Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Padah ugut Zed Zaidi, Nick Mikael bakal di gam? (video ugut)

Jumaat, 4 Ogos 2017


Seniman Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Zed Zaidi, berikutan ketegasan Zed terhadap pelakon Aliff Aziz gara-gara kontroversi dengan isterinya minggu lalu.

Video berkenaan menjadi viral beberapa seketika, namun ada juga yang mengecam dan menghina Zed Zaidi terutama pengikut Nick Mikael.

Video viral Aliff Aziz pukul isterinya..?

Jumaat, 28 Julai 2017

Isteri pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.


"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. -harianMetro

Tempat parking kereta pun jadilah - Ella

Selasa, 18 Julai 2017

Dengar khabar yang Ella telah membuat video nyanyian spontannya di tempat parking kereta. Video berdurasi 24 saat itu di buat di Singapura di sebuah lokasi parking yang tak diketahui

Osman Zailani meninggal dunia..

Rabu, 5 Julai 2017

Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KPTH), Singapura, 9.30 malam semalam.

Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum Aidilfitri.

Berita pemergian Allahyarham disampaikan cucunya yang juga penyanyi, Hady Mirza menerusi Facebook kira-kira 11 malam semalam.

"Salam semua. My atok sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 pm tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)," tulisnya di Facebook.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang dari KTPH ke rumahnya di Yishun, Singapura dan akan kebumikan hari ini. -HarianMetro

Elizabeth Tan dedah sebab utama putus bercinta

Khamis, 25 Mei 2017

Elizabeth Tan, tidak menafikan hubungan cintanya bersama ahli perniagaan putus sejak sebulan lalu disebabkan kehadiran orang ketiga. Elizabeth atau Lizzy menjelaskan, hubungan cinta selama empat bulan itu turut membuatkan beliau meminggirkan keluarganya.

"Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya dengan tangan terbuka.

"Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran. Saya tidak nafikan dia curang.

"Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya," katanya kepada BH Online.

Roslan Shah bengang dengan Datuk Seri Vida

Rabu, 26 April 2017

Roslan Shah melahirkian rasa kecewa apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura akhir bulan ini.

Roslan berkata, perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya kepada pihak penganjur yang mahu Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hadir memberi ceramah.

"Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

"Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,

"Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

"Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini," ujarnya kepada mStar Online.

Najip Ali hina PM Malaysia, Seniman bakal 'banned'

Rabu, 5 April 2017

Tindakan stesen televisyen Singapura menyiarkan rancangan yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Sehubungan itu Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menuntut permohonan maaf daripada stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.
"Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.

"Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.

"Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan beberapa selebriti Singapura termasuk pengacara terkenal, Najip Ali yang dengan sengaja menjadikan Najib sebagai bahan jenaka ketika muncul dalam episod ke-26 rancangan hiburan tersebut.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Harris Baba kongsi gambar anak sulungnya, 2 bulan..

Khamis, 30 Mac 2017

Selepas hampir dua bulan dilahirkan, penyanyi berasal dari Singapura, Harris Baba akhirnya berkongsi gambar puteri kesayangan, Aleena Ziya Khawaja melalui laman Instagram. Aleena yang lahir pada 10 Februari lalu adalah lambang cinta Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi.

Lana Nordin, suami samseng jalan raya? (Gambar PANAS)

Jumaat, 17 Mac 2017

Siapa bakal isteri Hans Isaac ni? rupa-rupanya...

Rabu, 1 Mac 2017

Datuk Hans Isaac akhirnya mengumumkan akan berkahwin dengan Aileen Gabriella Robinson yang juga seorang bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan pernah berlakon untuk Oh My English.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan. Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,

"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.

"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya kepada mStar Online.

Sekitar resepsi Amyra, Amar di Singapura (15 gambar HD)

Isnin, 5 Disember 2016


Setelah berbulan madu di Jepun beberapa hari lalu, pada hujung minggu semalam, pasangan selebriti Amyra Rosli dan juga Amar Baharin telah pun meraihkan majlis resepsi yang ditaja oleh peminat mereka di Singapura.

