Pada:
Khamis, 10 Disember 2009
Rita Rudaini sememangnya memegang watak utama dalam drama Suraya tetapi di atas arahan suami tercinta, Aidil Zafuan melarangnya, watak itu kini di pegang oleh Zizie Ezette. Sebab utama tindakan itu dibuat adalah kerana seorang pelakon kacak yang dibelasah baru-baru ini, Remy Ishak turut ada berlakon bersama-sama.Mengikut sejarah zaman moden, Rita Rudaini dan Remy Ishak pernah berlakon bersama dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’ dahulu. Dalam drama tersebut, ada satu adegan kontroversi tahap minumum membabitkan kedua-dua pelakon ini dalam bilik mandi. Inilah yang dikatakan bermulanya titik permulaan Aidil Zafuan mula tidak senang duduk.
Tag : Aidil Zafuan , Gossip Artis , Rita Rudaini , Suami Isteri

