Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kalau tipu, pergi lapor Polis! - Boy Iman

Khamis, 28 September 2017

Sebelum ini, Yusoff Azmi iaitu Pengerusi PPIM bertemu meminta penjelasan daripada Datuk Boy Iman dan pertubuhan itu sedang buat siasatan dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pihak polis tidak lama lagi. Namun, Datuk Boy Iman tetap menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku di dalam syarikat DBI Properties yang membina rumah kos rendah.

Malah Boy Iman juga turut mencabar mana-mana pihak yang tertipu agar membuat laporan polis. Boy Iman juga turut menerangkan mengapa dia menyertai NGO Angkatan Perpaduan Islam dan memegang gelaran Paduka Ayahanda di dalam persatuan tersebut.

"Tiada bukti saya lakukan kesalahan. Pergilah buat laporan polis kalau betul saya menipu. Ini adalah fitnah semata-mata. Saya buat cara yang betul kerana ikhlas nak cari makan. Ibu saya juga terpengaruh dengan kekecohan yang timbul dan menyuruh saya pulangkan wang, tapi bukan saya yang terbabit dengan isu itu.

Saya menjadi ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggunakan konsep berbaiah ini sejak berusia 23 tahun lagi. Apa yang dilakukan bertujuan mengangkat dan membela agama, bangsa dan negara.

Tujuan saya lebih kepada membawa kebajikan dan membangunkan ekonomi dalam kalangan umat Islam. Menolong orang bina rumah dengan kos rendah antara matlamat saya.

Saya tidak tahu apa tujuan pihak itu menyebarkan berita ini. Seperti dikatakan, saya adalah ahli korporat dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan syarikat saya.

Saya alu-alukan sesiapa yang nak menyemak nama syarikat saya atau nama saya di balai polis sama ada pernah ada laporan berkaitan saya menganiaya orang atau menipu wang orang" -Kata Datuk Boy Iman kepada HarianMetro

Padah ugut Zed Zaidi, Nick Mikael bakal di gam? (video ugut)

Jumaat, 4 Ogos 2017


Seniman Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Zed Zaidi, berikutan ketegasan Zed terhadap pelakon Aliff Aziz gara-gara kontroversi dengan isterinya minggu lalu.

Video berkenaan menjadi viral beberapa seketika, namun ada juga yang mengecam dan menghina Zed Zaidi terutama pengikut Nick Mikael.

Aliff Aziz bagi 'no. telefon' kepada pembencinya, TAPI... kah kah kah..

Isnin, 31 Julai 2017

Bukan main berani lagi Aliff Aziz memberikan nombor telefonnya kepada siapa-siapa yang tidak berpuas hati dengannya di laman sosial.

Namun nombor telefon berkenaan bukanlah milik sebenar Aliff, ianya milik seorang individu yang sangat berasa terkejut apabila mendapat beberapa panggilan dan text Whatsapp dari handphone miliknya.

Pemuda berkenaan akhirnya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Aduhai.

Apa cerita Aliff Aziz di lokap Polis?

Sabtu, 29 Julai 2017

Aliff Aziz, 26, yang ditahan semalam atas kesalahan memukul isteri dalam pantang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek akan diberi jaminan hari ini berikutan siasatan kes sudah selesai.

Katanya, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya. Sebelum itu, Aliff telah membelasah isterinya di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras susulan dari penemuan lelaki itu bersama wanita lain dalam satu bilik karaoke.

Bella Atillah, 23, isteri artis itu menjadi tidak puas hati dan berlaku pertengkaran mulut sebelum wanita itu merakam gambar suaminya bersama wanita di dalam bilik berkenaan.

Akibatnya, wanita itu yang baru melahirkan anak sulung 20 hari lalu dipukul artis berkenaan hingga cedera di muka dan lutut.

Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -harianMetro

Video viral Aliff Aziz pukul isterinya..?

Jumaat, 28 Julai 2017

Isteri pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.


"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. -harianMetro

Pukul warga Brunei, Lydiawati terima hukuman.. (video)

Ahad, 11 Jun 2017

Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51.

Mahkamah turut memerintahkan Lydiawati dikenakan hukuman penjara 14 bulan, jika gagal membayar denda itu.

