Pada:
Khamis, 10 Disember 2009

"Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera," kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi ringkas ketika dipetik dari Detikhot.comDimaklumkan, bintang filem 'Gol dan Gincu' dan 'Saus Kacang' itu tiba-tiba sakit perut dan kemudian dikejarkan ke hospital di Menteng, Jakarta Pusat.
"Tiba-tiba dia sakit pagi tadi," ujar Dodi lagi.Disebabkan sakit dan pembedahan yang perlu dilakukan itu, Ashraf yang kini terbaring di hospital sambil ditemani isteri tercinta perlu berehat dari menjalani penggambaran sinetron 'Cinta dan Anugerah'.
Tag : Artis Indonesia , Ashraf Sinclair , Bunga Citra Lestari , Pembedahan

