Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Aaron Aziz beri lampu hijau aksi mesra Soo Wincci!

Selasa, 18 Julai 2017

Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

Sekitar Suasana Hari Raya Aaron Aziz (6 Gambar)

Jumaat, 30 Jun 2017

Kurang berlakon, populariti Aaron Aziz dicantas Fattah Amin?

Khamis, 1 Jun 2017


Dengar khabar yang pelakon popular Aaron Aziz kini sering dimasukkan hospital kebelakangan ini. Ia disebabkan ecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya dan menyebabkan dia harus mendapatkan suntikan streoid berulang kali dari doktor.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.

Buat masa ini Aaron terpaksa banyak berehat dan memungkinkan populariti Aaron untuk berlakon babak-babak romantik semakin dan mudah dicantas oleh Fattah Amin.

Mengulas hal itu, Aaron mengatakan yang semuanya adalah rezeki Fattah dan mengakui yang Fattah memang mempunyai pakej dan bakat yang tersendiri untuk menjadi bintang.
"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," tambahnya lagi.

Sekitar harijadi ke-38 Siti Nurhaliza (18 gambar)

Khamis, 12 Januari 2017

Sekitar Hari Raya Aaron Aziz (8 gambar)

Jumaat, 15 Julai 2016

Keluarga bahagia Aaron Aziz (13 gambar)

Jumaat, 15 April 2016


Sekitar harijadi Aaron Aziz Yang Ke 40 (10 gambar HD)

Rabu, 24 Februari 2016

Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz.. (5 gambar)

Selasa, 14 Julai 2015

Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz selama 12 tahun yang diberitahu semalam melalui portal mStar. Iaitu 3 cahaya matanya (Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.) yang dikongsi dengan isterinya, Diyana Halik.

Siti Salehah okey jika berlakon adegan intim!

Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.
"Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.

"Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi," ujarnya
Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri. -sumber mStar

Siapa kanak-kanak mirip Aaron Aziz ni?

Selasa, 3 Mac 2015

Wajah Budak Kembar Aaron Aziz
Dengar kata kanak-kanak ini menjadi viral di laman sosial akibat daripada wajahnya yang mirip pelakon Aaron Aziz. Namun begitulah kehendak sang Maha Pencipta, pasti akan ada mirip kita di mana-mana yang kita sendiri tidak tahu.

Tidak diketahui maklumat lanjut mengenai kanak-kanak ini.

Foto kahwin di Instagram, Jasmin kahwin senyap-senyap? (4 gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014


Beberapa hari lalu, Jasmin Hamid ada memuatnaik gambar dia memakai pakaian gaun pengantin bersama seorang jejaka dan siap diarak dengan menggunakan kereta kuda.

Jejaka itu pastinya korang kenal, Aaron Aziz. Pastinya korang dah mula berfikir ini adalah babak lakonan diantara mereka.

Ya memang betul, ianya adalah babak drama untuk Dol dan Minah Nak Kahwin. Malangnya, ianya adalah drama lama dan ini adalah gambar lama yang di repost semula oleh Jasmin. :P

Video Lawak Parody Aaron Aziz

Rabu, 20 Ogos 2014

Memetik laman sosial Aaron Aziz baru-baru ini, dia telah membuat sebuah video lawak yang dikatakan dibuat untuk versi parody 'Awak Kat Mana' kepada Taufik Batisah.

Agak terkejut juga melihat video ini. hehe

Aaron Aziz buka kafe sendiri (6 gambar)

Rabu, 23 Julai 2014

Dengarnya pelakon, Aaron Aziz kini telah berjinak-jinak dengan membuka perniagaannya sendiri berbentuk kedai makan ala kafe.

Menurut portal MediaHiburan, nama kafe tu adalah Kidz @ Creme yang terletak di Setia Alam dengan usia penubuhannya sudah sebulan yang lalu.

filem Abang Long Fadil kutip berjumlah.....