AC Mizal bakal ditangkap kerana Skim Piramid atau MLM Mface?

Isnin, 5 Jun 2017


Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan BalasAkaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas

Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas
Dulu Datuk AC Mizal dilihat antara orang kuat yang mempromosikan akaun laman sosial Mface.

Baru-baru ini skim piramid Mface Club telah dilumpuhkan dan akaun syarikat berkenaan dibekukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) dan pihak polis.

AC Mizal tampil memebri kenyataan apabila namany dikaitkan tentang hal berkenaan.
Pengacara Maharaja Lawak Mega ini mendedahakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mface dua tahun lalu dan sudah tiada kaitan lagi dengan syarikat itu.

AC Mizal letak jawatan selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.
Ini komennya:

“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, ”

AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.Suami kepada Emylia Rosmila ini langsung tidak terkejut syarikat Mface disiasat polis kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.

Untuk pengetahuan, minggu lalu KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membekukan 91 akaun bank Mface.

Akaun berkenaan dikatakan bernilai RM177 juta hasil dari skim piramid.

Nelydia Senrose bakal kena tangkap!

Sabtu, 22 April 2017


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose, selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu. -BharianOnline

Diserang ibu artis terkenal, Zarina Anjoulie buat laporan Polis

Rabu, 29 Mac 2017

Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,"

"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang semalam memetik portal HarianMetro

Suami Nora, mahu buat report polis, saman sekiranya nitizen....

Jumaat, 25 November 2016

Johan yang juga seorang komposer bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah dirinya dan isteri, Nora Ariffin.

Janna Nick potong rambut macam lelaki, ini sebabnya..

Khamis, 24 November 2016


Agak mengejutkan apabila penyanyi Mungkin Saja, Janna Nick, sanggup memotong pendek rambutnya seperti lelaki. Janna berbuat demikian demi tuntutan watak sebagai inspektor polis.

Menerusi supertelefilem berjudul Bo Bajet yang mula menjalani penggambaran esok, beliau sekali lagi bergandingan dengan Saharul Ridzwan, pelakon yang pernah mencipta fenomena bersamanya dalam drama Kau Aku Kita.

Pertahankan suami Ramli MS, Alyah dikecam dan diugut

Jumaat, 11 November 2016


"Sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."
Isteri kepada juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS, Datin Alyah, ugut akan mengambil tindakan terhadap peminat setia Elly Mazlein sekiranya tidak menghentikan 'perang' di laman sosial.

Menurut Alyah, ia adalah jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

Remy ishak diugut bunuh oleh seorang wanita?

Ahad, 4 September 2016

Disebabkan enggan mahu berjumpa seorang wanita berstatus vip, Remy Ishak telah meneriaugutan bunuh wanita berkenaan. Remy menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali yang kemungkinan menjadi orang suruhan wanita vip berkenaan.

Namun sumber itu mengatakan Remy telah membuat laporan Polis mengenai hail ini.
“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.

Kereta Che Ta kena curi, begini pencuri melarikannya..

Rabu, 10 Ogos 2016

Polis memaklumkan kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan yang hilang awal pagi Selasa telah dicuri dua suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati suspek merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.

"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi tadi (Selasa).

"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas.

“Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang di sini pada Selasa.

Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu, terdapat beberapa barang berharga milik Rozita yang berada di dalam kereta itu seperti beg tangan dan kasut turut yang turut dilarikan.

Terdahulu, pengurus Rozita, Afiq Wahab memaklumkan Che Ta menyedari kehilangan kenderaan itu apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang dekat sini.

Fiza digelar 'Setan bertudung tapi munafik' (4 gambar)

Ahad, 7 Ogos 2016


Sejak mengumumkan beliau mempunyai kekasih baru, pelakon Fiza Halim tidak henti dihimpit pelbagai kontroversi. Malah, beliau didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya itu berantakan.

Terbaru, beberapa wanita telah bertindak “menyerang” akaun Instagram Fiza dan menghina beliau dengan pelbagai kata-kata kesat. Boleh kata agak teruk juga Fiza dihina oleh wanita-wanita berkenaan yang menuduh beliau sebagai perampas suami orang dan “setan bertudung”.

