Seniman Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Zed Zaidi, berikutan ketegasan Zed terhadap pelakon Aliff Aziz gara-gara kontroversi dengan isterinya minggu lalu.
Video berkenaan menjadi viral beberapa seketika, namun ada juga yang mengecam dan menghina Zed Zaidi terutama pengikut Nick Mikael.
Korang boleh baca komen tu kat sini, https://www.facebook.com/Mikhailiqbal/videos/1787821927912191/
"Dia bukan pertama kali mengugut Zed. Sebelum ini dia pernah membuat ugutan sama apabila Zed bersuara mengenai isu pengacara Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
"Laporan ini adalah tindakan pertama sebelum berlaku perkara tidak diingini yang lain. Saya terpaksa ambil tindakan ini kerana dalam kes sebelum ini, Zed meminta untuk kami biarkan saja," kata Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman, Datuk S Subash memetik HarianMetro.
"Kami juga akan hantar laporan ini kepada Jabatan Imigresen dan badan-badan kerajaan untuk tindakan selanjutnya.Dan ini respon Nick Mikael selepas laporan polis dibuat.
"Kita akan selidik sekiranya dia ada rekod kesalahan di Malaysia dan apa tindakan yang boleh diambil terhadapnya sekiranya dia masuk ke negara ini," kata Pengerusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tatatertib Seniman, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego memetik HarianMetro.
Kalau admin jadi presiden Seniman, sure banned aje artis-artis dari Singapura ni, cari glamour je kat Malaysia ni, berlakon je la kat negara korang yang kaya raya sangat tu.
Tag : Aliff Aziz , Beego , Berita Artis , Facebook , Kes Polis , Kontroversi , Pergaduhan , Seniman , Singapore , Video Artis , Zed Zaidi


