Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gosip Azza Elite menyara kehidupan keluarga, suaminya?

Ahad, 4 Jun 2017

Perkembangan terbaru Azza Elite yang kini sudah berusia 39 tahun, dimana timbul cerita kononnya bekas penyanyi kumpulan Elite ni bekerja kuat untuk menanggung keluarga dan mempersoalkan, di mana suaminya?

Memetik portal mstarOnline, Azza menafikan hal itu sebaliknya dia dan suaminya, Azlan, 30 tahun menjadi tulang belakang untuk kejayaan pernaiagaan kosmetik yang mereka bina.

"Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

"Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan.

"Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ," katanya kepada mStar Online.

Elly Mazlein menang kes mahkamah isu nafkah, Azmi dikenakan....

Khamis, 13 Oktober 2016

Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam memerintahkan Azmi Mohd Hata yang juga bekas suami kepada Elly Mazlein membayar nafkah RM1,500 setiap bulan untuk bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia, tujuh bulan.

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan menetapkan perintah itu selepas Elly Mazlein selesai menjalani prosedur Sulh (perbincangan dalam kamar) dengan Azmi.

Mahkamah memerintahkan Azmi membayar nafkah RM1,500 setiap bulan kepada anak perempuannya secara terus di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor termasuk Sepang, Shah Alam, Ampang dan Hulu Langat berkuatkuasa hari ini.

Azmi turut diarahkan membayar nafkah persiapan Hari Raya berjumlah RM1,500 setiap tahun.

Dalam pada itu, Elly Mazlein ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau melahirkan rasa syukur kerana ia juga rezeki buat anak perempuannya.

Menurutnya, segala penderitaannya selama ini berbayar dengan keputusan dibuat mahkamah hari ini. -harianMetro

RM15,000 tuntutan edah Rita Rudaini

Rabu, 5 Oktober 2016

Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik.

Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.

Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?

Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil.
Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.

Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.
Sumber Berita : Harian Metro

Akhirnya Rita Rudaini menang kes perbicaraan dengan Aidil

Rabu, 27 April 2016

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Mohamad Aidil yang juga pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Mohamad Aidil Zakuan, 29, yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit. -HarianMetro

Jimmy tunjuk bukti kukuh nafkahi anak-anaknya..

Khamis, 7 April 2016

Isu perbalahan Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Suhaila kini menjadi bualan apabila beberapa hari lalu, ibu Suhaila memberitahu yang Jimmy bukanlah suami yang baik kerana tidak menafkahkan anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan Suhaila dulu.

Namun bagi Jimmy ianya satu fitnah memandangkan dia ada menyimpan bukti menafkahi anak-anaknya itu dengan memuatnaik gambar beberapa resit di laman sosial instagram miliknya.

“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan”

“Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,” tulis Jimmy

Didie Alias bengang dengan Ridzuan Hashim.. sebab isu...

Selasa, 8 September 2015


Didie Alias Bengang Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami

Awal Ogos tahun lalu, anak perempuan hasil perkahwinan Didie Alias dan Ridzuan Hashim telah pun selamat dinikahkan. Untuk maklumkan, Didie dan Ridzuan telah pun bercerai pada tahun 2002 dan mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian hidup.

Pada majlis pernikahan anaknya itu, Ridzuan Hashim telah dijemput untuk menjadi wali. Di sebalik majlis tersebut, ada desas-desus timbul di mana Ridzuan telah mempertikaikan tanggungjawab Didie Alias membesarkan anak-anak mereka selepas majlis tersebut.

Awie kalah kes mahkamah dengan Rozana!

Rabu, 28 Januari 2015

Hak penjagaan sementara Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, akhirnya berpihak kepada ibu mereka sendiri iaitu Rozana Misbun. Ia diputuskan di dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam, 27/1.

Mahkamah memutuskan hak berkenaan diserahkan kepada Rozana sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan kelak. Responden iaitu penyanyi Awie diberikan hak melawat kediaman anak selama dua jam sebanyak dua kali iaitu hari Sabtu dan Ahad minggu pertama serta ketiga.

Awie hanya perlu memaklumkan Rozana terlebih dulu sebelum berjumpa anak mereka.