Rabu, 4 Jun 2014

Tahniah kepada pengarah filem Abang Long Fadil, Syafiq Yusof dimana filem hasil arahanya itu berjumlah RM2.1 juta untuk 4 hari ditayangkan. Filem ini ialah kesinambungan daripada kisah KL Gangster, yang membabitkan watak Abang Long Fadil dan Malik yang ditahan dalam penjara.

Berbeza dengan KL Gangster yang lebih serius, filem ini pula berunsurkan komedi. Ia dilakonkan oleh Zizan, Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sofi Jikan dan ramai lagi.

Filem yang dibina hasil naugan Skop Priductions milik ayahnya, Datuk Yusof Haslam cukup berbangga dengan hasil kutipan berkenaan. Andaian Datuk Yusof, angka itu akan menaik sekiranya tiada faktor '18PL' oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” -Datuk Yusof. petikan Bharian

20 Gambar pemenang ABPBH 2013

Selasa, 27 Mei 2014

Ni lah wajah-wajah selebriti yang memenangi anugerah di ABPBH 2013 hujung minggu lalu. Wajah kegembiraan bagi mereka yang pertama kali menangi anugerah berkenaan seperti Bochik dan Dato' Ac Mizal. Tahniah buat mereka. -gambar RotiKaya

Jericho Rosales Berbaju Melayu~

Ahad, 25 Mei 2014

Kalau dah kerja di negara orang dan diarahkan oleh seorang penerbit/pengarah Melayu, rasanya pelakon popular Filipina, Jericho Rosales perlu akur dengan kemahuan penerbit/pengarah berkenaan.

Mungkin nak bawa satu kelainan dan keunikkan yang boleh dirasai oleh Jericho sendiri di negara orang. Kita jua mungkin cukup berbangga ada orang luar nak gunakan baju kebangsaan kita ini.

Jericho mengenakan pakain Melayu berkenaan untuk drama KUSINERO CINTA di Astro Mustik gandingan Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.

Tahniah kepada Aaron Aziz, senarai pemenang ABPBH 2013


Tahniah kepada Aaron Aziz kerana dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence. -petikan portal mStar | gambar Gua

Senarai penuh pemenang ABPBH-2013

15 Gambar Tiz Zaqyah masih warnakan rambut

Rabu, 21 Mei 2014


Ingatkan isu rambut Tiz Zaqyah (yang sebelum ni kecoh di Instagram) ni sudah tidak berlarutan lagi, tapi nampaknya dia masih mewarnakan rambutnya. Dalam bentuk kekal atau sementara tak dipastikan lagi. Tapi rasanya kekal kot.

Kalau warna tu sedang-sedang takpelah kan, ni pekat sangat warnanya. Takpelah, dah kemahuan Tiz, nak wat macamana, tahulah dia nak menguruskannya kan. :)

Tiz ditemui baru-baru ini bersempena majlis sidang media drama ‘Kusinero Cinta’ bersama-sama hero Malaya, Aaron Aziz dengan pelakon terkenal Filipine, Jericho Rosales. -gambar portal GUA

Gambar Bertudung Diyana isteri Aaron Aziz

Khamis, 2 Januari 2014

Minggu lalu isteri kepada pelakon, Aaron Aziz, Diyana Halik telah mula bertudung. Dan bila dia bertudung ramai yang bersetuju dengan caranya itu.

Diyana Halik kini sudah mula bertudung penuh dan beberapa gambar dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Isteri Aaron Aziz Bertudung Sebab..

Selasa, 24 Disember 2013

Dengarnya isteri kepada pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik kini bertudung (berselendang) selepas pulang dari percutian di Hong Kong baru-baru ini.

Sebelum ini, 2 tahun yang lalu, Aaron ada menyuruh isterinya itu bertudung tanpa paksaan selepas menunaikan umrah ketika itu.

memetik portal mStar semalam, Aaron kerap menghantar mesej dan video mengenai hari kiamat kepada isterinya tersayang itu. Disitulah terdetik mula berjinak-jinak untuk proses pembelajaran memakai tudung.
"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," -Diyana