Pian Cecupak Insaf

Pada: Isnin, 7 Disember 2009
Beberapa tahun dan bulan yang dulu-dulu, industri hiburan tanah air kita serba sedikit terkejut dengan tindakan Pian atau pelawak dari kumpulan Cecupak yang juga dikenali Pian Cecupak membuat suntikan kolagen ke wajahnya untuk apa, yang itu, penuis terus terang, Wallahualam. Kata dan pendirianya adalah hanya cuma satu, untuk memiliki wajah lebih jambu serta debu dan mana tahu, lebih banyak tawaran berlakon untuk diri sendiri.

Namun sampai ke hari ini dan saat ini, wajah yang diidamkan itu tidak menjadi kenyataan dan Pian Cecupak pun mula insaf setelah di tegur oleh anak kandung sendiri yang berusia nak dekat 12 tahun.
“Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,” kata Pian Cecupak kepada media.
Pian Cecupak juga menyatakan yang beliau sudah mula melakukan proses mengeluarkan kolagen dan sedang merancang untuk mengerjakan umrah. Baguslah kalau sedemikian, sedar sebelum terlambat. Jangan sampai wajah sudah tidak boleh di perbaiki, baru timbul rasa menyesal dan insaf. Dunia tidak mahu terima nanti ketika hayat sudah tiada.

Tag : , , ,