Pada:
Khamis, 10 Disember 2009
Aien berkata, dia berdebar menunggu detik bersejarah itu dan bagaikan tidak percaya akhirnya akan bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya itu. Memilih rekaan Cosry pada majlis pernikahannya nanti, Aien menambah, dia mengenali bakal suaminya dua tahun lalu melalui kawan.Berkongsi pengalaman saat pertama kali bersua, Aien berkata, mereka tidak banyak berkomunikasi bagaimanapun berbeza dengan pertemuan kali kedua. Memandangkan bakal suaminya sibuk, mereka mengambil keputusan bernikah gantung terlebih dulu. Majlis kenduri dan persandingan akan diadakan awal 2010.
Tag : Aein , Berita Artis , Ekin , Mawi

