Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju tadi 8 Jun selepas solat Isya, 9.25 PM.
Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Sementara itu pihak perempuan membalas dengan 9 dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.
Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan.
-mStar | GUA | cyanxkamo.blogspot.com