Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Padah ugut Zed Zaidi, Nick Mikael bakal di gam? (video ugut)

Jumaat, 4 Ogos 2017


Seniman Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Zed Zaidi, berikutan ketegasan Zed terhadap pelakon Aliff Aziz gara-gara kontroversi dengan isterinya minggu lalu.

Video berkenaan menjadi viral beberapa seketika, namun ada juga yang mengecam dan menghina Zed Zaidi terutama pengikut Nick Mikael.

Amaran keras Zed Zaidi terhadap Aliff Aziz, OMG!

Rabu, 2 Ogos 2017

Wah dengar khabar Zed Zaidi memberikan amarannya sebagai Presiden Seniman kepada Aliff Aziz berhubung dengan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.
“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya menutup bicara.

Zed Zaidi dia orang tengah damaikan David Teo-Mat Over

Ahad, 21 Mei 2017


Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab dengan pantas apabila membuka jalan pendamaian insiden pertelingkahan David Teo dan Mat Over sebelum majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) tamat.

Zed berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti berkenaan termasuk Datuk Rosyam Nor selaku moderator sudah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya kepada mStar Online.

Najip Ali hina PM Malaysia, Seniman bakal 'banned'

Rabu, 5 April 2017

Tindakan stesen televisyen Singapura menyiarkan rancangan yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Sehubungan itu Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menuntut permohonan maaf daripada stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.
"Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.

"Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.

"Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan beberapa selebriti Singapura termasuk pengacara terkenal, Najip Ali yang dengan sengaja menjadikan Najib sebagai bahan jenaka ketika muncul dalam episod ke-26 rancangan hiburan tersebut.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Anak dedah sebab perginya Jins Shamsuddin

Khamis, 2 Mac 2017

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin. Mengikut portal mStarOnline. anak Allahyarham Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang.

Katanya, ayahnya itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan iaitu Klinik Idzham di Taman Melawati oleh ibunya iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya. Jenazah dijadual akan dikebumikan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Keadaan terkini Wan Maimunah (5 gambar)

Isnin, 28 November 2016


Wan Maimunah Abdul Aziz, 62, yang dimasukkan ke Hospital Jasin, Melaka sejak Khamis lalu berikutan jangkitan kuman pada paru-paru dan bengkak jantung, dilaporkan masih lemah.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool, berkata keadaan aktres berpengalaman itu masih perlu dipantau doktor beberapa hari lagi selain dinasihatkan mendapat rehat secukupnya.

Zed Zaiidi terima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN)

Rabu, 19 Oktober 2016

Zed Zaidi menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016, bersempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disambut pada 4 Jun lalu.

Zed ialah seorang daripada senarai 261 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2016 pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara.

Presiden Persatuan Seniman itu berkata, pengiktirafan itu menunjukkan beliau seorang yang serius dalam menjalani aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya dalam memperjuangkan hak seniman tempatan. -Bharian

SENIMAN beri amaran keras kepada Soo Wincci sebab..

Selasa, 8 September 2015


Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci
Rentetan satu video lagu yang dimuatnaik oleh penyanyi Soo Wincci sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez memberi peringatan kepada artis tempatan supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan mereka.

Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci

Zed Zaidi difitnah lesapkan RM4.8 juta, bukan RM2.6 billion!

Selasa, 18 Ogos 2015

Dengar khabar yang presiden SENIMAN, Zed Zaidi difitnah dengan wang berjumlah RM4.8 juta oleh Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Zed berkata, dia tidak tahu langsung mengenai masalah tersebut dan tiada kaitan dengan pihak KOSENI seperti yang diperkatakan.

"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi kontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.

"Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya.

Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI.

Usahawan-usahawan tersebut mendedahkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan telah ditipu apabila semua barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.

Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut.

Sementara itu, Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya. -mStar

Zed Zaidi akui sokong Diana Danielle untuk sebab...

Khamis, 12 Mac 2015


Zed Zaidi Respon Isu Seksi Diana Danielle
Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi tampil mengomen isu yang timbul berkaitan Diana Danielle memakai pakaian bra untuk sebuah majalah, bagi Zed, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.
“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,”

“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).

