Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aznil Tegur doa Nik Aziz

Sabtu, 12 Disember 2009

Nampaknya isu panas yang melanda politik diantara Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad mendoakan diturunkan bala buat Perdana Menteri mandapat perhatian ke peringkat selebriti-selebriti tempatan iaitu Aznil Hj. Nawawi. Aznil Hj. Nawawi yang berfotfolio sebagai pengacara hiburan sememangnya jarang-jarang menulis tentang senario politik apatah lagi di Malaysia, hari ini dia tampil dengan berani menulis dan menegur tindakan kontroversi Tuan Guru Nik Aziz tersebut.

Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain. Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di tunaikan kerajaan pusat.

Menyanyi di tanah perkuburan Islam

Jumaat, 11 Disember 2009

Peminat: Malam tadi aku tgk Senandung Malam kat Astro Prima.... sapelah yang buat drama tu.... bodoh dan tak sensitif langsung.... boleh pompuan ngan lelaki tu menyanyi tergedik kat tanah perkuburan Islam... takde otak ke apa diorg ni.... siap baring2 posing menyanyi.... sensitif lah sikit... Astro pun tak reti ke nak pootng bahagian macam tu.... apa jadik kementerian yang berkaitan semua.... aku bengang gilerrrrrrrrr tgk malam tadi.....

Abby Abadi Mengandung Senyap-senyap?

Janda yang masih lagi mengekalkan kepanasannya, Abby Abadi terus diselebungi dengan kemisterian yang menjadi-jadi. Terbaru dia disahkan hamil, dan situasi itu telah disoroknya dengan tinggal disebuah kampung yang kurang dipastikan. Disitu dia dengan slumber jalan-jalan melintasi sawah pendang yang terluas, mungkin nak mengilhamkan anak dalam kandungannya tu. Itu semua berlaku apabila dia sedang berlakon dalam Jalan Merdeka 2 yang lalu. Mengandung pura-pura rupanya. Ngeh3.

Ameng Buat Album Baru

Menyepi selama lima tahun, bekas penyanyi kumpulan Spring ini masih aktif memenuhi undangan nyanyian terutamanya bagi peminat yang merindui suara lunak merdu ini. Anak kelahiran Besut, Terengganu ini, beliau mengakui pasaran album sekarang mengalami kemerosotan akibat daripada cetak rompak dan juga aktiviti muat turun di internet. Selain itu, penyanyi yang mengagumi Stacy dan Faizal Tahir ini mengakui lebih senang bergerak solo selepas meninggalkan Spring kerana menurutnya terlalu banyak komitmen yang harus dilunaskannya buat masa ini.

"Saya berniaga di kampung masa tak buat album. Sekarang saya kena mula balik daripada bawah. Yelah, sebab dah lama tak ada album so orang tak ingat kita pernah wujud dalam industri. Tapi saya rasa saingan tak kuat sebab kita ada identiti sendiri. Dan saya akan turun padang untuk promosikan album ini sebab peminat lebih teruja membeli album bila berjumpa sendiri dengan artis," ujarnya yang selesa dengan gelaran Ameng Spring walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.
Ameng Spring kini muncul dengan album Ameng (Spring) - Terima Kasih yang menggabungkan lapan buah lagu terhebat seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejujur Mana Kata-Kata dan beberapa buah lagu penuh memori sepanjang bersama Spring di bawah terbitan FMC. Ia turut memuatkan dua lagu baru Kesalanku dan Sudikah Jadi Kekasihku yang kini sedang hangat diputarkan di corong radio. Dapatkan album MTV Karaoke yang hanya dijual dengan harga RM19.90.

Nabil Buat lawak dengan JPJ

Nabil sempat buat lawak masa kena tahan abang-abang JPJ dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini. Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya. Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu? Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.

"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer," seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.
Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja.

Ashraf Sinclair Jalani Pembedahan Usus

Khamis, 10 Disember 2009

Pelakon Malaysia dan Indonesia yang kini menetap di Indonesia Ashraf Sinclair tiba-tiba ditahan di hospital pada pagi semalam. Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari itu perlu menjalani pembedahan usus dengan kadar segera di sana.

"Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera," kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi ringkas ketika dipetik dari Detikhot.com
Dimaklumkan, bintang filem 'Gol dan Gincu' dan 'Saus Kacang' itu tiba-tiba sakit perut dan kemudian dikejarkan ke hospital di Menteng, Jakarta Pusat.
"Tiba-tiba dia sakit pagi tadi," ujar Dodi lagi.
Disebabkan sakit dan pembedahan yang perlu dilakukan itu, Ashraf yang kini terbaring di hospital sambil ditemani isteri tercinta perlu berehat dari menjalani penggambaran sinetron 'Cinta dan Anugerah'.

Datuk Beri Kereta RM1.5 Juta

Peminat: Baru2 ni ada terbaca artikel dalam 'Akhbar Suara Keadilan' yang aku baca kat tempat cuci kereta. Ada satu artikel tu cerita pasal Menteri Kanan Hadiahkan Kereta RM1.5juta Kepada Artis Lelaki'. Menteri tu lelaki, artis tu pun lelaki. Katanya, Menteri tu minat sangat suara artis lelaki tu.

Dalam fikiran aku, rasanya boleh agak siapa kedua2 ni..Jadi aku nak tau lah sesiapa yang tahu cerita ni, boleh ceritakan, betul ke? Atau sekadar permainan politik?

Aidil Larang Rita Berlakon

Terbaru gosip yang melanda pasangan kontroversi suami isteri, ada yang mengatakan bahawa ura-ura timbul isu hangat yang menyatakan Aidil Zafuan selaku suami dan ayah sudah masuk campur dalam urusan bidang kerjaya lakonan isterinya sendiri, Rita Rudaini.

Rita Rudaini sememangnya memegang watak utama dalam drama Suraya tetapi di atas arahan suami tercinta, Aidil Zafuan melarangnya, watak itu kini di pegang oleh Zizie Ezette. Sebab utama tindakan itu dibuat adalah kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut ada berlakon bersama-sama.

Mengikut sejarah zaman moden, Rita Rudaini dan Remy Ishak pernah berlakon bersama dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’ dahulu. Dalam drama tersebut, ada satu adegan kontroversi tahap minumum membabitkan kedua-dua pelakon ini dalam bilik mandi. Inilah yang dikatakan bermulanya titik permulaan Aidil Zafuan mula tidak senang duduk.

Aien Nikah 12 Disember

Hampir setahun kembar Nora'Ain Rahmat (Aien), 30, iaitu Nora'Asikin (Ikin) bertemu jodoh dengan Asmawi Ani (Mawi), 28, kini tiba gilirannya pula menempuh gerbang bahagia bersama kekasih hati yang khabarnya berstatus Datuk berusia 41 tahun. Memilih tarikh 12 Disember ini, Aien bakal melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Negeri Shah Alam sekitar jam 12 tengah hari.

Aien berkata, dia berdebar menunggu detik bersejarah itu dan bagaikan tidak percaya akhirnya akan bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya itu. Memilih rekaan Cosry pada majlis pernikahannya nanti, Aien menambah, dia mengenali bakal suaminya dua tahun lalu melalui kawan.

Berkongsi pengalaman saat pertama kali bersua, Aien berkata, mereka tidak banyak berkomunikasi bagaimanapun berbeza dengan pertemuan kali kedua. Memandangkan bakal suaminya sibuk, mereka mengambil keputusan bernikah gantung terlebih dulu. Majlis kenduri dan persandingan akan diadakan awal 2010.

Awal Ashaari, Scha al Yahya Dating?

Rabu, 9 Disember 2009

Tidak dapat dipastikan sepenuhnya sumber yang telah diberikan ini. Namun ramai yang beranggapan penuh bahawa siapa teman Scha sekarang ini. Baru-baru ini, ada seorang sumber cuba mengambil gambar yang didakwa sebagai Awal Ashaari di Midvalley Megamall bertemankan seorang gadis yang mempunyai bentuk badan yang seakan-akan sama dengan Scha al Yahya. Tapi malangnya gambar berkenaan cuma diambil di bahagian belakang sahaja. Apa-apa pun kita dengar penjelasan mereka berdua nanti.

Fouziah Gous Bertudung Tapi..

Tidak dapat dipastikan lagi penulis apa motif sebenar Fouziah Gous memakai tudung tapi bahagian dada menjadi satu isu penting yang harus dipersoalkan jika ianya menjadi kesesuian dalam pemakaian tudung. Fouziah pada awalnya memang suka mengayakan fesyen dan pakaian muslimah sebab dia ni suka kepada peragaan. Namun itu lah yang terjadi, sepertinya Fouziah cuba menampilkan sesuatu yang berlainan kali ini. Apa itu erk?