Ini yang terjadi bila isteri jauh di Singapura, Alif Sleeq..

Selasa, 1 November 2016

Penyanyi, Alif (Sleeq) berkata, berjauhan dengan isterinya Azzah Fariha yang berada di Singapura menjadikan hubungan mereka lebih erat.

Alif akui perkara tersebut membuatkan dia lebih menghargai setiap masa ketika bersama isteri dan anaknya Alana yang kini berusia lima bulan.

"Saya balik ke Singapura boleh dikatakan setiap minggu kerana terlalu rindu dan saya akui ada baiknya hubungan berjauhan ini.

"Bila balik ke Singapura, saya akan habiskan masa dan menghargai setiap masa dengan mereka. Apa yang penting ialah kualiti bukan kuantiti masa yang dihabiskan dengan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Alif berkahwin dengan Azzah Fariha pada 13 September 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Alana Alif, kini berusia lima bulan.

Zul Ariffn, Zarina McWilson putus cinta?

Rabu, 12 Oktober 2016

Dengar khabar memetik portal Utusan yang pelakon kacak, Zul Ariffin sudah putus cinta dengan kekasihnya Zahira McWilson.

Walaupun ramai tidak mengetahui mereka bercinta namun sumber ini mengatakan yang mereka berpisah disebabkan orang ketiga.

Tambah sumber itu lagi, ianya dikaitkan dengan Zul yang mempunyai kekasih baru dengan pelakon dari Singapura.
“Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung”

“Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya”

“Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Saharul Ridzwan, isteri honeymoon di Singapura, Indonesia (10 gambar)

Jumaat, 30 September 2016

Sekitar pernikahan Hetty Sarlene (5 gambar)

Isnin, 25 Julai 2016

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, sah menjadi isteri Aaqil, 32, jejaka pilihannya yang berasal dari London. Majlis pernikahan berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di sini pada jam 12.55 tengah hari semalam.

Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan. Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500). -BharianOnline

Inilah tarikh sebenar perkahwinan Hetty Sarlene..

Isnin, 18 Julai 2016

Lama juga tidak mendengar khabar pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene.

Bintang "Sembilu" itu kini khabarnya bakal melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi, iaitu pada 23 Julai ini.

Hetty, 32 bakal disatukan dengan jejaka dari Britain, Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 32.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pasangan ini telah pun berkenalan dan menjalinkan hubungan istimewa sejak tahun lalu, manakala mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu di London.

Ini dugaan hebat buat Elfaeza Ulhaq bila bertudung..

Isnin, 20 Jun 2016

Pelakon Elfaeza Ulhaq mengakui sejak berimej muslimah pada Januari lalu dia berhadapan dengan ujian apabila sering ditawarkan pelbagai watak yang memerlukannya membuka hijab.

Elfaeza reda dan menolak dengan cara baik, biarpun mengakui pendapatanya dalam bidang lakonan semakin berkurangan.

Lana Nordin sudah bersalin?

Rabu, 9 Mac 2016

Dengar khabar tak rasmi yang Lana Nordin sudah melahirkan anak sulungnya baru-baru ini di Singapura. Memetik daripada screenshot sebuah blog, ada orang terserempak dengan Lana, suami dan anak mereka ketika berjalan-jalan.

Benar atau tidak, tunggu kenyataan rasmi Lana.

Sebab Elfaeza Ul Haq kini bertudung penuh (7 gambar)

Ahad, 18 Oktober 2015

Alhamdulillah, pelakon Elfaeza Ul Haq yang juga pelakon drama Adam dan Hawa kini dah bertudung penuh. Hidayah sudah sampai kepada dirinya, semoga istiqamah dengan apa yang dilakukan.

Tak layak menang sebab dari Singapura, ini komen Sufi AF

Jumaat, 16 Oktober 2015


Respon Sufi AF2015 Bila Ramai Pertikaikan Kemenangannya
Pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik memetik Murai.

Sufi turut tampil untuk memberikan respon mengenai hal itu menerusi portal Murai dimana dia sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.
Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. -Sufi AF