Mahkamah turut memerintahkan Awie termasuk ahli keluarganya mahupun wakilnya dilarang serta ditegah sama sekali daripada mengambil dan mengacau anak mereka di kediaman mahupun di sekolah.

Selain itu, Awie dan pihaknya juga dilarang mengulas atau mengaibkan Rozana dengan apa cara sekalipun di media elektronik, laman sosial dan media cetak sepanjang prosiding kes hadhanah berjalan.

Rozana semalam hadir ke mahkamah bersama peguam syarienya, Tuan Jamal Mohd Lokman Sulaiman dari Tetuan Jamal Lokman & Partners. -Bharian

Nafkah RM1500 melampau! -Rita Rudaini

Khamis, 22 Januari 2015

Peguam Aidil Zafuan yang menyarankan anak guamnya untuk memberikan nafkah RM1500 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, dianggap Rita sendiri sebagai satu yang agak keterlaluan/melampau.

Jumlah itu termasukah perbelanjaan dapur dan makan/minum sebanyak RM50/hari. Rita juga menuntut, bil utiliti RM600 sebulan.

Hot! Bukti Aidil mengenai pembohongan Rita & Pembunuh Upahan..

Isnin, 13 Oktober 2014

Agak memeranjatkan, apabila Aidil Zafuan telah memuatnaik gambar berbentuk bukti yang sepertinya kukuh dia tidak berbohong mengenai nafkah anaknya terhadap bekas isterinya, Rita Rudaini.

Dengan trasaksi bank-in online berjumlah RM2000 sebulan, SMS tidak terbalas dan keratan sebuah akhbar adalah diantara beberapa bukti yang menunjukkan Aidil berada di pihak yang benar.

Rita mengulas gambar-gambar berkenaan dan dia tidak gentar akan bukti berkenaan kerana dia juga berada di pihak yang benar dan mahu melawan Aidil di Mahkamah.

Ianya menjadi lebih hangat apabila isu keselamatan Rita dipersoalkan disebabkan ada pengikut Aidil yang memberikan cadangan untuk membunuh Rita melalui pembunuh upahan.

Dakwa Rita, Aidil pakai Mercedes CLS350, gaji RM50k

Khamis, 2 Oktober 2014

Isu bekas isteri kepada pemain bola Sepak Aidil Zafuan iaitu Rita Rudaini belum lagi ada titik noktahnya. Berhubung tuntutan nafkah tertunggak RM300,000 yang dianggap tidak masuk akal sebelum ini.

Terkini apabila Rita memberitahu yang bekas suaminya itu mendapat gaji lebih RM50,000 sebulan dan mampu untuk membayar tuntutan nafkah berkenaan bahkan bersangkutan pula dengan kegagalan Aidil untuk memberi sebarang nafkah dari Januari 2012 sehingga bulan Ogos 2013.

Jangan berkira dengan anak! -Rita Rudaini

Sabtu, 5 April 2014

Aidil Zafuan beberapa hari lalu telah menyatakan yang dia mampu memberikan RM2000 kepada Rita Rudaini untuk menjaga anak-anak mereka iaitu sebagai nafkah selepas mereka bercerai.

Reaksi Rita Rudaini yang memetik Bharian semalam, dia berasa sebak dan mempertikaikan jumlah wang berkenaan. Namun Rita juga mampu memberikan kehidupan anak-anak mereka, namun keutamaan dan perhatian Aidil terhadap sepertinya kurang.
“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” -Rita

Isu Nafkah, Mercedes dari Aidil Zafuan

Rabu, 2 April 2014

Walaupun sudah berumahtangga baru, bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan telah pergi ke mahkamah semalam atas perbicaraan mengenai nafkah yang patut diberikan kepada Rita Rudaini.

Memetik portal Bharian, Aidil mengakui mampu memberikan RM2000 sebulan untuk bekas isterinya itu. Jumlah itu diberikan selepas dia keluar rumah di kota Damansara pada Januari 2012, tapi tidak untuk bayaran tertentu.
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.

“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ”
Pada prosiding itu juga, peguam syarie turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.

Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.

Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.

Perbicaraan bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.

