Zafuan terhadap Rita Rudaini sudah mendapat jawapannya. Aidil akui dia menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi anak-anaknya.

Petang semalam, Aidil ada memuatnaik gambar dia membuat laporan polis tetapi tidak dinyatakan laporan berkenaan berkaitan Rita atau bukan.

Adik kembarnya, Zaquan Adha juga turut mengomen gambar yang dimuatnaik oleh Aidil itu dan sepertinya mengambarkan pelakunya ada lah Rita Rudaini.

Hmm macamana selepas ini?..
“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” -Zaquan

Rita akui belum memaafkan Aidil!

Isnin, 18 Mei 2015

Rita Rudaini mengakui belum lagi memaafkan bekas suaminya, Aidil Zafuan disebabkan tindakan Aidil yang meninggalkan mereka 3 beranak tanpa sebarang kasih sayang ayah yang diinginkan oleh anak-anak

Tuntutan Mutaah RM300,000, Rita Rudaini tidak layak sebab..

Selasa, 12 Mei 2015

Pemain bola sepak Johor, Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini.

Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak.
"Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti dan keperluan sendiri," katanya.
Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya.
"Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya.

"Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya.
Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri.
"Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa," katanya.
Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

"Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri," katanya.

Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.
"Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya.

"Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga," katanya.
Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.
"Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.
"Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.

"Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin," katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut.
"Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana," katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan.
Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya.

Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu.

Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini.

Sumber: Sinar Harian Online

SMS cerai buat Rita tekanan dan menderita

Rabu, 15 April 2015

Ush.. Masih tak selesai lagi kes Rita Rudaini dengan bekas suaminya Aidil Zafuan. Terbaru yang Rita mengalami tekanan perasaan dan penderitaan batin akibat SMS perceraian oleh Aidil.

Memetik laporan Kosmo!, ini disebabkan kes perceraiannya itu tersebar luas dan Rita terpaksa menaggung aib dan kerjayanya juga merundung tiada tawaran.
“Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.

“Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,” kata pelakon itu ketika disoal balas peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain.

Rita Rudaini memberi keterangan sedemikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM300,000 pelakon itu di hadapan Hakim Mawardi Che Wan di Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini.