Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kenapa dengan gambar anak Rita Rudaini ni sampai buat dia bengang?

Khamis, 20 Julai 2017


Kasiahan Rita Rudaini, ada sahaja yang tak kena bila dia memuatnaik gambar, terbaru soal rambut anaknya. Airit Qaqa Arjuna yang panjang menjadi persoalan dan kritikan.

Mungkin niat individu tersebut yang mungkin menegur tidak kena dengan caranya mengundang pula pelbagai reaksi daripada pengikut Instagram Rita, sebaliknya beliau pula yang dikecam beramai-ramai.

Bekas suami kembali bercinta dengan Rita Rudaini?

Rabu, 12 Julai 2017


Bekas suami perkahwinan pertama Rita Rudaini iaitu Akbar Sahari dikatakan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.

Akbar yang juga pengulas sukan Astro Arena bagaimanapun berkata memetik portal mStarOnline, artikel di sebuah blog hiburan pada Ahad lalu itu berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasinya.

Rita Rudaini muatnaik video di atas ranjang dengan Aqasha, motif?

Selasa, 11 Julai 2017

Bukan main berani lagi Rita Rudaini memuatnaik video aksi bersama Aqasha walaupun ianya sebuah drama yang hanya boleh dilihat di TonTon.

Kontroversi sebelumm ini di aplikasi handphone pun belum redha, tidak diketahui apa motif Rita memuatnaik video berkenaan di laman sosialnya.

Sekitar Suasana Hari Raya Rita Rudaini (7 Gambar)

Rabu, 28 Jun 2017

Rita Rudaini dedah sebab kenapa restoran miliknya ditutup!

Isnin, 19 Jun 2017

Sebelum ini, Rita Rudaini ada membuka perniagaan restoran yang diberi nama Rumah Kueh dimana konsep restorannya dengan menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur.

Namun memetik portal mStarOnline, khabarnya restoran milik Rita itu sudah pun menutup sepenuhnya restoran selepas setahun ia beroperasi.

Menurut Rita, beliau mengambil keputusan untuk menutup Rumah Kueh kerana ia tidak mendapat sambutan.
Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini.

Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru.

Rita Rudaini tidak pernah bawa anak-anaknya ke Bazar Ramadan

Rabu, 14 Jun 2017


Dengar khabar yang anak-anak Rita Rudaini tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar walaupun masing-masing sudah pun berusia lapan dan enam tahun.
“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka”

“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya kepada m Star Online.

melayan perangai kampung kau ni. Biadab! - Aidil Zafuan

Jumaat, 21 April 2017


Aidil Zafuan telah marah dengan bekas isteri, Rita Rudaini dan rakannya menerusi laman sosial Instagram (IG) yang sempat di screenshot Aidil.

Walaupun sudah sekian lama berpisah, nampak gayanya masalah antara mereka bagaikan tidak akan reda dengan segala kontroversi yang melanda.

Menerusi akaun IG Aidil, turut dipaparkan gambar screenshot perbualan Rita bersama rakannya berserta kapsyen 'pedas lagi berapi' daripada Aidil.

Rita Rudaini akui 'setuju' dengan berpoligami.. anda?

Selasa, 18 April 2017


Walaupun terlibat kontroversi bersama Aqasha, ada sesetengah segelintir pihak mempertikaikan pegangan Rita Rudaini yang dahulunya pernah menyatakan beliau benci dengan perampas suami orang.

Menjelaskan persoalan tersebut, Rita menafikan beliau anti-poligami ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya tidak kisah untuk hidup bermadu.
Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah.

Sedangkan dalam agama sendiri dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan tertentu, kenapa pandang keji? Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah." kata Rita kepada themalaymailonline.com

Rita Rudaini komen hubungan dengan Aqasha

Selasa, 11 April 2017

Rita Rudaini terus mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berkaitan kontroversi hubungan istimewanya dengan pelakon Aqasha yang hangat diperkatakan sejak bulan lalu.

Rita berkata, perkara selanjutnya perlu dijawab sendiri oleh pihak pelakon lelaki berkenaan.
"Saya sudah jawab isu itu dalam sebuah akhbar mingguan dan selebihnya boleh tanya sendiri kepada Aqasha.

"Cukup rasanya apa yang saya terangkan dalam akhbar hari ini (Ahad) itu," ujarnya kepada mStar Online.

Saya tiada masalah dengan Rita Rudaini - Che Ta

Rabu, 22 Mac 2017

Kontroversi melibatkan seorang selebriti janda yang dikatakan menganggu rumahtangga, Aqasha yang mendapat perhatian Rozita Che Wan @CHe Ta minggu lalu (artikel) melalui komen Che Ta di laman sosial Instagram miliknya

Walaupun tidak dinyatakan oleh Baizura (isteri Aqasha), namun ramai beranggapan orang itu adalah Rita Rudaini, Che Ta juga turut meninggalkan komen di laman Instagram Baizura dan menggunakan perkataan betina terhadap orang ketiga itu.

Memetik MediaHiburan, Che Ta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rita sehingga mendorongnya memanggil dengan gelaran betina.
"Cerita sebenarnya begini, ada orang tagged nama saya di situ dan bila saya baca luahannya, saya simpati kerana saya juga seorang wanita, isteri dan ibu.

"Saya juga tidak mengenali Baizura secara rapat dan komen itu ditinggalkan secara rambang atas dasar simpati.

"Tapi bila saya tahu hujung pangkal cerita yang berlaku, saya rasa agak terkejut!.

"Lagipun saya tak pernah jumpa Rita atau bekerja dengannya. Jadi tidak ada sebab untuk saya menujukan komen sebegitu kepadanya,"

"Saya serik! Selepas ini saya akan pastikan kronologi cerita sebelum meninggalkan komen. Saya rasa perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," jelas Che Ta

Abang Ipar dedah siapa janda yang dimaksudkan isteri Aqasha

Rabu, 8 Mac 2017

Nampaknya abang ipar Aqasha yang juga abang Baizura, Yusri Sabri yang telah mendedahkan siapa janda yang menganggu rumahtangga mereka selama ini.

Sekitar percutian Rita Rudaini di Jepun (20 gambar)

Khamis, 2 Februari 2017

"Pinang saya cepat-cepat" - Rita Rudaini

Rabu, 11 Januari 2017


Baru-baru ini Rita Rudaini ada memuatnaik video berdurasi 5 saat dengan ayat seperti ini, "Siapa nak pinang saya? Cepat-cepat, siapa cepat dia dapat,"

Video berkenaan menjadi viral di pelbagai media sosial dan ianya amat menyedihkan Rita sendiri.

Donna Muslim gelar Rita sebagai 'Mak janda'?

Khamis, 29 Disember 2016

Donna Muslim dihentam teruk para netizen bila menggelarkan pelakon Rita Rudaini sebagai Mak Janda menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Memetik Harian Metro Donna, 27 berkata dia tidak menjangka perkara tersebut dianggap negatif dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat Rita.

"Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

"Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen," ujar Donna.

"Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

"Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih," katanya.


Rita Rudaini muatnaik gambar keputusan sekolah Rayyan, ini komen Nitizen..

Rabu, 7 Disember 2016


Rita Rudaini baru-baru ini ada memuatnaik gambar keputusan mata pelajaran anak sulunya, Airit Rayyan. Dan difahamkan anaknya itu mendapat keputusan terbaik di dalam semua subjek.

Ramai yang memberikan ucapan tahniah dan memuji sifat ibu tunggal yang ada pada diri Rita dalam mendidik anaknya.

RM15,000 tuntutan edah Rita Rudaini

Rabu, 5 Oktober 2016

Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik.

Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.

Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?

Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil.
Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.

Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.
Sumber Berita : Harian Metro

Rita Rudaini beri syarat 'killer' jika bercinta dengannya

Selasa, 20 September 2016

Rita Rudaini memberikan syarat istimewa kepada semua lelaki diluar sana jika ingin bercinta dengan dirinya termasuk kepada pengacara Donna.

“Kalau bercakap tentang dia (Donna) memang saya akui selesa berkawan dengannya. Saya sendiri tak punya ramai kawan lelaki dan apabila ada keserasian rasanya tak ada masalah untuk mengekalkan silaturahim tersebut”

“Cuma yang boleh saya katakan masih terlalu jauh untuk membuat sebarang andaian buat masa ini. Biarlah masa yang menentukan. Untuk bercakap lebih tentang hubungan tersebut rasanya kurang sesuai”

“Yang boleh saya katakan mana-mana lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan saya perlu pandai mengambil hati kedua-dua anak saya dahulu,” jelas Rita memetik portal Utusan

Dona Muslim, Rita Rudaini bercinta?

Khamis, 8 September 2016

Dengar gosip yang pengacara HLive, Dona Muslim dikatakan mesra dengan pelakon, Rita Rudaini. Namun kemesraan mereka dinafikan oleh Rita dimana Rita menganggap Dona sebagai kawan sahaja.
"Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

"Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut," ujarnya.
Ditanya pula respon Donna apabila Rita memanggilnya sebagai 'boyfriend' menerusi ruangan komen Instagram rakan mereka berdua, ini jawap Donna;
"Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya," kata Rita memetik MediaHiburan

Karangan sedih dari anak Rita Rudaini

Isnin, 15 Ogos 2016

Dua hari lalu Rita Rudaini memuat naik gambar di laman Instagram yang memaparkan karangan ditulis anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia tujuh tahun.

Karangan dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati ibu tunggal yang juga tuan punya premis perniagaan, Rumah Kueh itu menjadi sayu.

Rita anggap Aidil 'kejam' Hari Raya yang lalu

Selasa, 2 Ogos 2016

Memetik portal Utusan, Rita Rudaini baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang dikatakan langsung tidak memberikan baju raya, duit raya mahupun belanja raya buat anak-anak mereka itu.

Rita tidak berniat ingin meminta-minta, tetapi mahu mengingatkan Aidil tentang tanggungjawab seorang bapa meskipun mereka sudah berpisah.
"Tak ada pun baju raya, duit raya atau belanja raya yang diberikan oleh bapa mereka tahun ini. Bulan Syawal pun akan habis beberapa hari lagi tapi apa pun Aidil tak beri pada mereka.

Dia beruntung kerana anak-anak masih kecil dan tidak pernah bertanyakan hal tersebut tetapi alangkah manisnya jika dia turut sama memikirkan dua permata hatinya untuk sama-sama gembira di hari lebaran.

Susah nak cakap hal macam ini sebab bukan kali pertama anak-anak tak menerima apa-apa sebaliknya sejak dahulu lagi. Tapi tak mengapa, saya masih mampu lagi bekerja dan memberikan mereka kelengkapan.

Dahulu dia pernah memuat naik di laman sosial gambar beg kertas yang kononnya mengandungi baju raya untuk anak-anak. Sampai ke sudah tak dapat pun. Jadi tak ada apa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka." -kata Rita