Fiza juga membuat laporan polis keatas kenyataan yang telah mengaibkan dirinya itu.

Isteri ke-2 Adi Putra ditahan Polis kes sindiket penyeludupan manusia?

Ahad, 31 Julai 2016


Umum mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Nor Shahida berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Meskipun isu rumah tangga Shahida dan Adi belum lagi reda, timbul pula satu berita yang agak memeranjatkan apabila ada pihak memberitahu Shahida ditahan pihak polis di pejabatnya kira-kita jam 4.30 petang Selasa didalam sebuah operasi khas.

Penangkapan itu dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi menyiasat kes sindiket penyeledupan warga asing ke negara ini.

Kakak Adira AF ditetak parang!

Rabu, 27 Julai 2016


Memetik laman sosial Facebook milik penyanyi Keroz Nazri, dia memuatnaik gambar dan status menunjukkan rumah kediaman kakak kepada penyanyi Adira AF iaitu Emma Suhaimi telah dicerobohi perompak bersenjatakan parang.

Dalam kejadian tersebut, Emma difahamkan telah ditetak di bahagian kepala dan juga di beberapa bahagian badan yang lain sehingga menyebabkan telinganya hampir putus. Malah, wajahnya turut diterajang oleh perompak tersebut tanpa sebab yang dinyatakan.

Emma sudah mendapat rawatan di Hospital Queen Elisabeth 1 Kota Kinabalu dan keadaannya stabil.

Aida Aris dera anak tiri?

Rabu, 22 Jun 2016

Pelakon Aida Aris menjelaskan tiada sebarang bukti terhadap dakwaan kononnya dia melakukan penderaan terhadap dua anak tirinya yang tinggal bersama dia dan suami sejak mereka berkahwin enam tahun lalu.

Suaminya juga sudah menyerahkan dua anak tirinya itu kepada bekas isteri agar tidak timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan.

"Saya terkejut apabila dituduh mendera anak tiri dan perkara itu sebenarnya tiada sebarang bukti yang sah daripada doktor mengatakan saya telah melakukan perbuatan berkenaan.

"Disebabkan tidak mahu timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan anak, suami saya telah serahkan kedua-dua anaknya itu kepada bekas isterinya yang kini berada di Kedah," ujar Aida.

"Saya ada baca laporan polis yang dibuat bahawa saya telah mendera anak-anak tiri saya sehingga berdarah, namun tiada sebarang bukti perubatan.

"Jika saya tidak bersalah, saya boleh saman malu pihak berkenaan," ujarnya memetik mStar Online.

Aida diminta mengulas tentang gosip yang mendakwa dia telah mendera anak tirinya pada akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, Aida berkata, perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan dia dengan anak-anak tirinya itu.

Saya tidak takut! - Rizal @ Jejai

Jumaat, 20 Mei 2016

Rizal Ashram Ramli meminta agar pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan kononnya dia mengganggu dan menceroboh rumah bekas isterinya, pelakon Fasha Sandha tanpa kebenaran seperti yang dilaporkan media sejak Isnin lalu.

Rizal, 40, berkata, dia memohon kerjasama pihak berkuasa agar melakukan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuat oleh Fasha, 32, di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini pada petang Isnin lalu atas dakwaan tersebut.

Fasha Sandha buat report polis diganggu bekas suami?

Rabu, 18 Mei 2016

Fasha Sandha enggan mendedahkan punca dia membuat laporan polis pada petang Isnin di Balai Polis Ampang namun perkara itu dikatakan akibat gangguan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.

Fasha yang dihubungi bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai dakwaan terbabit.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah.

"Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya kepada mStar Online.

Isu terbaharu ini seperti dilaporkan sebuah blog hiburan pada malam Isnin mendakwa bahawa ada beberapa individu melihat kehadiran pelakon itu bersama peguamnya di balai berkenaan pada jam 1 petang dipercayai bertujuan untuk membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya.

Difahamkan, Rizal, 40, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan sering mengganggu kehidupan wanita itu apabila dia bersama rakan-rakannya.

Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri.