Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Hazama pakai tatoo melampau!

Selasa, 26 September 2017



Hazama dikecam oleh netizen gara-gara penampilan barunya yang dikatakan melampau kerana menampilkan imej bertatu.

Sebenarnya penampilan Hazama yang ala-ala Bob Marley itu cuma untuk penghasilan video muzik terbarunya untuk lagu Aku Bukan Dewa.

hope boleh ditanggalkan dan tak kekal lama. kiki

Bila Zizan Razak terjumpa bekas kekasih lamanya... (video)

Isnin, 25 September 2017


Aksi video cium Fattah Amin, Janna Nick - ini komen Michael Ang

Sabtu, 23 September 2017

Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

Sekitar perkahwinan pengacara Maznah Zolkifli

Jumaat, 22 September 2017


Datuk Seri Vida lelong cincin rama-rama, harga asal adalah... WOW!

Memetik Utusan Malaysia, Datuk Seri Vida mahu melelong pula barangan kemas termasuk cincin yang dipakainya dalam video muzik terbaru I Am Me. Katanya cincin rama-rama itu ditempah khas dan harganya mencecah RM400,000!
“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,”

“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu.

"Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya lagi.

Fathia Latif mengaku salah, tapi sebenarnya dia tidak tahu yang....

Khamis, 21 September 2017

Video kontroversi yang memperlihatkan Fathia Latiff menari menampakkan asetnya dengan rakan selebriti, Natasha Elyzza minggu lalu, kini tampil untuk tidak menafikan hal itu adalah dirinya sendiri.

Sebelum ini Fathia menafikan hal itu kerana enggan membuka aibnya sendiri. Namun kini semuanya jelas, Fathia mengakui semuanya.

Paling menarik sekali, baca perenggan kat bawah sekali tu yer.
"Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.

"Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi dan terus menimbulkan tanda tanya. Saya fikir jujur lebih baik dan diredai walaupun saya terima cemuhan. Suka atau tidak, saya harus pikul bebanan hebat atas perbuatan saya.

"Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

"Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya," katanya
Fathia berkata, dia tidak menyangka video Bigo Live boleh dipertontonkan kepada umum.
"Jujurnya, saya tidak tahu aplikasi Bigo Live. Saya fikir Natasha merakamkan video hanya untuk simpanan peribadi. Sebab itulah, saya tidak bertudung dan berperangai 'gila-gila' sekadar mahu berseronok dalam video itu,

"Ketika itu, saya, Natasha dan beberapa teman wanita menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

"Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

"Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudahpun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik,

"Mungkin Allah mahu menunjukkan pengajaran dan teladan buat saya. Saya akan lebih berhati-hati dengan apa juga rakaman video selepas ini.

"Saya hanya manusia biasa, kadang kala saya hanya mahu bergembira dengan teman wanita yang saya rapat, tetapi tidak sangka, video mencolok mata pula tersebar," katanya ketika dihubungi BH Online.

Ada orang tanya Nur Sajat sembahyang Jumaat atau tak, ini jawapan Sajat..

Kasihan Nur Sajat ni, ada sahaja orang nak kenakan dia dengan komen dan pertanyaan yang sensitif bagi dirinya. Baru-baru ini dia ditanya oleh seorang mamat ni, yang bertanyakan, "Awak pergi sembahyang Jumaat tak awak??" dan ini jawapan yang Sajat bagi..

Dituduh riak sebab Datuk Seri Vida tayang harta

Selasa, 19 September 2017


Video klip lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida di Youtube mendapat jutaan tontonan. Namun bagi empunya diri, ianya masih belum lagi memuaskan hatinya.

Kini Vida difahamkan tengah membuat pengubahsuaian mengikut cara dan kemampuannya yang sebenar. Apa lagi, diserapakan lah beberapa harta kepunyaanya kedalam video berkenaan.

Namun ramai yang mengecam dan lebih berpendapat kepada bersifat riak.

Kutipan filem Abang Long Fadil 2 terkini, wow!

Isnin, 18 September 2017


Dengar khabar yang filem Abang Long Fadil 2 mendapat kutipan yang tidak diduga sekali. Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu meraih kutipan RM16 Juta dalam masa hanya tiga minggu ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu Abang Long Fadil satu masa dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, namun jumlah ditayangkn semakin meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem ini berjaya menduduki tangga ke-5 dari senarai kutipan terbanyak filem-filem tempatan selama ini. Masih belum boleh kalahkan filem abangnya, Syamsul Yusof iaitu Munafik.

Natasha Elyzza tayang buah 'apple', Fathia Latiff juga sama? (video)

Sabtu, 16 September 2017

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

Kembar Elfira Loy.. (video)

Jumaat, 15 September 2017

Sekali pandang, senyuman pelakon cantik Filipina, Liza Soberano sememangnya persis aktres dan pengacara Elfira Loy.

Liza atau nama sebenarnya Hope Elizabeth “Liza” Hanley Soberano ini merupakan pelakon drama telenovela popular Dolce Amore.

Selain pelakon, Liza yang dilahirkan pada 4 Januari 1998 ini juga merupakan seorang model kacukan Filipino dan Amerika.

Anak Datuk Seri Vida, Cik B pandai hisap Vape!

Baru-baru ini, anak Datuk Seri Vida, Cik B mengejutkan apabila penayangan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial gara-gara anak perempuannya iaitu Cik B dah pandai hisap vape!


Siap ada asap putih keluar dari mulutnya. Ramai yang terkejut dengan perbuatan seorang budak yang baru berusia 12 tahun ini. Apa yang berlaku seterusnya? lihat video di bawah ini.



Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Video mencuit hati hari jadi anak sulung Shukri Yahaya

Sabtu, 26 Ogos 2017

Pada tanggal 24 Ogos yang lalu, maka genaplah setahun hari jadi anak Shukri Yahaya, Aaira Ameena. Menerusi video yang dimuatnaik oleh bapanya itu, Aaira telah menerima ucapan hari jadi oleh bapanya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.

'alat sulit' Nur Sajat kelihatan? (video)

Jumaat, 25 Ogos 2017

Nah semalam Nur Sajat ada memuatnaik video dia sedang berkaraoke. Namun tanpa disedari ada sesuatu di bahagian sulitnya yang menjadi perbualan hangat.

Ramai menyangka itu adalah alat sulitnya yang 'parking tepi'.

Nur Sajat sebenarnya lelaki - (video pengakuan)

Rabu, 23 Ogos 2017

Ini adalah pengakuan dari mulut sebenar Nur Sajat. Kali ini dia mengaku dia ada dua kemaluan. Sebelum ni mengaku dia perempuan sebenar. Kisah sebegini memang heboh di media sosial.

Kontroversi ini mendapat perhatian ramai disebabkan Nur Sajat menafikan dirinya seorang lelaki.

Seorang bekas pondan mahu Nur Sajat bertaubat!

Isnin, 21 Ogos 2017

Seorang jejaka yang tampil membuat pengakuan yang dia dahulunya seorang pondan. Namun kini sudah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Jejaka bernama Jefferi Mohd Nor (nama pondan Kak Qis) meminta ahli perniagaan selebriti Nur Sajat agar segera bertaubat.

Fizo Omar nyaris hampir ditumbuk oleh pelajar UNISEL (video)

Jumaat, 11 Ogos 2017

Selepas solat jumaat, sebaik Fizo Omar tiba di UNISEL shah alam untuk memberi penerangan tentang VEST- VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENST di kalangan pelajar , sambil memberi penerangan tentang VEST- VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENST, Fizo Omar menceritakan kisah Fizo Omar " bankrup " dan beberapa kisah ketika Fizo Omar menjadi student, selepas beberapa topik, tiba sesi untuk Q&A , ketika itu seorang pelajar datang untuk bertanya Kepada Fizo Omar. 


Soalan yang agak "pedas" dilontarkan oleh pelajar kepada Fizo omar. Menunjukan tangan ke arah Fizo Omar, Ketika itu situasi menjadi tegang, Pelajar itu bersuara kepada Fizo Omar untuk menyanyikan sesuatu tetapi di tahan oleh lecture, dan akhirnya, korang tengok sendiri video di atas tu apa kesudahannya..

Afifah Nasir akui Aliff Aziz manja suka pegang tangan, ini reaksi boipren (video)

Selasa, 8 Ogos 2017


Boipren Afifah Nasir iaitu Wan Ariff menyangkal dakwaan netizen bahawa dia seorang lelaki dayus kerana masih mempertahankan tindakan aktres berkenaan dalam isu rumah tangga Aliff Aziz.

Wan Ariff sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Apa yang terjadi dengan anak Zulkifli M. Osman?

Isnin, 7 Ogos 2017

Dengar khabar yang anak kepada pengarah dan pelakon Datuk Zulkifli M. Osman iaitu Puteri Nur Farra kini sudah menjadi penyanyi.

Puteri atau dikenali sebagai Falla Zully tampil dengan single pertamanya iaitu Aku Ada Kamu untuk sebagai pengenalan bagi memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.

Menggunakan khidmat komposer Reyza Hamizan dan lirik ditulis oleh Aiyad Sakti, Falla yakin single pertamanya itu dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.