Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Persandingan ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (edisi Photographi)

Rabu, 27 September 2017

Sekitar persandingan kali ke-2, Norman-Memey, Abby-Faizal (17 gambar)

Isnin, 25 September 2017

Persandingan kali kedua ini bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey Suhaiza yang disambut pada Ahad.

Majlis bak perkahwinan pengantin baharu itu benar-benar meriah yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Abby yang berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Persandingan itu menjadi satu contoh apabila Norman dan Abby yang pernah bermusuh sebelum ini akhirnya berjaya merapatkan semula silaturahim itu seterusnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.

Norman memberitahu yang tujuan majlis ini diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.

Neelofa pakai seluar jeans koyak lutut?

Khamis, 21 September 2017

Percutian Neelofa dengan ahli keluarganya ke Itali bukanlah sesuatu yang biasa. Namun ada yang luar biasa yang telah ditangkap oleh follower di Instagram.

Neelofa dikatakan memakai seluar jeans yang koyak, dan ramai menyangka ianya seakan-akan betul sehinggakan menampakkan bahagian dalaman kakinya.

Namun kakaknya Noor Nabila menafikan hal ini sekeras-kerasnya.

Elly Mazlein beri kejutan untuk ayahnya.. rupanya...

Selasa, 12 September 2017

Bukan main lagi penyanyi Elly Mazlein membuat kejutan kepada ayahnya tersayang, dengar berita dari HarianMetro yang dia telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai sekitar RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

Ozlyn bagi amaran keras!

Ahad, 27 Ogos 2017

Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan.

Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka.

"Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani!

"Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya

Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja.

"Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah.

"Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya.


Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga.

"Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain.

"Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," kata Johan.




Apa yang terjadi kepada isteri pertama Datuk Red?

Khamis, 24 Ogos 2017

Dengar khabar suami Adira, Datuk Red yang juga mempunyai isteri pertama telah mengandung anak mereka. Namun isterinya itu dikatakan agak sedih di atas sikap suaminya yang sedang dalam usaha mencari isteri yang ke-3 dimana gosip dia dengan seorang pelakon kini semakin tersebar.

Dulu isteri pertama Datuk Red tak berapa sedih sangat bila dia nak kahwin dengan Adira namun, ada seorang individu menyatakan bahawa isteri pertama Datuk Red ternyata terkilan dengan apa yang berlaku kini melalui laman sosial Facebook miliknya.

Afifah Nasir buka ruangan komen Instagram, ini sebab dia..

Rabu, 16 Ogos 2017

Selama dilanda kontroversi dengan Aliff Aziz, Afifah Nasir telah menutup ruangan komen Instagram miliknya. Namun semalam dia telah membuka semula ruangan komen berkenaan.

Dan ini sebab kenapa Afifah membuka ruangan komen itu berkenaan.
"Kepada keluarga, saya tahu kepedihan dan luka yang saya sebabkan hingga memalit semua. Tak pernah terlintas dan terniat untuk menyakiti anda semua (ahli keluarga). Segala kata cacian yang dilemparkan saya terima sebagai khilaf diri yang dilakukan.

"Kebenarannya hanya Allah yang tahu. Hidup tak perlu memuaskan hati sesiapa. Hubungan dengan Tuhan yang lebih penting dan mengatasi segala-galanya. Masing-masing ada hak untuk bersuara dan menghakimi.

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, Allah tahu macam mana niat kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Minta jasa baik semua yang ada hati dan perasaan, lepaskan kemarahan itu kepada saya dan bukannya keluarga serta kekasih. Saya percaya mereka tidak bersalah," katanya sambil menutup keterangan gambar dengan makluman ruang komen laman sosialnya dibuka untuk semua.
Sementara itu, coretan Afifah itu turut menarik perhatian kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar, dan kakaknya Anzalna.
"Terus kuat dan positif selalu sayangku. Allah tahu kebenarannya," tulis Wan Ariff.
"Apa terjadi ada hikmah. Allah bagi ujian tanda cinta pada umat-Nya. Kita ini serba kekurangan. Apabila datang ujian macam ini, ia dapat sedarkan kita.

"Macam mana pun (kita) tak boleh tutup mulut manusia. Itu antara dia dengan Allah. Kamu kuat (merujuk kepada Afifah)... Apa kamu buat salah.. sudah minta maaf. Hanya fokus kepada apa yang kamu lakukan. Sayang kamu selalu adikku," luah Anzalna.

Bahagianya Alif Satar, isteri (12 gambar)

Rabu, 9 Ogos 2017

Wah bahagianya tengok pasangan Aliff Satar dengan isterinya, Sha Dila. Sudah ada anak dua orang yang dah membesar, mereka berdua seperti pasangan kekasih sahaja.

Bulan September ni genap usia perkahwinan mereka ke-3 tahun, semoga berkekalan dan bahagia selalu.

Kehidupan terkini Irma Hasmie, comel-comel anaknya (22 gambar)

Sabtu, 29 Julai 2017

Lama dah tak dengar berita mengenai pelakon Irma Hasmie kan. Memetik portal Intrend, kini dia mengakui keutamaannya hanya kepada keluarga berbanding perkara lain. Meskipun kerjaya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa, namun setiap tawaran yang diterima akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Lisa Surihani sedih tengok anak sulungnya

Ahad, 23 Julai 2017

Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu mengakui sedih dengan gelagat anak sulungnya, Yahaira Leanne yang meragam apabila dia memangku untuk menyusukan Yusof, adiknya.
"Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

"Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

"Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.

"Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan," katanya.

Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.

Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.
"Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.

"Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka," jelasnya kepada mStarOnline.

Ibu Sufi AF menipu pulak? dedah bekas suami..

Isnin, 17 Julai 2017


Baru-baru ini ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud melahirkan kekesalan terhadap sikap anaknya.

Bagaimanapun Irma dikatakan masih tidak berpuas hati dan sebuah lagi kenyataan dibuatnya kepada portal Mstar Online. Dedah Irma, penyanyi itu berbohong menyatakan kasih sayangnya semata-mata untuk meraih simpati peminat.

Malah, Irma turut memberitahu dirinya kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga.

Baju Raya Rebbeca sedondon, pembantu rumah juga dibelikan... (10 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Linda Rafar (16 Gambar)

Isnin, 3 Julai 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Ella (7 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Shila Amzah (13 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Yana Samsudin (9 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Ayu Raudhah (16 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Norman Hakim, Memey Suhaiza (24 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Aaron Aziz (6 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Jep, Sari Yanti (6 Gambar)