Gambar Nabila Huda Mengandung

Anak kepada raja Rock Malaysia yang cukup dikenali ramai Amy Search, Nabila Huda yang kini sudah sedia maklum yang dirinya telah pun mengandung. Usia kandungan tidak jelas di sini, namun perutnya sudah menampakkan 'pengembangan' yang besar dan stabil. Agaknya tinggal menunggu sahaja kelahiran anak berkenaan, dan Amy pula bakal menjadi 'atuk' tidak lama lagi. Kita doakan semoga Nabila selamat ketika pembedahan nanti.

Pengacara TV3 - Al Hidayah berkahwin

Sumber dan maklumat ini didapati dari facebook seseorang yg merupakan 2 sepupu kepada pengantin lelaki yg telah menikahi selebriti TV3 Nazrah 'Al-Hidayah' Nur bertempat di Kulai Johor Bahru pada 04-06 Disember 2009 baru-baru ini. Kurang pulak penulis mengenalinya. Mungkin yang sesiapa meminati rancangan berkenaan mungkin serba sedikit tahu mengenainya. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru diucapkan.

Persandingan Lan Kristal, Nur Sheila

Selasa, 8 Disember 2009

Lan Kristal atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof dan juga isterinya, Ain atau nama sebenarnya Nur Sheila Hassimdi sudah pun melangsungkan majlis persandingan perkahwinan mereka berdua yang telah selamat diadakan di puchong semalam. Memang sungguh meriah majlis persandingan mereka berdua. Artis-artis lain juga turut menghadiri majlis mereka berdua ni, termasuk kumpulan Kristal itu sendiri. Apa-apa pun tahniah lah diucapkan kepada kedua mempelai.

Sharifah Amani Seksi di Anugerah Skrin

Anugerah skrin 2009 ni memang tidak perlu lagi diperkatakanlah. Medan tempat menyayangkan apa yang tidak patut oleh segelintir artis-artis tempatan. Fesyen yang dipakai memanglah tiada larangan dan menjadi hak mereka untuk pakai apa sahaja di sana. Tapi begitulah juga lumrahnya, mahu juga yang seksi seksa supaya jadi perhatian media dan umum. Anda layan lah pakaian seksi berskirt, Sharifah Amani..

Anang Pilih Misha Ganti Krisdayanti

Dapat tahu satu citer ni, ramai sungguh wartawan Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa duda Krisdayanti, Anang Hermansyah. Selalu kalau artis bercerai, orang lebih simpati dengan pihak perempuan, tetapi ini sebaliknya. Entahlah mungkin sebab KD dikatakan curang dengan Anang. Kata sumber, perasaan simpati itu dirasai wartawan sewaktu mereka membuat liputan sempena sidang media pelancaran album solo Anang, Separuh Jiwaku Pergi di sebuah hotel di KL, baru-baru ini.

Ramai bersedih apabila mendengar luahan hati Anang terhadap perceraiannya dengan KD. Malah, ramai yang sebak ketika Anang menyanyikan lagu Separuh Jiwaku Pergi itu secara live. Yang nyata selepas bercerai Anang mahu cari pasangan duet lain termasuk dari Malaysia. Lalu ada wartawan mencadangkan beberapa nama untuk Anang berbuat demikian termasuklah Misha Omar.

Fesyen Arabian Seksi Rozita Che Wan

Anugerah Skrin 2009 banyak yang pelik-pelik. Pelik-pelik yang dimaksudkan di sini adalah dari segi pemakaian yang digunapakai oleh artis-artis yang hadir ketika itu. Yang menjadi perhatian besar adalah penampilan Rozita Che Wan. Walaupun bahagian atas ditutupi dengan kain seakan-akan purdah namun bahagian bawah (Masyallah) da, macam kekurangan kain, sepertinya pakai skirt sahaja. Apa motif fesyen seperti ini, menghina pemakaian dalam Islam ke?

Baju Siti Nurhaliza Makin Ketat

Isnin, 7 Disember 2009

Makin hari, makin ketat pula pakaian yang dipakai atau diperagakan oleh Siti Nurhaliza dalam setiap konset dan juga penampilan sehariannya. Fesyen yang dipakai pulak, makin menjadi-jadi direka, yang dipakai Siti dibawah ini, sampai pakaian itu memfokuskan bahagian aset berharganya itu. Mungkin tahap gemilang Siti makin lama makin jatuh, jadi perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan tahap itu terus bertahan. Apa-apa aje ler.

