Pada:
Jumaat, 4 Ogos 2017
Ummi Nazeera mengesahkan beliau selamat bernikah dengan lelaki pilihan keluarga, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, dalam majlis tertutup pada 23 Julai lalu.
Ummi mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.
"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga supaya pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," katanya.Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya dikahwinkan pada malam ini. Justeru, acara di sebuah hotel di Putrajaya malam ini, yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk kenamaan, bertukar menjadi majlis meraikan pasangan pengantin berkenaan.
Doktor berasal dari ibu kota itu sah bergelar suami Ummi dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman bapa saudara pelakon terbabit, Datuk Aziz Mat Akhir, di Bukit Tunku.
Pada acara yang dihadiri 20 tetamu itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Jumlah mas kahwin pula dirahsiakan. -BharianOnline
Tag : Berita Artis , Gambar Artis , Instagram , Pelakon , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Ummi Nazeera





















