Isteri Aaron Aziz beri lampu hijau aksi mesra Soo Wincci!

Pada: Selasa, 18 Julai 2017
Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.


"Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron ada memasuki kelas drama untuk mencari keserasian memandangkan ini kali pertama kami bergandingan dan perlu melakonkan babak-babak mesra.

"Masa tengah latihan memang tidak dinafikan saya kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan dia. Namun, bila sudah berada di dalam set kami perlu berikan yang terbaik.

"Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra," kata Soo Wincci kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,