Pada:
Jumaat, 11 Disember 2009

"Saya berniaga di kampung masa tak buat album. Sekarang saya kena mula balik daripada bawah. Yelah, sebab dah lama tak ada album so orang tak ingat kita pernah wujud dalam industri. Tapi saya rasa saingan tak kuat sebab kita ada identiti sendiri. Dan saya akan turun padang untuk promosikan album ini sebab peminat lebih teruja membeli album bila berjumpa sendiri dengan artis," ujarnya yang selesa dengan gelaran Ameng Spring walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.
Ameng Spring kini muncul dengan album Ameng (Spring) - Terima Kasih yang menggabungkan lapan buah lagu terhebat seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejujur Mana Kata-Kata dan beberapa buah lagu penuh memori sepanjang bersama Spring di bawah terbitan FMC. Ia turut memuatkan dua lagu baru Kesalanku dan Sudikah Jadi Kekasihku yang kini sedang hangat diputarkan di corong radio. Dapatkan album MTV Karaoke yang hanya dijual dengan harga RM19.90.
Tag : Album Lagu , Ameng , Berita Artis , Spring