“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.

“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” -Zed

Vanidah Imran bawa lari buku chek duit Seniman, Zed lapor polis!

Sabtu, 20 Disember 2014

Pihak Seniman semalam telah membuat laporan Polis (PDRM) untuk satu kes kecurian kehilangan buku cek duit yang diberikan kepada bendarhari persatuan itu iaitu Vanidah Imran yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya.

Presiden Seniman, Zed Zaidi akibat kehilangan buku itu, Seniman sukar bergerak aktif memetik laporan mStar semalam. Bahkan Zed sudah memberi amaran kepada Vanidah untuk memulangkan semula, namun Vanidah sepertinya mempunyai alasan tersendiri.

Tahniah Zed Zaidi kini Presiden, Lisa Surhani AJK Seniman

Isnin, 29 September 2014

Tahniah kepada pelakon, Zed Zaidi yang kini kembali bergelar Presiden Seniman. Zed mendapat 109 undian untuk bergelar Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 persatuan itu semalam.

Pesaing Zed, Datuk Mustapha Maarof (71 undi) dan Afdlin Shauki (66 undi) gagal untuk menewaskan Zed. Adat menang dan kalah itu sudah pasti, kali ini Zed diberi kepercayaan semula setelah beberapa lama melepaskan jawatan itu akibat krisis dalam Seniman beberapa bulan yang lalu.

1000 ahli Seniman dilaporkan portal mStar telah menghadiri Mesyuarat itu.

Zed Zaidi Gila! - Dayangku Intan

Rabu, 18 Disember 2013

Menurut portal MalaysiaGazette, penyanyi Dayangku Intan mengatakan yang Zed Zaidi sebagai seorang yang gila publisiti murahan. Tambahan lagi Dayangku menganggap yang Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud di dalam dunia seni kerana tidak memiliki daya ingatan atau pemikiran yang waras serta minda yang semput.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.

“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,”-Dayangku Intan
Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Sabar je la Zed Zaidi, mulut orang biar Allah sahaja yang membalas nya..

Duit Bayaran Tidak Halal ! - Harun

Khamis, 12 Disember 2013

Siapa tidak sedih jika pengorbanan tugas dalam persatuan tidak diutamakan apatah lagi disingkir dengan cara tak hormat. Itu lah yang terjadi kepada bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik yang akan mengundurkan diri daripada persatuan yang pernah dia terajui itu.

Mengulas lebih lanjut daripada portal BHarian berkenaan, Harun sebenarnya masih lagi ahli Seniman, namun difahami yang jasanya tidak dihargai. Jika dia dikehendaki gagal dalam kes saman yang berlaku kepada dirinya terhadap kes Seniman ini, Harun akui tidak menghalalkan duit tersebut, kerana dia tahu dia berada di pihak yang benar.
Buat apa saya mahu bersama SENIMAN, sedangkan persatuan itu sendiri yang menyaman saya?

Buat apa saya memperjuang persatuan yang menganiaya saya dan saya pula yang perlu membayar saman atas usaha yang saya lakukan untuk mereka?

Sekarang, apabila semua ini terjadi, kepada siapa saya harus mengadu? Apabila artis ada masalah, mereka akan mengadu kepada SENIMAN. Kini, apabila saya ada masalah, siapa nak tolong saya?

Dengan apa yang berlaku, saya mengharapkan perubahan pada SENIMAN, Malangnya, persatuan turut terheret ke mahkamah akibat sikap tidak puas hati beberapa pihak. Jadi, saya rasa sekarang ini SENIMAN sudah tercemar disebabkan perkara yang terjadi ini. Sedangkan sebelum ini, nama SENIMAN tidak pernah ke mahkamah. -Harun

Zed Zaidi Bukan Presiden Seniman Lagi

Jumaat, 22 November 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam akhirnya memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan ini sekali gus menyebabkan mesyuarat agung persatuan itu terpaksa diadakan semula dalam tempoh dua bulan bermula dari tarikh semalam.

Zed Zaidi Bertanding Jawatan Dalam UMNO

Jumaat, 13 September 2013

Wah tak sangka Zed Zaidi akan bertanding untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan tidak lama lagi memetik portal MediaHiburan semalam.

Inilah kali pertama selebriti tempatan bertanding untuk jawatan dalam bidang politik di tempat yang tertinggi.

Baguslah macam ini. Diharap Zed dapat memenangi jawatan tersebut.
"Ya, saya 'confirm' akan bertanding. Pada 14 September ini saya akan mengambil borang pemilihan di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, 21 September pula tarikh penamaan calon dan 12 Oktober adalah pemilihan Pemuda di seluruh negara yang dilakukan secara serentak," -Zed

Pesanan Zed Zaidi Ambil Gambar Couple

Jumaat, 14 Jun 2013


Ini adalah petikan yang diambil dari laman Facebook Zed Zaidi baru-baru ini. Zed ada membuat kenyataan luar daripada isu selebriti dan anak seni, iaitu soal orang yang berkasih sayang atau mempunyai kekasih hati.

Khabarnya ini adalah tips yang sungguh betul namun melihatkan kembali penulisannya, Zed juga pandai  berlawak.  Ingat orang nombor satu jawatan anak seni tak tahu melawak, dok serius dengan kerjaya rupanya berbakat besar pula. Hehe.


Zed Zaidi Mahu Lepaskan Jawatan Presiden Seniman

Isnin, 3 Jun 2013


Dalam banyak cerita gembira hari ini, ada pula satu berita sedih. Kali ini Presiden Seniman, Zed Zaidi sedia berundur dari jawatan nombor satu Seniman itu. Menurut Zaidi, dia mengalu-alukan sesiapa yang mahu mengambil alih jawatan ini pada pemilihan akan datang.
"Jika ada yang merasakan diri mereka layak untuk membela nasib golongan artis saya tiada masalah mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya ini," -Zed Zaidi. mStar

Zed Zaidi Nasihatkan Afiq Muiz

Jumaat, 24 Mei 2013


Ha ni komen orang kuat di kalangan seniman dan selebriti tanahair, presiden Seniman, Zed Zaidi yang memetik SinarHarian semalam tampil memberikan nasihat khas percuma kepada Afiq Muiz berkaitan isu keluarga yang dialaminya.
"Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga.

"Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita.

"Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan.

"Bukannya membuat sidang media dan 'menyerang' ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," -Zed Zaidi

Ezany Nizariff di BlackList Dari Berlakon Sebab Tak Kacak..

Khamis, 18 April 2013

Pelakon yang dahulu dikenali ramai, Ezany Nizariff dan selepas itu makin lama makin tidak kelihatan adalah disebabkan dia diboikot atau di blacklist oleh pihak atasan stesen TV tanpa memberikan alasan yang menyakinkan Ezany.

Perkara yang berlarutan setahun itu dikatakan hampir 20 buah drama yang menyenaraikan namanya telah ditolak. Entah dimana silapnya, memandangkan Ezany tidak pernah bergiat aktif dalam mana-mana cabang politik melainkan ada business belacannya sendiri.
"Sudah hampir setahun perkara ini berlaku dan pihak produksi sering memberitahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan.

"Saya hairan kerana sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku,

"Antara alasan yang diberikan, wajah saya tidak lagi sesuai untuk program terbitan mereka serta sebab-sebab yang tidak munasabah dan kukuh lain," katanya.
Sebab ini sukar diterima oleh Ezany melalui petikannya di portal mStar semalam, bahkan Ezany menambah kemungkinan diboikot adalah kerana dia mengadu dalam satu rancangan hiburan tv yang menyatakan sikap sebuah syarikat produksi yang gagal melunaskan bayaran gajinya.

Difahamkan juga, Zed Zaidi tidak mengambil sebarang tindakan diatas apa yang menimpa Ezany yang sudah hampir 12 tahun sebagai anak seni. ini