Linda minta Que jangan jadi artis lagi

Berita terbaru yang berbisik ke telinga mengenai Que Haidar ialah dia kini sudah mendapat arahan atau boleh dianggap desakan atau permintaan daripada Linda Jasmine supaya melupakan saja dunia lakonan yang pernah mengharumkan namanya sebelum ini. Que kononnya sudah tidak boleh menerima apa-apa lagi tawaran lakonan! Lebih menggemparkan, sumber yang membisikkan cerita panas ini memberitahu, Que kini sudah bergelar pengurus di sebuah kilang baja di Kuala Lumpur.

Alamak, daripada seorang aktor hebat, sekarang ni Que dah jadi orang besar kilang baja, biar betik. Khabarnya, Linda tidak membenarkan Que bergelar artis kerana beranggapan kerjaya sebagai pelakon ini tidak menjanjikan masa depan cerah. Pun begitu, menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Linda terpaksa membuat keputusan itu gara-gara cemburu.

Dengar cerita lagi, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. Filem terakhir Que bekerja di bawah arahan Afdlin ialah Misteri Jalan Lama, sebelum itu Papadom. Terbaru, Zubir dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Datin Norjuma Habib Muhamed

Pengacara rancangan TV, Nona di TV3 Norjuma Habib Muhamed yang kini bergelar Datin hasil perkahwinannya dengan seorang yang juga bergelar Datuk kini tampil lebih langsing dan bergaya. Ditemui di sempena Majlis Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini, Norjuma Habib Muhamed dah nampak ke-slimnya itu. Katanya dia dalam keadaan diet, tdiak mahu makan nasi sebaliknya Norjuma makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh 6 bulan pertama barulah nampak penurunan badan yang ketara. Hasilnya....

Pian Cecupak Insaf

Beberapa tahun dan bulan yang dulu-dulu, industri hiburan tanah air kita serba sedikit terkejut dengan tindakan Pian atau pelawak dari kumpulan Cecupak yang juga dikenali Pian Cecupak membuat suntikan kolagen ke wajahnya untuk apa, yang itu, penuis terus terang, Wallahualam. Kata dan pendirianya adalah hanya cuma satu, untuk memiliki wajah lebih jambu serta debu dan mana tahu, lebih banyak tawaran berlakon untuk diri sendiri.

Namun sampai ke hari ini dan saat ini, wajah yang diidamkan itu tidak menjadi kenyataan dan Pian Cecupak pun mula insaf setelah di tegur oleh anak kandung sendiri yang berusia nak dekat 12 tahun.
“Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,” kata Pian Cecupak kepada media.
Pian Cecupak juga menyatakan yang beliau sudah mula melakukan proses mengeluarkan kolagen dan sedang merancang untuk mengerjakan umrah. Baguslah kalau sedemikian, sedar sebelum terlambat. Jangan sampai wajah sudah tidak boleh di perbaiki, baru timbul rasa menyesal dan insaf. Dunia tidak mahu terima nanti ketika hayat sudah tiada.

Akhil Hayy Bengang dengan JAIS

Ahad, 6 Disember 2009

'Tak layak ajar agama' - Kenyataan itu ditujukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi kepada penceramah Akhil Hayy, yang dikatakannya memiliki latar belakang agama yang cetek dan kerana itu, tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain. Ditambah pula, Akhil tidak pernah diberikan kelulusan berceramah oleh Jais.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar,"
kata Mohamed Khusrin yang juga melihat kelemahan Akhil dalam menangani isu peribadinya sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada dalam seorang penceramah selain tindakannya mengaibkan orang dalam ceramahnya.

Menegaskan setiap yang disampaikan itu adalah berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis, Akhil mempersoalkan tindakan Jais mengatakan dia tidak memiliki latar belakang agama. Dedahnya, selepas meninggalkan dunia artis dia pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri.

Ulasnya lagi, tujuannya berceramah adalah untuk berkongsi ilmu dengan harapan dapat membawa kepada perubahan dalam diri pendengar untuk menjadi umat Islam yang lebih baik, dan bukannya untuk membawa ajaran sesat.
“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat, dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan?” kata Akhil yang memberitahu dia tidak akan merayu untuk mendapatkan ‘skrip tauliah’.