Aidil Akui Tidak Bayar Rumah Sewa RM3000

Jumaat, 17 Januari 2014

Kes nafkah diantara Aidil Zafuan dengan bekas isterinya, Rita Rudaini disebut semula semalam. Menurut portal SinarHarian, Aidil dikhabarkan mengakui yang dia tdak pernah menjelaskan bayaran rumah sewa di Kota Damansara berjumlah RM3000 sejak keluar rumahnya itu kalau tidak silap bulan Januari 2012.

Semenjak itu, Rita yang menjelaskan bayaran sewa rumah selama 18 bulan. Namun Aidil masih memberikan nafkah kepada anak-anak mereka.

Aidil juga tidak mahu kalah, apabila akui dia mengajak Rita tinggal bersama di rumah yang disponsor oleh majikan Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dan Rita dikhabarkan menolak pelawaan itu di sebabkan rumah itu bukan kelamin mereka.
“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,

“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”(pendapatan bersih RM12,000 pula untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012).

“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” -Aidil

Aidil Tidak Kenang Budi, Lupa Diri! - Rita Rudaini

Selasa, 27 Ogos 2013

Episod Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih lagi berlarutan. Kali ini mengenai isu nafkah anak-anak mereka yang dijaga oleh Rita Rudaini.

Sebelum ini Aidil menafikan yang dia tidak memberikan nafkah kepada Rita sebaliknya menganggap Rita cuba berbohong depan media dengan memburuk-burukan dirinya.

Rita Rudaini Berbohong?

Selasa, 20 Ogos 2013

Semalam Rita Rudaini ada memberitahu media di sisipan BeritaHarian dengan menyatakan mengenai 'special' nya Aidil Zafuan dimata orang.

Namun Aidil juga mempunyai hak untuk mempertahankan dakwaan Rita itu. Dan kemelut ini bakal berlarutan lagi, dan tidak menampakkan akan menjernihkan lagi suasana.
“Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian nafkah anak ada saya simpan. Sebelum ini, dalam perbicaraan mahkamah, hakim ada tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak anak”

“Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar

“Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup,  berapa banyak yang dia hendak sebenarnya?” -Aidil

Gaji Aidil RM50k Sebulan, Tidak Beri Nafkah?

Isnin, 25 Mac 2013

Kes prosiding diantara aktres, Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan telah berlangsung lagi baharu-baharu ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari. Terbaharu, Rita mendakwa yang Aidil tidak memberik nafkah yang dikehendaki kepada Rita serta kedua-dua anak mereka walaupun dikatakan Aidil berpendapatan gaji RM50,000 sebulan melalui portal Hmetro.
"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita.
Rita dikatakan menuntut sejumlah wang nafkah melebihi RM12,000 sebulan itu merangkumi:

-RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
-RM7,400 sebulan untuk Rita termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Namun Aidil menyangkal dakwaan Rita, malah menegaskan dia masih memberikan nafkah kepada mereka.
"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata Aidil

Zianal Abidin dikenakan waran tangkap dan digantung

Jumaat, 7 Mei 2010

Penyanyi, Zainal Abidin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ekoran gagal hadir kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 oleh bekas isterinya, Natasya Gabriel Abdullah. Peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili Natasya memberitahu mahkamah bahawa Zainal, 51, menerima saman pada 26 April lalu setelah ia difailkan enam hari sebelum itu.

Ekoran itu, Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin mengeluarkan perintah waran tangkap itu. Waran tangkap itu kemudiannya digantung selepas peguam syarie Abdul Halim Bahari tiba di mahkamah bagi mewakili penyanyi berkenaan. Abdul Halim dan Norhusniah dilihat menemui hakim syarie tersebut di kamar beliau.

Ketika ditemui oleh pemberita di luar mahkamah, Abdul Halim memberitahu, perintah waran tangkap tersebut digantung sementara dokumen-dokumen berkaitan permohonan itu difailkan oleh anak guamnya. Beliau menyatakan, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan peguam pemohon bagi menyelesaikan kes tersebut secara sulh (secara baik).

Dalam permohonan tuntutan itu, Natasya Gabriel mendakwa, Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas yang berjumlah RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100. Dalam penyata samannya, Natasha berkata, perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 November 2002 menyatakan persetujuan bersama iaitu Zainal bersetuju memberikan nafkah anak RM200 seorang.

Selain itu, Zainal akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak. Natasha mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri serta tidak muflis. -mStar